Jasa dan Legasi Johan Cruyff Yang Membentuk Dunia Bola Sepak Hari Ini

Lagenda bola sepak dunia, Johan Cruyff telah meninggal dunia di Barcelona setelah sekian lama bertarung dengan kanser paru-paru.

Lagenda ini cukup sinonim dengan permainan total football dan menjadi watak yang sangat penting dalam pembentukan dan penambahbaikan sistem ini.

Johan Cruyff memulakan karier di Ajax Amsterdam pada tahun 1964, sebelum berhijrah Barcelona pad tahun 1978. Di Ajax, Cruyff menjadi nadi utama pasukan dalam menghidupkan falsafah ‘total football’ yang dibawa pengurus, Rinus Michel.

Setelah menyertai Barcelona, Cruyff membantu Barcelona memenangi gelaran La Liga pada tahun 1974, gelaran pertama sejak tahun 1960. Cruyff dianggap wira Catalan dek kehebatannya di atas padang.

Johan Cruyff pernah berkata – “Jika anda memilih pemain terbaik untuk setiap posisi, anda akan dapat 11 pemain kuat. Bukan satu pasukan yang kuat”.

Bersama skuad Belanda, Cruyff pernah membawa pasukannya ke perlawanan akhir Piala Dunia 1974, sebelum tewas kepada tuan rumah, Jerman Barat.

Lagenda Jerman, Beckenbauer pernah berkata jika Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo bernilai €100juta, maka nilai Cruyff adalah berbillion Euro.

Total Football

Total football adalah satu gaya permainan yang sangat berpengaruh dari tahun 1915 sehingga ke hari ini. Gaya permainan ini diperkenalkan oleh Jack Reynolds ketika beliau menjadi pengurus Ajax Amsterdam dalam sebanyak 4 kali dari tahun 1915 sehingga 1947.

Pemainnya di Ajax, Rinus Michel menambah baik sistem ini dan menjadikan Johan Cruyff sebagai titik tumpuan taktikalnya. Legasi total football  ini terus disambung oleh Cruyff ketika menjadi pengurus Ajax dan Barcelona.

cruyff 2

Setelah memenangi kesemua piala pertandingan yang disertai bersama Ajax, Barcelona dan Feyenoord Rotterdam, Cryuff bersara sebagai pemain pada tahun 1984, yang pada pada tahun tersebut beliau telah mendapat anugerah pemain terbaik Belanda buat kali kelima pada usia 37 tahun setelah mambantu Feyenoord Rotterdam memenangi liga Belanda buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Selepas bersara, Cruyff mula menjadi pengurus Ajax pada tahun 1985 dan membawa European Cup Winners’ Cup pada tahun 1987, dan menariknya, majority pemain Ajax ketika itu adalah pemain muda.

Di Ajax,Cruyff mencipta pasukan dengan pemain-pemain seperti Danny Blind, Frank Rijkaard, Denis Bergkamp, Marco Van Basten dan John van’t Ship.

Cruyff Kembali ke Barcelona

Pada tahun 1988, bagai sireh pulang gagang apabila Cruyff kembali ke Barcelona sebagai pengurus. Di kelab ini Cruyff telah menaikkan pemain seperti Pep Guardiola, Txiki Begiristain, Georghe Hagi, Hristo Stoichkov, Ronald Koeman dan Michael Laudrup dan mereka digelar sebagai Cruyff dream team.

Mereka memenangi La Liga empat kali dari 1991 sehingga 1994 dan memenangi Piala Eropah pada 1992 di Wembley.

Cruyff megah bersama Barcelona sehingga tahun 1996 dan memegang rekod 11 kejuaraan – paling banyak sebelum dipecahkan anak muridnya, Pep Guardiola yang memenangi 15 kejuaraan bersama Barca.

Cruyff Dan La Masia

Menariknya, akademi terkenal Barcelona, La Masia yang melahirkan ramai pemain hebat seperti Andres Iniesta, Xavi Hernandez, Leo Messi, Sergio Busquet, Cesc Fabregas, Gerard Pique, Pedro Rodriguez dan ramai pemain hebat lain.

La Masia adalah hasil dari idea Cruyff pabila beliau menyuarakan pendapatnya kepada pengerusi kelab, Josep Lluis Nunez, pada tahun 1979 kerana Cruyff berpendapat Barcelona akan mendapat manfaat dalam jangka masa panjang melaului satu akademi pemain muda yang menggunakan blueprint kelab asalnya, Ajax Amsterdam.

Hasilnya, akademi tersebut telah berkembang menjadi akademi terbaik dunia pada hari ini.

Begitu besar sekali jasa Johan Cruyff dalam bola sepak dan ini semua kerana rasa cinta yang mendalam dan keikhlasannya mengembangkan idea dalam mengolah landskap sukan ini.

Kita juga harapkan agar lahirnya Cruyff versi Malaysia – seorang yang tidak melebihkan wang ringgit dari sukan itu sendiri.

Formasi Diamond Versi Johan Cruyff

Pada tahun 2004 Johan Cruyff telah dirakam ketika memberi penerangan dan penjelasan tentang formasi diamond versinya sendiri.

Baca Juga

Baca Juga