Jersi Away Manchester United Musim 2018/19 Berwarna Merah Jambu

Beberapa musim yang lalu Adidas telah mengejutkan dunia bola sepak apabila mengeluarkan jersi away Juventus musim 2015/16 dengan warna merah jambu seperti warna sebuah stadium di negara Republik Macedonia.

Kini giliran Manchester United pula bakal mendapat jersi away musim 2018/19 keluaran Adidas. Adakah Old Trafford akan di cat dengan warna yang sama atau mungkinkah Syaitan Merah bertukar menjadi Syaitan Merah Jambu?

https://twitter.com/utdreport/status/931490663618801664

Walaupun musim 2017/18 belum lagi sampai pertengahan musim tetapi gambar jersi baru untuk musim hadapan telah mula bocor dan didedahkan di internet oleh Footy Headlines.

Jika rekaan dan warna ini mendapat persetujuan maka inilah kali pertama dalam sejarah Manchester United mereka menggunakan warna merah jambu.

Eeeee.. huk aloh la kena paka pink pulok doh!

Paul Pogba pasti tidak akan berdepan masalah untuk mengenakan warna ini kerana Pogba pernah memakai jersi merah jambu ketika bersama Juventus. Mungkin dengan pengalaman yang ada Pogba dapat membuat seminar kepada rakannya di Old Trafford dan layak digelar Sifu Pink.

Desas-desus di alam maya menyebut bahawa jersi merah jambu ini mendapat inspirasi dari ruangan berita Manchester Evening News yang dipanggil ‘Football Pink’.

Baca Juga

Baca Juga