Juara Liga Super 6 kali berturut-turut, JDT sekali lagi melangkah ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2017 dan bergelar juara apabila menewaskan Kedah 2-1 di final.
Final Piala Malaysia 2019 merupakan kali ke-4 JDT mara ke perlawanan akhir dan bertemu sekali lagi pasukan Kedah yang mereka tewaskan dua tahun lalu.
Di atas skrin telefon pintar, JDT dilihat calon pilihan untuk bergelar juara kerana memilik pasukan yang serba lengkap dan pemain handal-handal belaka.
Namun dalam perlawanan akhir semuanya bola terjadi dan itulah yang diharapkan oleh haters bukan?
JDT terlalu unggul dalam saingan Piala Malaysia 2019 dan mara ke final tanpa sebarang kekalahan dan hanya mencatatkan satu keputusan seri ketika menentang PKNP FC di peringkat kumpulan.
Pasukan bimbingan Benjamin Mora ini muncul juara kumpulan C dengan mencatatkan 5 kemenangan dan 1 seri. Sebanyak 18 jaringan dihasilkan dan 8 bolos.
Terengganu FC lawan JDT di suku akhir dan JDT selesa ke separuh akhir dengan agregat 5-1 apabila mencatatkan kemenangan di kedua-dua perlawanan.
Di separuh akhir Selangor pula cuba menghalang JDT namun ternyata Sang Gergasi Merah bukan halangan dan hanya biasa-biasa saja.
Berjaya membawa bekalan gol tempat lawan untuk separuh akhir kedua, Selangor penuh yakin menggalas harapan untuk ke final.
Namun segalanya tinggal harapan apabila Gergasi Merah hilang nafas di Shah Alam apabila tewas 3 gol tanpa belas dan tak mampu dibalas.
JDT ke final dengan agregat 5-1 dan bertemu Kedah. Setakat sembang Gergasi boleh terbang.
Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 2 : Selangor 0-3 JDT (Agregat 1-5)
Selangor turun untuk separuh akhir kedua Piala Malaysia dalam misi untuk mencipta kebangkitan bagi mara ke perlawanan untuk terus menghidupkan misi ke-34 selepas tewas di separuh akhir pertama.
Dalam 6 pertemuan dengan JDT, termasuk separuh akhir pertama, Selangor tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan ke atas JDT.
Penuh stadium Shah Alam dengan 80 ribu orang penyokong kedua-dua pasukan hadir bagi menyaksikan perlawanan yang sedap ini.
Beberapa hari sebelum perlawanan, tiket perlawanan telah dijual sebanyak 50 ribu keping.
Ini pula barisan kesebelasan utama untuk perlawanan #SELJDT sebentar lagi.#PialaMalaysia2019#MFLLive pic.twitter.com/7uepzs1s93
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Dengan hujan yang membasahi bumi Shah Alam sejak petang lagi nyata merencatkan sedikit atau mungkin banyak aksi perlawanan antara Selangor dan JDT yang dijangka sengit sehingga menjadi perlawanan tumpuan.
Untuk tempoh 10 minit pertama Selangor lebih menonjol dan menguasai perlawanan dan JDT dengan perlahah mula mendapat rentak permainan mereka.
Pemain sensasi masa kini, Safawi Rasid membuka jaringan di Shah Alam selepas berjaya melepasi pertahanan Selangor hasil hantaran lolos yang bervisi tinggi daripada Afiq Fazail.
Gol Safawi Rasid ini bukan sahaja menjarakkan kedudukan agregat kepada 3-1 malah memadamkan kelebihan gol tempat lawan buat Selangor.
Dengan JDT mengusai perlawanan agak sukar buat Selangor jika tidak dapat mengubah situasi sebelum tamat separuh masa pertama.
Babak kedua bermula dan Selangor perlu mempamerkan aksi seperti mereka lakukan ketika bertemu Perak di suku akhir jika mahu mara ke final dan menyekat JDT.
Namun semua itu tidak berlaku dan sebaliknya berlaku apabila Safawi Rasid terus menjadi duri dalam daging buat Selangor yang menang dengan jumlah kehadiran penonton.
Hanya 33 saat sepak mula separuh masa kedua bermula Safawi Rasid terus mejauhkan kedudukan kepada 2-0 dan 4-1 secara agregat.
Safawi Rasid menyempurnakan hantaran Diogo dengan begitu baik, cantik, padu dan menawan dengan gol bertaraf dunia dari kaki kirinya.
Tanpa rasa melekit Safawi Rasid melencongkan bola ke sudut kiri gawang Selangor yang tidak terjangkau oleh Khairul Azhan.
Satu jaringan padu yang jarang dapat dilihat dihasilkan oleh pemain temapatan dan muda.
Tidak lama berselang Safawi Rasid melengkapkan hatrik beliau selepas sekali tenang menyempurnakan hantaran Gonzalo Cabrera.
FT'| JDT SAHKAN TEMPAT DI FINAL!
