JDT Invincibles Lagi dan Terengganu Mencilok Untuk Slot Piala AFC

Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengesahkan kejuaraan lebih awal telah menutup Liga Super 2022 dengan satu lagi rekod Invincibles atau tanpa kalah sepanjang musim tatkala Terengganu mencilok penuh bergaya untuk mendapatkan slot Piala AFC selaku naib juara.

Ini merupakan Invincibles kedua JDT selepas melakukannya buat pertama kali pada musim 2016. Pada 2020, mereka turut tanpa kalah namun ketika itu liga hanya dilangsungkan separuh musim kerana pandemik.

Ini merupakan kejuarann liga Super ke-9 secara berturut turut direkodkan oleh JDT selepas mencatatkan 17 kemenangan dan 5 seri, triple hatrik juara Liga Super. Padu bai!

Arif Aiman meneruskan kecemerlangan beliau musim ini. Kali ini dia menjaringkan gol sepakan percuma berkelas dunia dalam aksi kemenangan JDT ke atas Sabah di Stadium Sultan Ismail.

Walaupun sudah sah bergelar juara, JDT tetap menurunkan kesebelasan yang kuat melayan kunjungan Sabah yang mahu merebut tempat ke Piala AFC musim hadapan.

Arif Aiman melakukan percubaan itu pada minit ke-39. Di mana Leandro memberikan peluang kepada Arif Aiman untuk mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Pemain kebangsaan itu tidak mempersia siakan peluangnya dan terus menewaskan penjaga gol simpanan yang baru dimasukkan, Damien Lim. Tiada apa yang boleh dilakukan penjaga gol berhadapan dengan percubaan yang terus ke top corner itu.

Bergson turut melakukan gol dengan kualiti individu luar biasa. Di mana pada minit ke-55, pemain tersebut melakukan libasan gunting yang tepat menewaskan Damien Lim.

Gol tersebut merupakan gol kedua peribadi Bergson dalam perlawanan ini selepas dia merupakan pemain yang melakukan jaringan pembukaan dalam perlawanan ini.

JDT menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-0. Bergson sebelum ini telah berjaya mencipta rekod baharu Liga Super Malaysia (MSL) apabila kini menjadi penjaring terbanyak di dalam satu musim di pertandingan tersebut.

Dua gol yang dihasilkan pemain import dari Brazil itu ketika membantu JDT menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan ke-21 merupakan gol yang ke-27 di MSL pada musim ini.

Rekod terdahulu dihasilkan oleh Ifedayo Olesegun dengan 26 jaringan ketika masih bersama Selangor FC pada musim lalu.

Dengan tambahan lagi dua gol pada perlawanan terakhir menyaksikan Bergson meletakkan 29 gol sebagai rekod baru jaringan terbanyak.

Terengganu Ke Piala AFC

Terengganu mara ke Piala AFC 2023 dengan cara yang penuh dramatik. Di mana mereka melakukannya pada hari terakhir Liga Super 2022 ketika berdepan dengan pasukan Kedah.

Sabah dan Negeri Sembilan dilihat berpeluang cerah untuk mendapatkan slot Piala AFC namun tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan terakhir.

Kemenangan ke atas Kedah ini merupakan kemenangan ke-9 berturut-turut Terengganu musim ini daripada 14 kemenangan secara keseluruhannya. Rekod yang sangat padu.

Tiga gol Terengganu dalam perlawanan ini telah dihasilkan oleh Faisal Halim dan 2 lagi daripada Tchetche Kipre. Manakala gol saguhati Kedah pula dihasilkan oleh Dechi Nguessan.

Dengan kejayaan ini, Terengganu sudah menjamin slot ke Piala AFC tanpa perlu pening memikirkan satu lagi slot yang ditawarkan selaku juara Piala Malaysia.

Terengganu memulakan perlawanan dengan sangat baik. Mereka mendapat gol pertama minit ke-4 menerusi aksi licik Faisal Halim. Dia memulakan gerakan itu dan kemudian bertukar hantaran dengan rakannya.

Faisal kekalkan keseimbangannya dan merembat masuk bola pada minit ke-4.

Kipre kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-16. Di mana dia terlalu mudah melepasi perangkap ofsaid dan melepaskan rembatan masuk.

Pada minit ke-74, Kipre meledak lagi. Kali ini dia merembat deras dari dalam kotak penalti. Gol yang merupakan gol ke-13 peribadinya musim ini.

Pada minit ke-88 Kedah mendapat gol saguhati menerusi Dechi Nguessan. Dan ianya sudah terlalu lambat untuk mereka memulakan kebangkitan.

Tamat perlawanan, Kedah 1 Terengganu 3.

Terengganu meraikan kemenangan kali ini dengan kejayaan mara ke Piala AFC dan Kedah menamatkan saingan di tangga ke-8 selepas mencatatkan 5 kekalahan berturut-turut dalam 5 perlawanan terakhir.

BACA:  Liga Super Ditutup Dengan Freekick Padu Arif Aiman Dan Gol Tendangan Basikal Bergson