Jika Nyawanya Jadi Taruhan Untuk Penalti Haaland Pilih Balotelli Untuk Ambil Sepakan

Bunyi pelik tapi benar apabila Erling Braut Haaland telah memilih Mario Balotelli yang penuh kontroversi untuk mengambil sepakan penalti jika nyawanya menjadi taruhan untuk sepakan itu.

Menjelang perlawanan besarnya musim ini menentang Liverpool yang menjadi pencabar terkuat Manchester City sejak beberapa musim lalu, Haaland telah menghadiri sesi temubual bersama Sky Sports.

Dalam temubual bersama Gary Neville itu, Haaland telah ditanya dengan beberapa soalan yang santai mengenai kehidupan peribadinya.

Gary Neville kemudian bertanyakan soalan dengan bermain buah kalau dalam sesi soalan jawab pantas, Haaland ditanya siapakah pemain yang dia paling percayai untuk mengambil penalti jika nyawanya menjadi taruhan.

Pada awalnya, Haaland telah meletakkan dirinya sebagai pilihan utama sebelum meletakkan nama Mario Balotelli sebagai penyelamat yang dipercayainya.

“Saya mungkin perlu mengatakan diri saya sendiri kerana saya sangat mempercayai diri sendiri.”

“Jika tidak ada yang bagus, saya fikir saya perlu mengatakan mungkin Mario Balotelli kerana dia mungkin yang terbaik yang pernah saya lihat sebagai penyepak penalti.”

“Awak ingat semua yang dia buat? Gila. Dia sebenarnya seorang yang sangat baik, jadi mungkin saya atau dia.”

Walaupun ramain menganggap Balotelli seorang yang gila namun Haaland menyatakan bahawa Balotelli seorang yang baik dan pengambil penalti yang terbaik pernah dilihatnya.

Mario Balotelli mempunyai rekod sempurna ketika mengambil sepakan penalti, di mana pemain Itali itu telah menjaringkan kesemuanya 19 sepakan diambil dalam karier.

Gary Neville juga telah beranya kepada Haaland mengenai makan kegemarannya dan apakah yang di makan oleh Haaland.

“Saya sukakan kebab atau kebab pizza, saya sangat sukakannya, saya kena akui! Ia merupakan satu perkara terbaik tapi saya tidak boleh memakannya.”

“Kadangkala saya duduk di rumah dan terfikir: ‘Oh, alangkah sedapnya’. Tapi saya pergi buka peti sejuk dan masak benda lain, awak tahu, itulah kehidupan saya.”

Sebagai pemain bola sepak profesional dan handalan dunia, aspek pemakanan merupakan perkara penting dan perlu dijaga.

Walaupun Haaland sangat menggemari kebab sehingga tahap mengidam, Haaland tidak boleh makanan seperti itu walaupun keseorangan di rumah dan tiada siapa yan tahu.

Selain itu, Haaland juga telah ditanya siapakah pemain idolanya ketika membesar dan sudah pasti, ayahnya, Alf Haaland di pilihan pertama.

“Selain ayah saya mungkin Zlatan Ibrahimovic.”

Haaland akan membawa Kevin De Bryune jika perlu memilih tiga orang yang akan dibawa jika dia berada di pulau:

“Saya fikir, De Bruyne kerana dia sentiasa akan assist saya dengan baik.” Jawapan itu telah membuatkan Neville ketawa.

“Saya fikir mak dan ayah saya untuk menjaga saya serta boleh memasak makanan Norway.”

Pemain berusia 22 tahun itu telah mencipat keributan di Premier League musim ini apabila telah menjaringkan 20 gol dalam 13 perlawanan sahaja merentasi semua kejohanan.

15 gol di Premier League dalam 9 perlawanan sahaja dan 5 gol di Champions League dalam 3 perlawanan disamping 3 assist setakat ini.

Erling Haaland telah menjaringkan gol menentang setiap pasukan yang dia lawan musim ini kecuali Bournemouth.

Dia sudah pasti berharap untuk mengekalkan rekod itu hujung minggu ini, menentang pasukan Liverpool yang berada di tangga ke-11 liga selepas hanya dua kemenangan sepanjang kempen.

City hanya memenangi dua perlawanan di Anfield dalam tempoh 19 tahun, manakala Virgil van Dijk tidak pernah tewas dalam perlawanan liga di laman sendiri sejak menyertai Liverpool pada 2018.

BACA:  Lompatan Anti-Gravity Haaland Berjaya Hasilkan Gol Yang Menakjubkan