JDT menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat mereka di perlawanan akhir setelah Safawi Rasid mencetak hatrick untuk kemenangan 0-3 (AGG 1-5) buat mereka.@FASelangorMy 0-3 @OfficialJohor (AGG 1-5)#PialaMalaysia2019#MFLLive pic.twitter.com/vXodxdxsjh
— MFL LIVE (@MFL_Live) October 26, 2019
Gol yang telah mendiamkan stadium yang dipenuhi 70 ribu orang penyokong dan telah membunuh Gergasi Merah.
Safawi Rasid telah melorongkan bola antara dua kaki penjaga gol Selangor, Khairul Azhan untuk agregat 5-1.
Gol kedua melukakan dan gol ketiga sangat memedihkan.
Hatrik Safawi Rasid sudah cukup untuk membunuh perlawanan dan tidak apa yang mampu dilakukan oleh Selangor sambil berharapa tiada gol tambahan lagi dari JDT.
FT Selangor 0-3 JDT (Agregat 1-5)
Safawi Rasid 25′ 45′ 61′
Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 1 : JDT 2-1 Selangor
Saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 telah bermula dan pertemuan antara JDT dan Selangor berpihak kepada pasukan Harimau Selatan dengan dua jaringan berbalas satu.
Syafiq Ahmad terus tajam dan menggegar gawang apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-14 dengan satu sapuan bola ke padang.
Namun gol itu hanyabertahan 3 minit sahaja apabila Ifedayo Omosuyi menyamakan kedudukan melalui satu percubaan yang menarik hasil hantaran bijak Sandro.
Bersambung babak kedua Leandro Velazquez menjaringkan gol kemenangan JDT melalui percubaan daripada luar kotak penalti.
Kemenangan ini memberi sedikit bekalan buat JDT yang bakal bertandang ke Shah Alam untuk separuh akhir kedua.
Jurulatih Selangor, B.Sathinathan menyeru penyokong Selangor hadir memberi sokongan untuk perlawanan kedua.
“Saya merayu semua penyokong datang pada perlawanan akan datang.”
Lucas Mora pula berpendapatan saingan masih terbuka.
“Kami menguasai perlawanan ini namun masih lagi terbuka di perlawanan akan datang.”
FT JDT 2-1 Selangor
Syafiq Ahmad 15′
Ifedayo Olusegun 17′
Leandro Sebastián Velázquez 49′
Piala Malaysia 2019 Suku Akhir 2 : JDT 4-1 Terengganu (Agg. 5-1)
JDT menepati ramalan dan mudah untuk mara ke separuh akhir dengan agregat 5-1 selwpas menewaskan Terengganu FC 4-1 di Larkin.
Pada suku akhir pertama, Terengganu tewas tipis 1-0 dan berdeoan tugas sukar untuk memadamkan agregat apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bharu.
JDT garang apabila mendahului 4-0 selepas kuranf 40 minit permainan masing-masing dua gol daripada Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid.
Gol saguhati Terengganu dijaringkan oleh Andeww Lee Tuck sebelum tamat separuh masa pertama.
Tiada jaringan tambahan daripada kedua-dua pasukan pada babak kedua dan JDT mara ke separuh akhir.
FT JDT 4-1 TERENGGANU FC
Gonzalo Cabrera 16′(pen), 39′
Safawi Rasid 22′, 36′
Lee Andrew Tuck 45′
Piala Malaysia 2019 Suku Akhir 1 : Terengganu 0-1 JDT
Saingan Piala Malaysia 2019 telah memasuki peringkat suku akhir dan perlawanan Terengganu JDT menjadi tumpuan ramai dan poster daripada pasukan Terengganu telah menimbulkan kontroversi.
Pemain tonggak negara, Safawi Rasid terlebih dahulu menguji benteng pertahanan Terengganu dengan satu percubaan yang menarik tetapi agak lemah yang mudah diselamatkan penjaga gol Terengganu, Wan Azraie.
Diogo Luis Santo membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-22 dengan membuat satu rembatan kencang luar kotak penalti selepas berjaya menyungkit bola untuk umpanan kepada diri sendiri.
Ini merupakan gol ke-6 Diogo Luis Santo di saingan Piala Malaysia 2019 dan jaringan ke-20 beliau dalam 28 perlawanan untuk JDT dalam semua kejohanan.
Terengganu hampir saja menyamakan kedudukan pada minit ke-34 namun sayang seribu kali sayang percubaan Tchetche Kipre tidak menemui sasaran.
Bersambung separuh masa kedua permainan bertambah rancak dan panas. Percubaan Safawi Rasid terus dinafikan, kali ini Nasrullah Haniff berjaya mengeluarkan bola yang sedikit lagi mahu melepasi garisan gol.
Wan Azraie terus cemerlang apabila menafikan percubaan jarak dekat Leandro Velazquez dengan satu tepisan keluar.
Sanjar Shaakhmedov berjaya membuat satu rembatan cantik namun berjaya ditepis keluar penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.
Safawi Rasid akhirnya berjaya menewaskan Wan Azraie yang keluar dari kawasan gol namun sayang percubaan Safawi sekadar menyinggah tiang.
