Jepun Meninggalkan Bilik Persalinan Bersih Berkilat

Pasukan Kebangsaan Jepun mempamerkan aksi yang membanggakan dalam saingan Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia apabila mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

Perjalanan Jepun berakhir di kaki Nacer Chadli yang menjaringkan gol kemenangan pada penghujung masa tambahan sekaligus melayakkan Setan Merah ke suku akhir.

Jepun merupakan satu-satunya wakil tunggal pasukan Asia selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan. Aksi dan permainan Jepun semakin meningkat seiring perjalanan kejohanan.

Jepun mara ke pusingan kalah mati melalui peraturan FIFA Fair Play yang pertama kali diguna pakai selepas terikat jumlah mata, jaringan dan bolos yang sama dengan Senegal.

Dalam aksi menentang Belgium, Jepun hampir menunjukkan Belgium jalan ke lapangan terbang, namun mereka berjaya bangkit untuk mengikat sebelum mencatat kemenangan.

Dalam edisi ini, Jepun telah menjaringkan 6 gol dan merupakan rekod jaringan tertinggi mereka pernah lakukan dalam satu kejohanan Piala Dunia.

Gol Genki Haraguchi juga merupakan gol pertama Jepun pernah jaringkan di Piala Dunia dalam pusingan kalah mati. Satu kempen yang cemerlang buat Jepun.

Selain mengharungi kempen yang penuh membanggakan Jepun juga meninggalkan bilik persalinan dengan bersih berkilat dan satu nota ucapan terima kasih kepada Russia.

Rakyat Jepun yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila yang tinggi serta mengamalkan disiplin tinggi walau di mana berada tidak hanya ketika berada di negara mereka.

Satu sikap yang terpuji dan boleh dijadikan Ibrah buat kau, aku dan dia. Sebelum ini penyokong Jepun dilihat membersihkan kawasan stadium dengan mengutip sampah selepas perlawanan.

Dan sikap yang dimulakan rakyat Jepun telah diikuti oleh penyokong Brazil dan Senegal yang sama-sama mengutip sampah sarap selepas perlawanan.

Tindakan pasukan Jepun meninggalkan bilik persalinan dengan sebersih-bersihnya menjadi tular dan dipuji ramai.

https://twitter.com/Nicarm5/status/1014039453323681794

https://twitter.com/ClassicVines1/status/1014047910600871936

Penyokong Jepun telah mengutip sampah sarap di stadium selepas kemenangan 2-1 mereka pada perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Colombia.

Aksi penyokong Jepun itu telah dirakamkan oleh penyokong Colombia yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan mereka ternyata kagum dengan sikap penyokong Jepun.

Ini bukanlah pertama kali penyokong Jepun mempamerkan sikap yang terpuji ini.

Baca Juga

Baca Juga