Jerman Umun Skuad 26 Pemain EURO 2020

Selepas Beligum yang menjadi pasukan pertama mengumumkan skuad rasmi untuk kejohanan European Championship (EURO) 2020 diikuti Poland dan Perancis kini tiba giliran Jerman pula mengumumkan kekuatan pasukan.

Jerman yang dikendalikan oleh Joachim Low telah menyenaraikan tiga orang penjaga gol, 9 pemain pertahanan yang bapak ramai dan 14 pemain tengah dan juga penyerang.

Pada Piala Dunia 2018, Jerman hadir selaku penyandang juara apabila menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil namun telah menunjuk aksi memalukan dan tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Berada dalam kumpulan bersama Korea Selatan, Mexico dan Sweden, Jerman terciduk teruk walaupun datang ke Rusia dengan reputasi yang gah.

Pencapaian buruk Jerman ini telah menamatkan rekod cemerlang Low di peringkat antarabangsa sejak mengambil alih tampuk pengurusan pasukan pada tahun 2006.

Pada bulan Mac 2019 Joachim Low korek-korek cium mengesahkan tidak akan mempertimbangkan lagi untuk menggunakan khidmat tiga pemain yang membantu Jerman menjulang Piala Dunia Brazil 2014.

Trio Bayern Munich Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng telah dikapak dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat oleh Low.

Maka dengan perkataan mudah adalah Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng telah dibersarakan oleh Low bagi membuka lembaran baru untuk masa depan.

Itu kisah lama dan sejak itu prestasi Jerman kembali terumbang-ambing dan EURO 2020 merupakan tugasan terakhir Low bersama Jerman.

Demi kejayaan Jerman, Low bukan sahaja korek-korek cium kali ini malah menjilat balik ludahnya dengan memanggil semula Thomas Muller dan juga Mats Hummels.

Jerman diundi berada dalam kumpulan F bagi EURO 2020 ini berada dalam kumpulan maut bersama juara bertahan Portugal, Juara dunia Perancis dan lauk kumpulan Hungary.

Jerman bakal berdepan Perancis pada perlawanan pertama diikuti Portugal pada perlawanan kedua dan Hungary pada perlawanan terakhir kumpulan.

Jerman agak goyah ketika ini dan tidak berada di prestasi terbaik mereka selepas kecundang awal di Piala Dunia 2018.

Situasi ini telah memaksa Low memanggil semula Thomas Muller dan Mats Hummel kerana pemain muda lembaran baru untuk masa depan tidak mampu memberi aksi konsisten.

Kemasukan pemain berpengalaman akan membantu memberi kestabilan kepada pasukan dan semoga Timo Werner tidak buta kayu lagi.

Berikut merupakan senarai penuh 26 pemain Jerman mengikut posisi dan kelab mereka bermain ketika ini:

Penjaga Gol (3 Pemain):

1. Manuel Neuer (Bayern München)
2. Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt)
3. Bernd Leno (FC Arsenal)

Pemain Pertahanan (9 Pemain):

4. Antonio Rüdiger (FC Chelsea)
5. Mats Hummels (Borussia Dortmund)
6. Matthias Ginter (Borussia Mönchengladbach)
7. Niklas Süle (Bayern München)
8. Marcel Halstenberg (RB Leipzig)
9. Lukas Klostermann (RB Leipzig)
10. Robin Gosens (Atalanta Bergamo)
11. Robin Koch (Leeds United)
12. Christian Günter (SC Freiburg)

Pemain Tengah/Penyerang (14 Pemain):

13. Emre Can (Borussia Dortmund)
14. Joshua Kimmich (Bayern München)
15. Ilkay Gündogan (Manchester City)
16. Serge Gnabry (Bayern München)
17. Kai Havertz (FC Chelsea)
18. Toni Kroos (Real Madrid)
19. Leon Goretzka (Bayern München)
20. Timo Werner (FC Chelsea),
21. Thomas Müller (Bayern München)
22. Leroy Sane (Bayern München)
23. Jonas Hofmann (Borussia Mönchengladbach)
24. Jamal Musiala (Bayern München)
25. Florian Neuhaus (Borussia Mönchengladbach)
26. Kevin Volland (AS Monaco)

Bagi mengelakkan kemaluan berulang di EURO 2020 dan Piala Dunia 2022 maka Low memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng.

“Mereka pemain hebat yang menjadi tulang belakang untuk kejayaan besar Jerman. Mereka telah menghabiskan masa yang tidak terkira untuk Jerman dan pasukan kebangsaan.”

“Terima kasih kepada Mats, Jerome dan Thomas untuk kejayaan, keluarbiasaan dan tahun yang unik bersama.”

“Sangat penting bagi aku secara peribadi untuk menjelaskan kepada pemain dan pengurus Bayern Munich mengenai pemikiran dan perancangan aku hari ini.”

“Mereka masih pemain kelas dunia yang menjadi tunjang kelab dan mampu memberi kejayaan.”

Itulah kata-kata Low yang kini telah dijilat kembali, Slurppppp!!!!

BACA:  Kelayakan Piala Dunia: Jerman 3-0 Iceland