Joel Glazer Sedaya Upaya Gagalkan Usaha Erik Ten Hag Untuk Ronaldo Berambus

Erik Ten Hag dilaporkan tidak lagi memerlukan khidmat Cristiano Ronaldo dan mahu pemain itu berambus namun usaha Erik Ten Hag itu sedaya-upaya telah digagalkan oleh Joel Glazer.

Pemilik bersama Manchester United, Joel Glazer mahu Ronaldo terus kekal di Old Trafford dan matlamatnya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk terus menjana pendapatan menerusi kuasa komersil yang dimilik Ronaldo.

Erik Ten Hag dilantik pada musim panas lalu dan hadir dengan persetujuan mendapat kuasa penuh dalam pengurusan, disebabkan itu kontrak Ralf Rangnick yang sepatutnya bertugas sebagai perunding ditamatkan dengan persetujuan bersama.

Sudah pasti Erik Ten Hag tidak selesa dengan kehadiran Ralf Rangnick jika dia terpaksa merujuk kepada bapa bola sepak Jerman itu dalam pembelian dan corak permainan yang mahu diterap.

Erik Ten Hag dapat dilihat seperti diberikan kuasa penuh tetapi masih tidak mendapat sokongan penuh dari mereka yang berada di kelab.

Situasi Erik Ten Hag kini sangat tersepit kerana tidak mendapat sokongan penuh dari pemain dan juga pemilik kelab yang melantiknya bagi mengembalikan kegemilangan kelab.

Selepas tewas kepada Brentford, Erik Ten Hag telah menyalahkan pemainnya kerana tidak mengikut arah dan bermain seperti yang dimahukannya.

Menurut laporan dari Samuel Luckhurst, kini Ten Hag sudah sedia untuk melepaskan Ronaldo dan mahu pemain itu dijual ataupun ditamatkan kontrak dengan tiba-tiba salah seorang pemilik kelab yang dibenci ramai datang menghalang.

Ini bukanlah kali pertama Glazer campur tangan dan bertindak menentang keputusan pengurus menentukan hala tuju pemain yang tidak diperlukan.

Pada tahun 2018, Glazer telah campur tangan dengan mengambil tindakan sama apabila menyekat segala usaha perpindahan Anthony Martial, dan ketika itu ejen Martial secara terbuka menyatakan pemain itu mahu pergi.

Kali terakhir Glazer menghadiri perlawanan Manchester United adalah pada April 2019 ketika menentang Barcelon di suku akhir Champions League namun dia masih lagi menjalankan tugas dan berhubung dengan Ketua Eksekutif, Richard Arnold setiap hari.

Maka benarlah kegusaran yang timbul dihati Gary Neville sebelum ini.

Legenda Manchester United dan sudah pastilah merupakan bekas pemain telah melahirkan kebimbangan kerana pada penelitiannya mendapati Erik Ten Hag tidak mendapat sokongan yang penuh dan mencukupi dari kelab.

Gary Neville yang merupakan penyokong dan pembela tegar Ole Gunnar Solskjaer suatu ketika dulu yang disokong penuh kelab sudah pasti dapat melihat situasi Erik Ten Hag ketika ini.

Erik Ten Hag mempunyai portfolio yang bagus ketika di Ajax dalam melahirkan pemain muda namun Manchester United adalah kelab besar dan sebuah kelab komersil yang mementingkan keuntungan.

Pada awal kedatangan Erik Ten Hag mungkin Gary Neville agak meragui apa yang mampu disumbangkan oleh pengurus Belanda itu yang mahu mengembalikan semula kegemilangan Setan Merah.

Gary Neville meluahkan bahawa dia berasa kecewa dengan strategi perpindahan Manchester United pada musim panas ini, dengan sasaran nombor satu Frenkie de Jong masih belum ditandatangani.

Situasi ini telah membimbangkan Gary Neville yang mula merasakan bahawa Erik Ten Hag tidak mendapat sokongan yang cukup dan sepenuhnya dari pihak kelab.

“Dia tidak disokong oleh kerja-kerja di luar padang bagi mendapatkan pemain yang dia mahukan.”

“Jika anda berkata kepada saya beberapa bulan lalu United akan mempunyai Fred dan Mctominay di bahagian tengah dan Martial di hadapan, saya akan katakan pengurus telah diberikan tugas yang cukup sukar.”

“United pada dasarnya tidak mampu mendapatkan pemain. Kegagalan lama nampaknya masih ada.”

Neville membandingkan saga Frenkie de Jong yang berlarutan dengan usaha perpindahan Jadon Sancho sebelum ini, mengulas:

“Anda kehilangan kegembiraan jika pemain berjaya diikat, ia menjadi sesuatu yang memalukan. Saya bimbang mereka masih tidak boleh mendapatkan tandatangan hingga ke sudah.”

Kemerosotan prestasi dan tidak lagi menjadi pasukan regular di Champions League telah menyukarkan Manchester United mendapatkan pemain berkualiti dan perkara ini bertambah buruk setiap tahun.

BACA:  Zidane Kembali Jadi Sebutan, Man Utd Terpaksa Bayar Harga Mahal Jika Pecat Ten Hag