Javier Mascherano Sah Berhijrah Ke China, Akhiri 8 Tahun Penuh Kejayaan Di Nou Camp

Barcelona mengesahkan pemain pertahanan mereka, Javier Mascherano bakal berhijrah ke China untuk bermain bersama Hebei China Fortune dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab Catalan tersebut hari ini.

Bekas pemain Liverpool ini bakal menyertai pasukan yang bermain di Chinese Super League itu Jumaat ini, dan dijadualkan bakal diraikan peminat pada perlawanan Copa Del Rey Khamis ini menentang Espanyol di Nou Camp.

Air mata jatuh pada majlis perpisahan rasmi bersama kelab

Pemain antarabangsa Argentina ini mengharungi 8 musim yang dipenuhi pelbagai kejayaan bersama Barcelona sejak berpindah dari Liverpool pada tahun 2010.

Mascherano telah memenangi 4 kejuaraan La Liga, 4 trofi Copa Del Rey, dan 2 trofi Liga Juara-Juara. Disamping itu, beliau turut memenangi UEFA Super League dan Piala Kelab Dunia sebanyak dua kali bersama pasukan dari Catalan ini.

Musim ini menyaksikan Mascherano mengharungi musim yang agak mengecewakan dari segi peribadi. Beliau jarang diturunkan oleh pengurus Barcelona, Ernesto Valverde dalam kesebelasan utama dengan gandingan Gerard Pique dan Samuel Umtiti dianggap pilihan utama.

Walaupun Umiti mengalami kecederaan yang serius awal musim ini, Valverde masih lagi mengenepikan Mascherano dalam skuad utama apabila memilih untuk menurunkan bekas pemain Arsenal, Thomas Vermaelen untuk digandingkan dengan Pique di bahagian pertahanan. Beliau hanya diturunkan dalam 7 perlawanan La Liga sahaja musim ini.

Member paling rapat

Mascherano bakal melengkapkan perpindahannya ke China secara rasmi pada 26 Januari ini, dengan Hebei China Fortune dilaporkan membayar yuran perpindahan berjumlah 5.5juta kepada Barcelona.

Beliau berkata kunci utama kejayaan Barcelona sepanjang beliau berada di Nou Camp adalah hubungan yang rapat antara satu sama lain dalam bilik persalinan.

“Rahsia kejayaan Barcelona beberapa tahun sebelum ini adalah hubungan erat antara pemain dalam bilik persalinan. Apabila saya tiba di Barcelona, saya ingat saya bakal menghadapi masalah bergaul dengan pemain lain kerana terdapat banyak pemain hebat dan mereka telah memenangi banyak piala.”

“Tetapi sebaliknya yang berlaku. Saya berjumpa dengan sekumpulan  pemain yang sangat menakjubkan dan menjadi kunci kepada kejayaan kami.”

Mujurlah pergi Barcelano. Kalau duk Liverpool,krik krik la jawabnya

“Puyol, Xavi dan Victor Valdes membuka jalan pada permulaan. Selepas itu, pemimpin pasukan ini bertukar ganti tetapi kami tetap berada dalam landasan yang betul.”

Mascherano turut mengucapkan penghargaannya kepada pemain dan peminat Barcelona dalam temuramah terakhirnya sebagai pemain Los Cules.

“Saya berasa amat beruntung. Penghargaan peminat sepanjang saya berada di Barcelona amat berharga buat saya. Saya sangat beruntung. Mimpi indah ini akan berakhir tidak lama lagi, tetapi ia berlangsung lebih lama dari jangkaan saya. Saya gembira untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona pada masa ini.”

Baca Juga

Baca Juga