Jersi Pasukan Piala Dunia Keluaran Nike Pula Bocor di Internet

Piala Dunia 2018 bakal menjelma dalam tempoh kurang lebih tujuh bulan lagi dan semestinya pasukan-pasukan yang bertanding akan memakai jersi rekaan baru mengikut keluaran daripada penaja masing-masing.

Memandangkan kita berada di zaman dunia tanpa sempadan, ramai orang yang berlumba-lumba untuk menjadi juara atas talian termasuk admin.

Maka atas semangat inilah beberapa pihak telah membocorkan gambar jersi-jersi yang akan digunakan oleh negara di Piala Dunia nanti sebelum dilancarkan secara rasmi.

Jika sebelum ini jersi tujuh negara keluaran Adidas telah bocor, kali ini jersi keluaran Nike pula mengalami nasib yang sama.

Nampak sangat orang dalam Nike ni sama macam Adidas, tak amanah dan jenis mulut tempayan serta ketiak berkedut apatah lagi Tabligh dan Fathonah.

Croatia

Home jersi masih mengekalkan warna putih dan merah serta berpetak-petak manakala untuk away warna hitam menggantikan warna biru yang digunakan sebelum ini.

England

Masih mengekalkan warna putih sebagai home jersi tetapi warna seluar ditukar kepada biru.

Portugal

Perancis

Brazil

Di bawah merupakan jersi keluaran Adidas yang lebih awal bocor yang diinspirasikan dari jersi retro negara masing-masing.

Jerman

Jerman bakal memakai jersi yang mempunyai rekaan seakan jersi Piala Dunia 1990, ketika mereka menjulang Piala Dunia, cuma bezanya corak di bahagian dada tidak diwarnakan mengikut warna bendera Jerman.

Gambar : Dreamteam

Gambar di bawah pula adalah jersi yang dipakai pada 1990. Kau tekalah nama pemain tu.

Jersi Jerman pada tahun 1990 | Gambar : wikipedia

Argentina

Jersi pasukan Argentina pula direka seakan jersi mereka pada tahun 1993, tanpa kolar dan logo Adidas di bahagian kanan dada. Cuma bezanya pada jersi 1993 adalah logo Adidas daun.

Jersi Piala Dunia Argentina 2018 | Gambar : Footyheadlines.com
Jersi Argentina tahun 1993. Klasik! | Gambar : footyheadlines.com

Mexico

Mexico pula mengenakan rekaan seakan jersi mereka pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. Harap-harap jersi penjaga gol Mexico nanti sama seperti jersi Jorge Campos.

Jersi Mexico tahun depan | Gambar : Footyheadlines.com
Jorge Campos tahun 1994 : Gambar : The Richest

Russia

Selaku tuan rumah, Russia pasti tidak mahu kecundang awal seperti yang Afrika Selatan lakukan pada tahun 2010. Oleh sebab itu mereka memilih untuk memakai jersi rekaan pada tahun 1988 di mana mereka telah berjaya layak ke perlawanan akhir Euro, ketika mereka masih bergelar Soviet Union.

Jersi Russia 2018 | Gambar : Footyheadlines.com
Russia 1988 | Gambar : globalfootballshirts.com

Sepanyol

Bekas juara Piala Dunia ini memilih untuk mengimbas kembali kenangan jersi Piala Dunia 1994 di mana pada tahun tersebut mereka sekadar layak sehingga peringkat suku akhir.

Mungkin mereka menyasarkan peringkat yang sama dalam Piala Dunia tahun depan.

Sepanyol 2018  | Gambar : Dreamteam
Sepanyol tahun 1994

Colombia

Negara Amerika Selatan ini mengambil inspirasi rekaan jersi daripada Piala Dunia 1990 di mana mereka berjaya layak ke pusingan 16 pasukan, sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh Cameroon yang diketuai oleh Roger Milla.

Colombia | Gambar : Footyheadlines.com
Carlos Valderamma pada tahun 1990 | Gambar : Getty

Belgium

Belgium bukanlah satu pasukan yang mempunyai sejarah yang padu dalam arena Piala Dunia dan sebab itulah mereka mengeluarkan jersi rekaan baharu dengan harapan mereka akan mencipta sejarah baru.

Jersi baharu Belgium | Gambar : dreamteam

Baca Juga

Baca Juga