Jawapan Kejam Kasper Schmeichel Mengenai Laungan Keramat ‘It’s Coming Home’ England

Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel telah memberikan satu jawapan yang sangat kejam ketika ditanya mengenai laungan kerana ‘It’s Coming Home’ yang sering meniti dibibir peminat England.

Dengan layaknya England ke separuh akhir EURO 2020, maka laungan tersebut yang diambil dari trek lagu klasik ‘Three Lions’ sebagai tanda sokongan kepada pasukan semakin kuat kedengaran.

Lagu tersebut telah dicipta pada EURO 1996 di mana England menjadi tuan rumah dan mereka berjaya mara ke separuh akhir namun kecundang di kaki Jerman di mana Gareth Southgate salah seorang pemain England ketika itu.

Lawan yang bakal menjadi penghalang England di EURO 2020 ini adalah Denmark, pasukan bawah anjing yang mara ke separuh akhir dengan begitu dramatik sekali perjalanan mereka.

Anak kepada Peter Schmeichel yang merupakan penjaga gol legenda Denmark dan juga juara EURO 1992 selaku bidan terjun, Kasper Schmeichel telah memberi jawapan yang sangat jahat ketika ditanya tentang laungan keramat ‘It’s Coming Home’.

Wartawan: Kau mungkin pernah dengar ayat keramat ‘It’s Coming Home’ – Apa maknanya kepada kau untuk menghentikannya?

Dengan sinis, kejam dan brutal Kasper Schmeichel telah menjawab:

Kasper Schmeichel: Pernahkah ia berada di rumah? Maksud aku, pernah tak kau menang (EURO)?

Soalan yang diajukan oleh wartawan itu telah dijawab dengan soalan oleh Kasper Schmeichel yang kedengaran ringkas tapi tajam sehingga menusuk kalbu dan boleh melukakan jiwa.

Untuk rekod, England tidak pernah menjuarai EURO dan tidak pernah berjaya ke perlawanan akhir serta hanya tiga kali sahaja mara ke separuh akhir pada EURO 1968, 1996 dan 2020.

Sejak tahun 1990, England seakan telah terkena sumpahan separuh akhir samada di EURO atau Piala Dunia malah di Liga Negara-Negara 2019 (Nations League). Mereka tersingkir dengan penuh kepiluan.

England pada mulanya dijangka tidak mampu pergi jauh kerana lawan menunggu mereka di pusingan kalah mati adalah Jerman atau Perancis atau Portugal dan Jerman menjadi lawan England.

Sumpahan Separuh akhir England

England menukar jalan cerita dari laluan sukar kepada laluan mudah selepas tenang menumpaskan Jerman sekaligus membalas dendam kekalahan separuh akhir EURO 1996.

Ukraine pasukan di bawah anjing (underdog) merupakan lawan di suku akhir menjadi mangsa belasahan England apabila tewas dengan empat gol tanpa balas dan tidak melawan.

Lawan England di separuh akhir adalah Denmark merupakan satu lagi pasukan di bawah anjing yang mempunyai corak permainan meyakinkan dan semangat melawan yang tidak terbanding ekoran penderitaan mereka alami.

Denmark memulakan kempen dengan langkah kiri selepas tewas 1-0 kepada Finland dalam perlawanan yang menyaksikan pemain tengah mereka, Christian Eriksen melalui detik antara hidup dan mati apabila mengalami serangan jantung dan rebah di tepi padang.

Pemain ini telah disahkan meninggal dunia selama beberapa minit sebelum jantungnya berjaya berdenyut semula tidak lama kemudian. Mental pemain Denmark koyak terus lalu mereka tewas pula kepada Belgium.

Kebangkitan pasukan Denmark ini seiring dengan tahap kesihatan Eriksen yang semakin pulih dan menunjukkan tanda positif, seperti mahu memberikan sesuatu kepada Eriksen yang mungkin tidak mampu lagi bermain bola sepak, Denmark bangkit pada perlawanan terakhir.

Juara EURO 1992 itu hanya layak ke peringkat 16-pasukan selaku naib juara kumpulan B selepas berjaya membenam Russia 4-1, dan layak ke suku akhir dengan menewaskan Wales 4-0.

Pada peringkat suku akhir, giliran Republik Czech pula ditunjukkan jalan keluar oleh Simon Kjaer, sejam sebelum perlawanan England dan Ukraine.

Berdepan pasukan yang tidak disangka layak ke separuh akhir ini, mampukah England menamatkan sumpahan separuh akhir yang dialami mereka sejak tahun 1990, di mana mereka telah kecundang sebanyak empat kali dalam saingan separuh akhir kejohanan utama dunia.

BACA:  Ibrahimovic Dan Beckham Letakkan Pertaruhan Menjelang Pertembungan Sweden-England