Pemain muda sensasi Atletico Madrid, Joao Felix nyata tidak goyang dan tumbang dengan provokasi daripada Lionel Messi, Jordi Alba dan Luiz Suarez.
Insiden itu terjadi ketika Barcelona menentang Atletico Madrid dalam perlawanan separuh akhir Spanish Super Cup yang berlangsung di Arab Saudi.
Barcelona dengan cemerlangnya berjaya membuli dan melakukan provokasi ke atas Joao Felix pemain muda yang berasal daripada Portugal.
Rakaman menunjukkan pemain 20 tahun itu telah telah terbabit dalam pertengkarang dengan Jordi Alba, Lionel Messi dan Luis Suarez.
Insiden itu telah menyebabkan pemain kedua-dua pasukan mengkerumi tempat kejadian untuk meleraikan dan menambah perasa.
Jordi Alba telah dilihat mencuit muka Joao Felix dan hampir saja pemain muda itu melepaskan satu penampar tawar dalam insiden yang terjadi lebih awal.
https://twitter.com/__Shamel/status/1215375177573437445
Kemudian sejurus tamat separuh masa pertama Felix dan Messi pula saling bertukar kata-kata, entah apa yang tidak puas hati dan datang pula Sergio Busquets dan si Suarez.
Seperti biasa Suarez akan nampak berlebihan dalam apa jua benda panas dan menolak Felix namun Suarez berjaya dileraikan sebelum menggigit.
Tiada sentuhan ke atas Suarez kerana takut jikalau beliau tergolek di padang seperti terkena sawan.
Nasib baik Diego Costa pakar dalam bergaduh tak da kalau tidak berkicap semua kena.
Things got a little chippy between Barcelona and Atlético Madrid. pic.twitter.com/7vVT6FB8J7
— ESPN FC (@ESPNFC) January 9, 2020
Looks like Joao Felix has been hanging out with Diego Costa a bit much ?
(via @ESPNFC) pic.twitter.com/hqte0zwy1x
— Planet Fútbol (@si_soccer) January 9, 2020
Ni edit ke apa? Siap gelak pengulas.
Wow so Suarez and Messi went head to head with Joao Felix. Barca and Atletico Madrid be doing the most?
— Chemical Boy ✌️ (@Chemicalboyy) January 9, 2020
Joao Felix – my Goat has two international trophies, how many you got?
Messi – what did you just say?
Felix – I SAID MY GOAT HAS TWO INTERNATIONAL TROPHIES, HOW MANY YOU GOT, LOCAL CHAMPION! pic.twitter.com/9qaIOWheSn
— Nonso (@Praiz_jr) January 9, 2020
Atletico Madrid telah membenam Barcelona dengan jaringan 3-2 di separuh akhir Spanish Super Cup dan akan bertemu jiran mereka Real Madrid di final.
Lima jaringan telah dibutirkan pada babak kedua dalam aksi kejar mengejar.
Koke telah meletakan Atletico Madrid di hadapan terlebih dahulu sebelum Barcelona mendahului hasil jaringan Lionel Messi dan Antoine Griezman.
Sepakan penalti Alvaro Morata pada minit ke-81 telah mengikat kembali kedudukan kepada 2-2.
Ketika perlawanan bakal dilihat bersambung di masa tambahan, Angel Correa menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86.