Jika Menang Treble, Skuad City Ini Lebih Baik Daripada United 2008 Dan 1999, Kata Rooney

Wayne Rooney percaya legasi pasukan Manchester United yang memenangi double pada 2008 dan kejayaan treble pada 1999 berada dalam bahaya untuk dikalahkan musim ini oleh saingan sengit mereka, Manchester City.

Man United memenangi kedua-dua Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara pada 2008, menjulang UCL yang kedua selepas kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Chelsea pada malam yang dibasahi hujan di Moscow.

Di mana pada malam itu John Terry tergelincir ketika mengambil sepakan penalti.

Sembilan tahun sebelum itu, The Red Devils melengkapkan treble bersejarah apabila penjaring gol kemenangan masa kecederaan daripada Ole Gunnar Solskjær menentang Bayern Munich menyaksikan mereka merangkul Liga Juara-Juara di Nou Camp.

Dan ianya kekal sebagai salah satu kebangkitan paling diingati dalam pertandingan Liga Juara Juara Eropah.

Liga Juara Juara Eropah, merupakan piala yang setakat ini telah gagal dimenangi Manchester City. Dengan pasukan Pep Guardiola yang paling hampir memenangi trofi UCL adalah pada perlawanan akhir 2021 yang mereka tewas 1-0 kepada Chelsea pimpinan Thomas Tuchel.

Rooney, bagaimanapun, mendakwa bahawa jika City mara ke final Liga Juara-Juara Eropah serta menjulang kejuaraan Liga Perdana musim ini, mereka akan mengatasi pencapaian pasukan United pada 2008 dan jika City menamatkannya dengan treble, maka City akan lebih baik daripada pasukan Man United pada 1999.

Menulis dalam The Times, Rooney berkata: “Jika Man City memenangi UCL dan kejuaraan liga, saya fikir anda meletakkan mereka di sana bersama pasukan United 1999. Pasukan 2008 kami hebat, tetapi Man City telah melakukan lebih daripada apa yang kami lakukan.”

Penjaring gol United sepanjang zaman juga percaya bahawa juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid, yang akan dihadapi pasukan Guardiola pada perlawanan separuh akhir pertama di Bernabéu pada petang Selasa, akan terpukau dengan kualiti City.

“Manchester City bukan mengalahkan Real Madrid, tetapi mereka akan memusnahkan Real Madrid,” katanya.

“Anda tidak boleh menghapuskan secara kolektif dengan pengalaman dan sejarah Madrid— tetapi saya tidak akan meletakkan wang pertaruhan saya untuk mereka. Saya percaya ini adalah tahun City.”

Bercakap tentang bagaimana Los Blancos, yang telah beraksi dalam 11 daripada 13 perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara terakhir, yang akan cuba menghentikan mesin gol City yang memecahkan rekod, Erling Haaland, Rooney merasakan Real Madrid tiada jawapan untuk Haaland.

Bekas kapten Red Devils itu berkata: “Bagaimana Madrid menghentikan Haaland?”

“Nah, Real Madrid berharap pada Antonio Rüdiger mereka meruapakan pemain yang sangat hebat ketika bersaing – sebagai pemain pertahanan, dia menyukai pertempuran satu lawan satu.”

“Walaupun begitu, saya tidak fikir pertahanan Jerman itu boleh mengendalikan Haaland.”

Kenyataan Rooney itu membuatkan ramai peminat Man United marah.

Mereka menganggap Rooney sebagai mabuk ketika menulis artikel itu.

Malah ada mengingatkan Wayne Rooney, bahawa kejayaan City tidak akan pernah sama dengan Man United walaupun mereka treble sekalipun.

Ini kerana menurut mereka, Man City membeli kejayaan dengan wang. Sementara Sir Alex Ferguson mencapai kejayaan dengan membinanya dari bawah.

“Kamu dah mabuk ke? Bagaimana kamu nak membandingkan pasukan Guardiola yang menggunakan duit berbillion pound dengan pasukan Sir Alex Ferguson dahulu?”

Seorang lagi berkata: “Yo Wazza, mabuk ke?”

Manakala yang lain menuduh Wayne Rooney sebagai penikam dari belakang paling unggul dalam sejarah Man United.

Bagaimana seorang legenda kelab boleh memuji musuh dan memperlekehkan pencapaian dan sejarah kelab sendiri.

BACA:  Van Der Sar Dedahkan Rahsia Kenapa Ronaldo Pemain Yang Lebih Baik Berbanding Rooney