Jawapan Balas Rashford Ke Atas Segala Kritikan Yang Dilemparkan Kepadanya

Marcus Rashford menegaskan yang beliau tersangat menghormati pengurus kelab, Ralf Rangnick walau ramai yang menganggap beliau tidak gembira di Old Trafford pada ketika ini.

Rashford turut menegaskan yang beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki persembahan beliau dan mahu melakukan yang terbaik untuk kelab musim ini.

Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus interim kelab, selepas Man Utd memecat Ole Gunnar Solskjaer pada November lalu.

Pengurus dari Norway itu dipecat kerana beliau dianggap gagal untuk memimpin setan merah selepas mereka beberapa kali dibelasah dalam aksi saingan Premier League.

Minggu lalu, Manchester United sekali lagi berdepan dengan kekalahan memalukan, selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Wolverhampton Wanderers.

Kekalahan itu meletakkan mereka kekal di kedudukan ketujuh, namun menyebabkan mereka semakin jauh ditinggalkan oleh Arsenal yang berada di kedudukan keempat dalam carta liga.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa ramai pemain yang mahu meninggalkan Manchester United dalam masa terdekat ini, kerana mereka tak gembira di Old Trafford.

17 pemain dilaporkan tak gembira di Old Trafford pada ketika ini, dan bersedia untuk meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Rashford walau bagaimanapun menegaskan yang beliau sangat komited dengan kelab dan berazam mahu membuktikan beliau masih lagi pemain terpenting kelab.

Beliau pada ketika ini hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari semua pertandingan bersama setan merah sepanjang musim ini.

Rashford menulis satu kenyataan penuh emosi di laman twitter miliknya dengan menyatakan bahawa:

“Saya ada baca sesuatu baru-baru ini yang menyatakan saya agak diam di sini, tapi apa lagi boleh saya katakan untuk buat keadaan lebih baik melainkan dengan cara membuktikannya di atas padang?”

“Kita semua turut merasakan kekecewaan dengan persembahan kami sejak kebelakangan ini dan kami lebih kecewa dengan berita-berita yang mempersoalkan komitmen kami bukan hanya kepada pengurus, jurulatih, tetapi kepada kelab.”

“Saya sangat menghormati semuanya dan saya melihat ke hadapan untuk memperbaiki permainan saya di bawah staff di Manchester United.”

“Saya tak merajuk, saya bukan tak gembira, saya kecewa dengan persembahan saya sendiri. Sudah tentu ia mengecewakan saya.”

“Saya adalah pengkritik terbesar diri saya sendiri. Ia jelas satu permulaan yang sangat sukar tapi saya berazam untuk membuktikan saya bernilai.”

“Dedikasi dan keinginan saya untuk berada d sini tidak sepatutnya dipersoalkan. Saya sangat sayangkan kelab ini.”

Menurut laporan dari The Daily Mirror, keadaan di Old Trafford pada ketika ini sangat huru hara dengan Ralf Rangnick kini dikatakan sedang melalui apa yang dilalui oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini.

Laporan sama turut mendakwa yang terlalu ramai pemain dalam skuad United tidak gembira dan kecewa dengan cara pengurusan pengurus dari Jerman itu.

Walau bagaimanapun, Rangnick menegaskan yang para pemain beliau kini sedang berusaha untuk beradaptasi dengan taktikal beliau.

“Mereka setidak-tidaknya mencuba, saya sangat yakin yang mereka dengar apa saya sampaikan.”

Jelas Ralf Rangnick.

Rangnick pening kepala 17 pemain tidak gembira di Old Trafford

Manchester United bakal berdepan dengan kehilangan ramai pemain dari skuad utama mereka pada penghujung musim ini nanti.

Seramai hampir 17 pemain dari skuad utama setan merah telah mendedahkan yang mereka tidak gembira berada di Old Trafford pada ketika ini.

Man Utd berdepan kekalahan 1-0 di tangan Wolves pada hujung minggu lalu yang mana ia menyebabkan laluan mereka untuk berada di kelompok empat teratas semakin sukar.

Sebaik perlawanan tersebut tamat, pelbagai laporan yang dilaporkan oleh pelbagai sumber, dengan mereka mendakwa bilik persalinan United kini sangat tidak harmoni.

