Jawapan Bijak Lewandowski Ketika Ditanya Tentang Harapannya Untuk Memenangi Ballon D’or

Senarai pendek 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or 2021 telah didedahkan pada awal minggu ini, dan ia dianggap antara senarai paling sengit dalam sejarah dunia bola sepak modern.

Anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu jelas sekali didominasi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam tempoh sedekad ini.

Walau bagaimanapun, ia mungkin akan menjadi milik pemain lain pada tahun ini, memandangkan senarai calon yang layak untuk dinobatkan sebagai pemenang sungguh menakjubkan.

Dari 30 nama, boleh dikatakan hampir 10 pemain layak untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or pada tahun ini, dan kerana itulah ia dianggap sangat sengit.

Pemain seperti Luka Modric berjaya memecahkan duopoly Ronaldo dan Messi selepas beliau memenangi anugerah tersebut sebelum ini.

Dan pada tahun ini, berkemungkinan akan ada pemain lain yang mengikuti jejak langkah Modric untuk menjadi pemenang anugerah tersebut selain dari Ronaldo dan Messi di dekad ini.

Ketika Messi dianggap sedang berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai penerima anugerah tersebut, bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski muncul menjadi pencabar terdekat.

Bahkan, bintang Poland itu sebenarnya sudah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sejak dua tahun terakhir ini.

Lewandowski dianggap calon kegemaran untuk membawa pulang bola emas itu pada tahun ini, selepas melihat kepada prestasi dan pencapaian beliau bersama Bayern Munich.

Seandainya anugerah itu tidak dibatalkan pada tahun lalu, Lewandowski jelas sekali sudah menjadi pemenang untuk anugerah Ballon D’or 2020.

Dalam satu temu bual bersama Marca, Lewandowski telah ditanya tentang keyakinan beliau untuk memenangi anugerah tersebut, selepas pamerkan kecemerlangan yang sungguh menakjubkan sejak dari 2019 lagi.

“Kebarangkalian untuk memenangi anugerah Ballon D’or adalah sangat bermakna untuk saya, ia membuatkan saya rasa berbangga.”

Jelas beliau.

“Jika kamu pertimbangkan semua yang sudah saya capai, bukan hanya pada tahun ini, juga tahun lalu ketika anugerah ini dibatalkan, saya sudah menang macam-macam, saya jaringkan banyak gol, ia sangat bermakna untuk saya memenanginya.”

“Untuk memenangi Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, saya pecahkan rekod 41 gol Gerd Muller dalam saingan Bundesliga, ia merupakan sesuatu yang sangat menakjubkan, ia membuatkan saya rasa sangat gembira dan bahagia.”

“Semua orang nampak apa saya lakukan dan apa yang saya masih lakukan. Pencapaian saya boleh menjawab persoalan ini, kerana dua tahun terakhir ini, merupakan tahun yang gemilang, bukan hanya untuk saya, tapi untuk semua pemain bola sepak dalam sejarah.”

Lewandowski memberikan jawapan yang sangat masuk akal, dan jelas sekali beliau antara individu paling layak untuk memenangi anugerah tersebut.

Beliau dengan tiba-tiba muncul sebagai mesin pencetak gol paling berkualiti dalam dunia bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Semakin tua semakin menjadi, itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan terhadap kualiti dan mutu permainan yang ditunjukkan oleh Lewandowski pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, persaingan sengit akan berlaku antara beliau, Lionel Messi dan Jorginho atas pencapaian mereka pada tahun ini.

Messi memikul Barca di atas bahunya dengan skuad kendalian Ronald Koeman pada musim lalu telah menunjukkan prestasi yang sungguh mengecewakan.

Beliau juga berjaya membantu Argentina untuk menjuarai saingan Copa America pada musim panas lalu, dengan Messi turut berjaya menyapu bersih semua anugerah yang dipertandingkan.

Sementara Jorginho pula, beliau juga dianggap layak untuk memenangi anugerah tersebut, memandangkan beliau cemerlang memenangi hampir kesemua Piala utama di benua Eropah pada tahun ini.

Jorginho berjaya membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League dan Super Cup pada musim panas baru-baru ini, dan beliau juga cemerlang membantu skuad Itali muncul sebagai Juara saingan Euro 2020.

Jadi persaingan sengit bakal berlaku melibatkan tiga pemain itu, dan juga beberapa pemain lain yang ada dalam senarai 30 calon pendek untuk memenangi anugerah Ballon D’or.

30 Calon Akhir Ballon d’Or 2021

1. Cesar Azpilicueta (Chelsea)

2. Nicolo Barella (Inter Milan)

3. Karim Benzema (Real Madrid)

4. Leonardo Bonucci (Juventus)

5. Kevin De Bruyne (Manchester City)

6. Giorgio Chiellini (Juventus)

7. Cristiano Ronaldo (Manchester United)

8. Ruben Dias (Manchester City)

9. Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)

10. Bruno Fernandes (Manchester United)

11. Phil Foden (Manchester City)

12. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)

13. Jorginho (Chelsea)

14. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

15. N’Golo Kante (Chelsea)

16. Simon Kjaer (AC Milan)

17. Robert Lewandowski (Bayern Munich)

18. Romelu Lukaku (Chelsea)

19. Riyad Mahrez (Manchester City)

20. Lautaro Martinez (Inter Milan)

21. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

22. Lionel Messi (Paris Saint-Germain)

23. Luka Modric (Real Madrid)

24. Gerard Moreno (Villarreal)

25. Mason Mount (Chelsea)

26. Neymar (Paris Saint-Germain)

27. Pedri (Barcelona)

28. Mohamed Salah (Liverpool)

29. Raheem Sterling (Manchester City)

30. Luis Suarez (Atletico Madrid)

Sumber: GMS

BACA:  Messi Mengaku Hak Lewandowski Untuk Menang Ballon D'or Dirompak