Jika Yugoslavia Masih Wujud, Mampukah Mereka Memenangi Piala Dunia?

Yugoslavia merupakan satu kuasa bola sepak dunia pada tahun 1950-an di mana mereka antara pencabar utama dalam sukan Olimpik walaupun mereka kurang menyerlah dalam Piala Dunia dan kejohanan Eropah.

Kali terakhir Yugoslavia bermain di kejohanap bola sepak paling agung, Piala Dunia adalah pada tahun 1998 yang berlangsung di Perancis.

Namun ke mana perginya Yugoslavia pada hari ni?

Siapakah Yugoslavia?

Yugoslavia adalah gabungan negara yang terdiri daripada Croatia, Kosovo, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Macedonia (Kini North Macedonia), Montenegro dan Slovenia pada hari ini.

Perpecahan Yugoslavia terjadi apabila peperangan dalaman yang berlaku antara negara-negara di atas dengan pemerintah tertinggi Yugoslavia yang dikuasai bangsa Serbia, bermula pada tahun 1980-an.

Pada tahun 1991, Croatia, Macedonia dan Slovenia menyistiharkan kemerdekaan mereka dari Yugoslavia dan diikuti oleh Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1992 dan sekaligus memulakan perang Balkan di mana askar Serbia dan Croatia menyerang Bosnia.

Ketika krisis politik dan ketegangan etnik mula memuncak pada tahun 1992, PBB melakukan sekatan sekatan terhadap Yugoslavia dan mengakibatkan pasukan bola sepak mereka dilarang dari menyertai Euro pada 1992 dan digantikan oleh Denmark.

Khabar angin mengatakan bahawa setelah berpecah, mereka kini telah menubuhkan syarikat yang menjual kurma yang bernama Yusof Taiyub. Iklan menjadi penanda aras bulan puasa hampir tiba.

Impak perpecahan kepada bola sepak Yugoslavia

Selepas Croatia, Slovenia dan Macedonia mengumumkan kemerdekaan mereka, pasukan bola sepak mereka mula mendaftar dengan UEFA dan mula bertanding di bawah nama negara mereka sendiri.

Oleh sebab itu, pasukan bola sepak Yugoslavia hanya tinggal pemain dari Bosnia, Serbia dan Montenegro.

yugoslav 1998
Yugoslavia pada Piala Dunia 1998

Selepas Bosnia mengumumkan kemerdekaan dan mula menjadi negara diiktiraf, pasukan bola sepak Serbia hanya diwakili oleh Serbia dan Montenegro dan pada Piala Dunia 1998 mereka menggunakan nama Yugoslavia di pertandingan utama buat kali terakhir.

Bermula Euro 2004, Serbia dan Montenegro bertanding di atas nama nama Serbia & Montenegro di pentas antarabangsa.

Pada tahun 2006, kedua-dua Serbia dan Montenegro berpecah membentuk negara iaitu masing-masing mejadi Serbia dan Montenegro dan begitu juga pasukan bola sepak mereka.

Bagaimana kekuatan Yugoslavia sekiranya mereka masih wujud?

Jika Yugoslavia masih wujud dengan gabungan enam negara, Yugoslavia mungkin berpeluang untuk menjadi pesaing utama kejohanan utama pada tahun 2000 dan ke atas dengan adanya pemain seperti Nemanja Vidic, Mateja Kezman, Dejan Stankovic, Davor Suker, Vidad Ibisevic, dan ramai lagi.

Croatia yang merupakan negara dari pecahan Yugoslavia secara solo telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Namun Croatia tewas kepada Perancis dalam perlawanan akhir itu, pada tahun itu juga pemain tengah Croatia, Luka Modric telah diangkat sebagai pemain terbaik dunia.

Jika Republik Sosialis ini masih wujud, berikut adalah mungkin kesebelasan utama pasukan ini.

Penjaga gol : Samir Handanovic (Slovenia)

handanovic

Pertahanan kanan : Branislav Ivanovic (Serbia)

ivanovic

Pertahanan tengah : Dejan Lovren (Croatia) & Stefan Savic (Montenegro)

lovren

savic

Pertahanan kiri : Aleksandar Kolarov (Serbia)

kolarov

Pemain tengah : Luka Modrid dan Ivan Rakitic (Croatia), Miralem Pjanic (Bosnia)

modric

pjanic

rakitic

Sayap kanan : Stefan Jovetic (Montenegro)

jovetic

Sayap kiri : Ivan Perisic (Croatia)

ivan perisic

Penyerang : Edin Dzeko (Bosnia)

dzeko

Formasi Kemungkinan Yugoslavia :

yugos

Pemain simpanan : Jan Oblak (Slovenia), Neven Subotic (Serbia), Nemanja Matic (Serbia), Matteo Kovacic (Croatia), Darijo Srna (Croatia), Marcelo Brozovic (Croatia), Mario Mandzukic(Croatia).

Kuat juga pasukan ini dan agak stabil disemua posisi. Agak-agak boleh cabar jadi kuasa besar bolasepak tak kalau masih wujud?

BACA:  Apakah Diet Seharian Pemain Premier League?