Jawapan Bijak Gerrard Ketika Ditanya Tentang Liverpool Buat Wartawan Mati Kutu

Steven Gerrard menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam menutup mulut media yang tidak henti-henti bertanya kepadanya soalan tentang Liverpool.

Ketika sesi sidang media Aston Villa semalam, Steven Gerrard sekali lagi ditanya tentang Liverpool dan jawapan bijak beliau berjaya membuatkan wartawan tidak mampu meneruskan soalan tambahan.

Legenda Liverpool itu telah sah dilantik sebagai pengurus Aston Villa pada minggu lalu, selepas beliau meninggalkan bekas kelabnya Rangers.

Beliau akan mengendalikan kelab untuk perlawanan pertamanya pada hujung minggu ini, bertemu Brighton di halaman mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, tugas berat menanti Gerrard selepas ini dengan beliau akan memimpin Villa untuk aksi bertemu Crystal Palace, Manchester City dan Leicester City sebelum berkunjung ke Anfield pada 15 Disember nanti.

Legenda terhebat sepanjang zaman Liverpool itu telah ditanya soalan berkait The Reds ketika sesi sidang petang semalam.

Namun Gerrard menjawab persoalan tersebut dengan menegaskan yang sidang media tersebut khusus untuk Aston Villa dan bukanlah tentang pasukan lain.

“Saya tak rasa sidang media ini perlu bercakap tentang kelab lain selain Aston Villa.”

Jelas Steven Gerrard.

“Saya akan berikan segalanya dan saya boleh janjikan kepada para penyokong tentang hal itu.”

Pengurus berusia 41 tahun itu kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan bahawa:

“Saya rasa semua orang diseluruh dunia tahu macam mana Liverpool dalam hidup saya, tapi tumpuan dan komitmen saya sekarang sepenuhnya untuk Aston Villa.”

Para peminat di media sosial teruja dengan jawapan dari Gerrard, dan memuji beliau atas semangat yang beliau tunjukkan dan ketenangan beliau dalam menutup mulut media.

“Sangat tepat. Ini bukan tentang Liverpool. Semuanya tentang Aston Villa untuk dia sekarang. Biarkan dia buat kerja dia di sana untuk mereka.”

“Harap Gerrard dapat buat yang terbaik untuk Villa, dia pandai bercakap dan dia ada aura yang menunjukkan dia boleh berjaya satu hari nanti.”

“Jawapan yang tepat untuk soalan bodoh dari wartawan yang sengaja mahu cari sensasi.”

“Saya hairan dengan wartawan, kenapa perlu cetuskan sensasi dengan menanyakan soalan macam itu? Dia baru nak kendalikan perlawanan pertama, wartawan sudah cari jalan untuk jauhkan dia.”

Gerrard kini sedang memberi sepenuh perhatian beliau untuk aksi pada hujung minggu ini bertemu Brighton di Villa Park, sebelum mempersiapkan diri untuk lawatan ke Anfield dalam tempoh beberapa minggu dari sekarang.

Gerrard sah dilantik menjadi pengurus Aston Villa

Aston Villa telah mengesahkan pelantikan Steven Gerrard sebagai pengurus kelab yang baharu selepas mereka memecat Dean Smith minggu lalu.

Gerrard meninggalkan Juara bertahan saingan Scottish Premiership, Rangers untuk menyertai Aston Villa, seterusnya memulakan karier barunya sebagai pengurus di England.

Beliau telah menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun setengah untuk mengendalikan Aston Villa yang merupakan kelab Inggeris pertama akan beliau kendalikan.

Aston Villa juga dilaporkan sudah membayar pampasan bernilai £3 juta ke £4 juta kepada Rangers untuk mereka mendapatkan khidmat Gerrard bersama pembantunya, Gary McAllister.

Ini bukanlah kali pertama untuk Gary McAllister melatih Aston Villa, dengan beliau juga merupakan pembantu jurulatih kelab ketika era kendalian Gerard Houllier pada musim 2010/11.

Legenda Liverpool yang kini berusia 41 tahun itu mula mengurus Rangers pada tahun 2018, dan berjaya membantu gergasi Scotland itu untuk memenangi gelaran liga musim lalu.

Beliau berjaya menghentikan dominasi Celtic dari memenangi gelaran liga ke-10 berturut-turut, seterusnya membantu Ranger memenangi gelaran liga ke-55 mereka dengan rekod cemerlang tanpa kalah sepanjang musim.

Kehebatan beliau menjadi pengurus di Scotland memperlihatkan Gerrard berjaya memenangi anugerah SFWA Manager of the Year, PFA Scotland Manager of the Year dan SPFL Manager of the Year.

Aston Villa akan menjadi kelab kedua yang dikendalikan oleh Steven Gerrard selepas beliau mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak pada tahun 2016 yang lalu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carabao Cup 2020/21: Liverpool 0-0 Arsenal* (Penalti 4-5)