Jaringan Richarlison Dipilih Gol Terbaik Piala Dunia 2022

Jaringan akrobatik pemain penyerang Brazil, Richarlison telah diangkat dan dipilih sebagai gol terbaik Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar, anugerah ini telah ditaja oleh Hyundai.

Keputusan ini telah diumumkan oleh FIFA melalui laman sesawang dan media sosial rasmi mereka selepas tamatnya undian yang dibuka kepada orang ramai.

Gol terbaik kejohanan atau Goal of the Tournament (GOTT) ini telah diperkenalkan pada Piala Dunia 2006 yang telah dimenangi oleh Maxi Rodriguez dari Argentina.

Diego Forlan dipilih sebagai pemenang bagi 2010, diikuti oleh James Rodriguez pada 2014 dan Benjamin Pavard pula melakukannya pada 2018.

Walaupun pemenang dipilih melalui undian orang ramai namun senarai akhir calon telah ditentukan oleh kumpulan kajian teknikal FIFA.

Senarai 10 Calon Akhir Gol Terbaik Piala Dunia 2022:

1. Richarlison – Brazil vs Serbia

2. Luis Chavez – Arab Saudi vs Mexico

3. Enzo Fernandez – Argentina vs Mexico

4. Vincent Aboubakar – Cameroon vs Serbia

5. Neymar – Croatia vs Brazil

6. Salem Al-Dawsari – Arab Saudi vs Argentina

7. Paik Seung-Ho – Brazil vs Korea Selatan

8. Richarlison – Brazil vs Korea Selatan

9. Kylian Mbappe – Perancis vs Poland

10. Cody Gakpo – Belanda vs Ecuador

Richarlison telah menewaskan dirinya sendiri dalam anugerah ini apabila dua gol darinya tecalon satu ketika menentang Korea Selatan dan satu ketika menentang Serbia.

Selepas bergelut merobohkan benteng Serbia sepanjang separuh masa pertama, Richarlison akhirnya membuka tirai jaringan dengan gol pertama minit ke-62 dengan tolakan mudah dari bola muntah rembatan Vinicius Jr.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-73, Richarlison menjaringkan gol dengan gaya akrobatik. Dia melakukan sepakan gunting sebaik sahaja menerima hantaran Vinicius Jr.

Gol yang telah diangkat sebagai gol tercantik dan terbaik di Piala Dunia 2022 pada ketika itu lantaran mempunyai darjah kesukaran yang tinggi lagi penuh berseni.

Bantuan gol daripada Vinicius Jr juga sangat padu dan berseni apabila Vincius menolak dengan outside foot ataupun dengan gaya trivella.

Hantaran Vinicius Jr telah dikawal dengan kemas oleh Richarlison di udara yang terus memusingkan badan untuk melakukan aksi akrobatik dengan satu libasan yang dipanggil sepakan gunting.

Richarlison sekali lagi membalas kepercayaan yang diberikan Tite kepadanya. Ramai yang mempertikaikan sebelum perlawanan adalah mengenai mengapa Richarlison dipilih berbanding pemain lain.

Richarlison hampir sahaja terlepas penerbangan ke Qatar kerana kecederaan dialaminya kira kira 2 minggu sebelum sepak mula Piala Dunia 2022.

Namun dia berjaya meyakinkan Tite bahawa dia boleh cergas menjelang aksi pembukaan kumpulan Piala Dunia 2022.

Tetapi hakikatnya telah dibuktikan apabila Richarlison menyarung jersi Brazil, dia automatik menjadi hebat, hebat dan hebat.

Dia mungkin tidak mengumpulkan jumlah gol yang banyak sejak menandatangani kontrak dengan Tottenham Hotspur tetapi pemain nombor 9 Brazil dan membuktikan kehebatan di pentas tertinggi bola sepak.

Di Piala Dunia 2022, Richarlison telah menjaringkan 3 gol untuk Brazil dalam 4 perlawanan yang mengumpulkan 326 minit permainan.

BACA:Β  Van Dijk Koyak Lalu Balas Kembali Kritikan Brutal Van Basten