Joachim Low Akan Terus Kendalikan Jerman Sehingga Tahun 2022

Joachim Low akan terus mengendalikan pasukan kebangsaan Jerman walaupun mereka baru sahaja mengharungi kempen Piala Dunia 2018 yang memalukan, menurut laporan Sky Jerman.

Jerman yang hadir ke Russia selaku juara bertahan menghuni tangga tercorot kumpulan F dan hanya mempu mengutip 3 mata dari 3 perlawanan.

Low masih mendapat kepercayaan DFB. Macam kisah Wenger dan Arsenal

Mereka tewas dalam perlawanan awal di tangan Mexico sebelum bangkit pada saat akhir untuk menewaskan Sweden. Jerman memberikan harapan palsu kepada peminat mereka apabila tumbang sekali lagi di tangan Korea Selatan.

Walaupun ‘Die Mannschaf’ antara pasukan terawal yang tersingkir, Low dilaporkan masih mendapat kepercayaan Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) untuk mengemudi Jerman sehingga tamat kontraknya.

Kontrak beliau hanya akan tamat pada tahun 2022, dan ini bermakna Low sekurang-kurangnya akan mengemudi pasukan tersebut dalam dua kejohanan besar selepas ini iaitu Euro’ 2020 dan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dalam sidang media selepas Jerman tewas 2-0 di tangan Korea Selatan, Low mengelak untuk bercakap mengenai masa depannya sama ada beliau layak untuk mengemudi skuad Jerman bagi menghadapi pusingan kelayakan Euro’ 2020 yang bakal bermula September ini.

Korek, korek, cium…

“Ke mana hala tuju kami selepas ini ? Kami perlu bermula dari sini. Saya tidak bersedia untuk bercakap apa-apa buat masa sekarang, tetapi kami akan duduk berbincang dengan tenang selepas ini untuk berbincang mengenai perkara tersebut.”

“Kami tidak berhak memenangi Piala Dunia kali ini, dan kami juga tidak berhak mara ke peringkat 16 pasukan terakhir. Kami tersingkir hari ini bukan kerana kami tidak mahu menang, tetapi kerana pasukan ini benar-benar mahukan kemenangan seperti yang anda semua dapat lihat tadi. Tetapi kami gagal untuk mencari gol pendahuluan ketika perlawanan sedang berlangsung.”

“Tahun-tahun selepas 2006, kami berjaya layak sehingga ke peringkat separuh akhir dan juga ke final. Kami menang Piala Dunia 2014. Tetapi kali kali, saya boleh katakan kami tidak bermain seperti cara biasa kami.”

“Kami perlu terima kekalahan ini. Kekecewaan dari penyingkiran merupakan sesuatu yang sukar untuk ditelan.”

Presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel berkata kedudukan Low selaku pengurus Jerman masih selamat walaupun pasukan tersebut tersingkir awal dari Piala Dunia.

“Kami telah mengambil keputusan sebelum berlangsungya Piala Dunia untuk menawarkan kontrak lanjutan kepada Joachim Low.”

Mungkin penampilan terakhir Mario Gomez di peringkat antarabangsa

“Kami percaya akan berlaku tempoh peralihan selepas Piala Dunia 2018 walau apa jua keputusan Jerman dalam kejohanan tersebut. Tiada siapa yang lebih layak untuk memegang peranan tersebut dari Joachim Low.”

Dengan penyingkiran ini, Jerman meneruskan rekod buruk penyandang juara Piala Dunia dalam edisi sebelum ini dengan menjadi pasukan ke-3 berturut-turut tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Juara Piala Dunia 2006, Itali tersingkir di peringkat kumpulan pada tahun 2010 manakala Sepanyol melakukan perkara yang sama pada tahun 2014.

BACA:  "Tak Suka Cara Saya Cari Jurulatih Lain" - Klinsmann Persoal Keperluan Wajib Berada Di Korea