17 orang pemain dari skuad utama pada ketika ini mendedahkan secara terbuka yang mereka tidak gembira berada di Old Trafford.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick gagal untuk menyatukan para pemain sejak dari awal beliau dilantik untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat pada tahun lalu.

Beliau kini bakal berdepan dengan kebarangkalian untuk kehilangan begitu ramai pemain dari skuad utama, yang berhasrat mahu meninggalkan kelab.

Kebanyakan dari mereka masih memiliki kontrak dan tidak akan dibenarkan untuk pergi, namun dijangka akan masih ramai juga pemain yang akan tetap memilih untuk meninggalkan kelab.

Januari ini sahaja sudah beberapa pemain yang tampil mendedahkan hasrat mereka untuk meninggalkan kelab, dan ada juga yang memutuskan untuk pergi pada musim panas nanti.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Ralf Rangnick sedar dengan situasi yang berlaku di Old Trafford pada ketika ini, dengan beliau juga turut sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemain untuk membincangkan soal masa hadapan mereka.

Anthony Martial dijangka bakal menyertai Sevilla pada jendela perpindahan Januari ini, namun ia bergantung kepada kesanggupan gergasi La Liga itu untuk menaikkan tawaran mereka.

Kontrak Paul Pogba dan Jesse Lingard bakal tamat pada penghujung musim ini, dan mereka dijangka tidak akan bersetuju untuk menandatangani kontrak baru.

Kedua-dua mereka pada ketika ini sudah dibenarkan untuk berunding dengan kelab luar dari Premier League, dan boleh menandatangani pra kontrak sebelum melengkapkan perpindahan pada musim panas nanti.

Edinson Cavani telah memberitahu kelab yang beliau mahu meninggalkan Old Trafford pada Januari ini, namun pihak kelab telah menolak permintaan beliau.

Walau bagaimanapun, kontrak penyerang kebangsaan Uruguay itu akan tamat pada penghujung musim ini, dan beliau juga berkemungkinan akan meninggalkan kelab pada musim panas nanti.

Phil Jones yang baru sahaja melakukan penampilan pertamanya sejak dua tahun lalu ketika aksi bertemu Wolves dan Juan Mata turut dikaitkan dengan bakal dipinjamkan ke pasukan lain pada bulan ini.

Donny Van de Beek, Dean Henderson dan Eric Bailly kesemua mereka dikatakan tidak gembira kerana kekurangan minit permainan, dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas nanti.

Sementara itu, masih ada keraguan tentang masa hadapan Nemanja Matic, Diogo Dalot dan Fred yang akan masuk ke tahun terakhir kontrak mereka pada musim panas ini.

Pihak kelab dilaporkan mahu menawarkan kontrak setahun tambahan kepada satu tahun lagi, namun hal itu masih belum dapat disahkan lagi.

Untuk menambah derita Ralf Rangnick lagi, segelintir pemain senior dilaporkan tidak gembira sama sekali melihat kekebalan Cristiano Ronaldo yang sentiasa dapat apa beliau mahukan.

The Daily Express melaporkan yang Harry Maguire, Mason Greenwood dan Cavani sedikit terkesan dengan kehadiran Ronaldo, dan menjelaskan peranan mereka dalam skuad utama.

Laporan sama turut menyatakan yang beberapa pemain dalam skuad United juga tidak gembira melihat pengaruh Ronaldo terhadap pemain-pemain senegaranya dan juga yang boleh berbahasa Portuguese.

Bruno Fernandes, Diogo Dalot, Fred dan Alex Telles merupakan antara pemain yang berada dalam kem Cristiano Ronaldo pada ketika ini.

Sementara itu, pengurus interim kelab, Ralf Rangnick dilaporkan gagal untuk memuaskan hati para pemain Man Utd sejak dari awal ketibaan beliau menggantikan Solskjaer.

Apa sudah berlaku dalam kem United pada ketika ini?

Keadaan yang sangat huru-hara dan jelas sekali Ralf Rangnick memiliki tugas yang luar biasa berat untuk menstabil dan memulihkan semula keharmonian dalam bilik persalinan pada ketika ini.

BACA:  Giggs Beri Amaran Kepada Rashford & Martial Supaya Tingkatkan Permainan Jika Mahu Bermain Lebih Kerap