JDT Berdepan Cabaran Besar Dalam ACL, Diundi Sekumpulan Gergasi China

Jaguh bola sepak Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) bakal berdepan cabaran yang menarik dalam saingan Liga Juara-Juara AFC musim 2020 apabila diundi sekumpulan dengan juara dua kali, Guangzhou Evegrande dari China serta Suwon Samsung Bluewings mewakili Korea Selatan di kumpulan G.

Melengkapkan jumlah pasukan dalam kumpulan ini adalah bakal pemenang Piala Maharaja Jepun 2019 yang akan dimainkan pada 1 Januari 2020 nanti di mana empat pasukan – Vissel Kobe, Shimizu S-Pulse, Kashima Antlers dan V-Varen Nagasaki bakal bertarung di peringkat separuh akhir 21 Disember nanti.

JDT mungkin akan dianggap sebagai pasukan belasahan memandangkan pasukan lain dilihat mempunyai kekuatan yang cukup gah, namun harus diingat pada tahun ini JDT telah memberi tamparan hebat kepada wakil Jepun, Kashima Antlers apabila skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan mereka di Larkin.

Selain daripada kelab Jepun tu, hebat sangat ke pasukan lain?

Guangzhou Evegrande

Jagoan China, Guangzhou Evegrande boleh dianggap sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan ini memandangkan mereka dibarisi oleh pemain berprofil tinggi seperti Paulinho, Elkeson (telah menukar nama kepada nama China – Ai Kesen) serta Zheng Zhi.

Fabio Cannavaro celebrates with Guangzhou Evergrande team after winning the league title
Gambar : Daily Mail

Barisan kejurulatihan mereka diketuai oleh pemenang Piala Dunia 2006, Fabio Cannavaro.

Pada musim 2019, Guangzhou muncul juara Liga Super China di mana mereka berjaya mengumpul 72 mata, mengatasi Beijing Guoan di tangga kedua.

Menariknya pada musim ini, Cannavaro pernah direhatkan seketika pada pertengahan musim. Namun dia dipanggil semula pada bulan November dan terus membantu membawa piala liga ke kotaraya besar China ini.

Suwon Samsung Bluewings

Pasukan Sayap Biru  dari Korea ini berjaya layak ke peringkat kumpulan ACL 2020 selepas muncul pemenang Piala FA Korea, menewaskan kelab divisyen tiga, Daejeon Korail dalam perlawanan akhir timbal balik.

Sejujurnya prestasi mereka dalam liga tidaklah begitu memberangsangkan di mana mereka sekadar menamatkan saingan di tangga kelapan – terburuk dalam tempoh 14 tahun bagi kelab pantai barat Korea Selatan ini dan mereka dikatakan terlalu bergantung kepada Adam Taggart, penyerang prolifik dari Australia.

ACL 2020 akan bermula pada 12 Februari 2020, di mana JDT bakal memulakan saingan menentang kelab Jepun. Semoga JDT berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kali dan pemain seperti Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Liridon Krasniqi serta Wak Doyok pastinya tidak sabar untuk beraksi menentang pasukan-pasukan terbaik Asia.

Berikut adalah senarai penuh kumpulan ACL 2020.

Gambar dari Twitter Fox Sports

Baca Juga

Baca Juga