JDT menang perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia dan membawa bekalan berharga di tempat lawan.
FT Terengganu 0-1 JDT
Diogo Luís Santo 22′
6. Piala Malaysia 2019 Kumpulan B : UiTM FC 1-2 JDT
Walaupun sudah lama bergelar juara kumpulan B, JDT tetap serius dalam kempen di saingan Piala Malaysia 2019 dan terus mencatatkan kemenangan.
UiTM FC terlebih dahulu di depan hasil jaringan Zulkiffli Zakaria pada minit ke-38 namun Adam Nor Azlin mengikat kedudukan sebelum tamat babak pertama.
Fadhli Shas memastikan kemenangan JDT dengan gol pada separuh masa kedua.
JDT bertemu Terengganu FC di suku akhir.
FT UiTM FC 1-2 JDT
Zulkiffli Zakaria 38′
Adam Nor Azlin 45’+1
Fadhli Shas 59′
5. Piala Malaysia 2019 Kumpulan B : PJ City FC 2-3 JDT
Syafik Ahmad meneruskan rentak cemerlang, gemilang dan terbilang beliau bersama JDT apabila menjaringkan dua gol dalam aksi kevangkitan menentang PJ City FC.
PJ City terlebih dahulu didepan pada minit ke-10 melalui jaringan Bae Beom-geun namun gol itu dipadamkan oleh sepakan percuma cantik Safawi Rasid 14 minit kemudian.
Pada minit ke-36 JDT di depan apabila Syafiq Ahamad menggandakan kedudukan untuk keputusan 2-1 kekal hingga tamat 45 minit pertama.
Bersambung babak kedua Washington Brandao Dos Santos kembali menyamakan kedudukan buat PJ City namun Syafiq Ahmad segera meletakkan kembali JDT mendahului melalui sundulan yang menjadi cap dagangnya.
Dua gol daripada Syafiq Ahmad sudah cukup untuk JDT mencatatkan kemenangan dan meraih 3 mata.
FT PJ CITY FC 2-3 JDT
Bae Beom-geun 10′
Safawi Rasid 24′
Syafiq Ahmad 36′, 60′
Washington Brandao Dos Santos 57
4. Piala Malaysia 2019 Kumpulan B : JDT 5-0 PKNP FC
JDT mengganas di Larkin apabila tenang membelasah PKNP lima gol tanpa mampu dibalas oleh PKNP FC.
Maurício dos Santos Nascimento, Gonzalo Cabrera dan Diogo Luís Santo masing-masing menjaringkan satu gol.
Manakala dua lagi gol JDT dijaringkan pemain tempatan bernama Safawi Rasid.
Secara tidak rasminya JDT sudah melayakkan diri ke suku akhir dan hanya memerlukan 1 mata lagi untuk mengesahkan tempat.
FT JDT 5-0 PKNP FC
Maurício dos Santos Nascimento 13′ Gonzalo Cabrera 31′
Safawi Rasid 36′(pen), 62’
Diogo Luís Santo 51′(pen)
3. Piala Malaysia 2019 Kumpulan B : PKNP FC 2-2 JDT
JDT berdepan PKNP FC dan secara realitinya dan di atas kertas ini adalah perlawanan mudah buat JDT untuk meraih 3 mata namun PKNP FC bangkit untuk mengikat.
JDT berada di depan dua gol hasil jaringan Gonzalo Cabrera pada minit ke-9 dan 13 namun jaringan daripada Yashir Pinto dan Giancarlo Lopes Rodrigues berjaya memadamkan kelebihan gol JDT.
FT PKNP FC 2-2 JDT
Gonzalo Cabrera 9′, 13′
Yashir Pinto 34′(pen)
Giancarlo Lopes Rodrigues 78′
2. Piala Malaysia 2019 Kumpulan B : JDT 4-2 PJ City FC
JDT tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan kedua sekali gus mengumpul 6 mata penuh selepas dua perlawanan.
PJ City FC memberi tentangan sengit apabila berjaya memadamkan dua gol awal JDT.
Namun JDT tenang menambah lagi dua gol lewat untuk menang 4-2.
FT JDT 4-2 PJ City FC
Safawi Rasid 7′
Diogo Luís Santo 47′, 71′
Washington Brandao Dos Santos 59′
Barathkumar Ramaloo 69′
Gonzalo Cabrera 81′
Piala Malaysia 2019 Kumpulan B : JDT 3-1 UiTM FC
Juara Liga Super 6 kali berturut-turut, JDT turun membuka tirai perlawanan Piala Malaysia 2019 kumpulan A dengan misi mahu merangkul kejuaraan bermula dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan UiTM FC 3-1.
Diogo Luís Santo menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini melalui dua sundulan sesedap rasa manakala Safawi Rasid menjaringkan satu lagi gol melalui sepakan penalti.
Zarko Korac menjaringkan gol UiTM FC pada minit akhir perlawanan dan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan.
FT JDT 3-1 UiTM FC
Diogo Luís Santo 15′, 85′
Safawi Rasid 65′(pen)
Zarko Korac 90’+2