Johan Ghazali Muay Thai Lebih Real Daripada Silat Olahraga

Petarung MMA yang sedang meningkat naik Johan Ghazali menganggap sukan Muay Thai atau tomoi lebih nyata berbanding dengan silat.

Johan berkata begitu dalam satu temuramah di TikTok. Di mana dia ditanya adakah dia tak berminat untuk seni silat.

Petarung remaja sensasi itu menyatakan dia kurang berminat dengan seni silat kerana ianya tidak begitu real berbanding dengan muay thai.

Sambil dia mengingatkan dia tidak berniat untuk merendah rendahkan seni silat. Cuma dia lebih berminat dengan muay thai.

“Tak tahulah, sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan sukan diorang la. Tetapi silat olahraga yang diorang fight tu dia, sejujurnya dia macam tak real tau.

“Sebab diorang tak boleh tumbuk muka, satu, dan diorang punya sistem mata pun pelik. Boleh bantahlah, boleh ini, boleh itu.

“So, rasa muay thai lebih real dan lebih aunthentic la.”

Johan Ghazali seterusnya menegaskan dia hanya memberikan contoh dalam pertandingan sukan untuk silat olahraga yang tidak boleh menyerang di bahagian muka.

“Namun di dalam kehidupan sebenar, guna rasanya, kalau terpaksa fight memang kenalah [tumbuk muka].

Kemudian hos program bertanya, kalau dalam pertarungan sebenar, sama ada Johan memilih Muay Thai atau Silat?

Dia menegaskan: “Terpulanglah [kepada pilihan masing masing], tak tahu jumpa siapa. Kalau rasa, memang aku cakap Muay Thai la 100 peratus la. Aku cakap macam tu sebab aku tak pernah jumpa petarung silat yang betul betul power tau, yang macam tu tau.

“Jadi, kepada siapa siapa [atlet] silat ni nak challenge, datanh Kuching la,” tegas beliau sambil berseloroh.

@youusaff

Seni bela diri.

♬ Edit Phonk (Slowed) – Bgnzinho

Nama Johan Ghazali meningkat naik dalam 2023, sehingga dia dinobatkan sebagi Breakout of The Year 2023 oleh One Championship.

Petarung Muay Thai berdarah Malaysia-Amerika itu, yang kini berusia 17 tahun, menempa kejayaan pada tahun 2023 selepas aksi menawannya di ONE Friday Fights.

Selepas beberapa siri kalah mati dan kemenangan dominan, dia memperoleh kontrak lumayaan bernilai ratusan ribu ringgit untuk beraksi di pentas utama ONE Championship.

Dengan rekod 5-0 dengan empat kemenangan dicapai melalui kalah mati, Johan Ghazali atau Jojo menyingkirkan beberapa petarung lain yang semakin meningkat sebagai bintang masa depan sukan itu.

Jojo memulakan kerjayanya pada 2023 di ONE Friday Fights 6 Februari lalu apabila dia berdepan Padetsuk Fairtex.

Perlawanan antara dua bintang muda ini diramalkan sengit tetapi sebenarnya Ghazali hanya memerlukan hanya 16 saat untuk memenangi pertarungan itu.

Seterusnya, pada acara ONE Friday Fights 18 pada Mei, Ghazali menentang Tai Sor Jor Piek Uthai.

Selepas dua pusingan yang sengit, serangan kejam Ghazali menyebabkan lawannya tidak sedarkan diri dengan berbaki kurang 90 saat pertarungan.

Dengan dua kemenangan berturut-turut, Johan Ghazali mula menjadi bintang tumpuan dan prestasi mengagumkannya berterusan apabila mengalahkan Samurai Seeopal di ONE Friday Fights 25 pada bulan Julai.

Kedua-dua petarung bertembung dan menguji ketahanan masing-masing. Bagaimanapun, kekuatan serangan Johan Ghazali membawanya kepada kemenangan sebulat suara daripada juri.

Petarung muda yang berpangkalan di Sarawak, Malaysia itu meneruskan saingan Oktober lalu di ONE Friday Fights 36 menentang Temirlan Bekmurzaev.

Di mana dia berjaya menjatuhkan Bekmurzaev pada pusingan kedua. Keputusan ini mengubah hidup remaja itu kerana menerima kontrak bernilai 100 ribu dolar Amerika daripada ONE Championship.

Memasuki tahap persaingan baharu, Johan Ghazali membuktikan potensinya semula di hadapan jutaan mata seluruh dunia yang menyaksikannya bertanding di ONE Fight Night 17 pada 9 Disember.

Berdepan dengan Edgar Tabares, Johan Ghazali mampu menamatkan petarung Mexico itu dalam masa 36 saat sahaja.

Tabares sendiri mengakui tumbukan Jojo sangat bahaya dan tidak teragak agak menyatakan bahawa tumbukan Jojo pada satu tahap lebih kuat daripada Rodtang – yang merupakan idola Jojo sendiri.

Catatan Johan Ghazali ketika itu, hampir empat minit lebih pantas berbanding ketika Rodtang Jitmuangnon menang kalah mati ke atas petarung yang sama di ONE Fight Night 10.

Dengan prestasi sempurna sepanjang 2023 dan sokongan berterusan daripada peminat lama dan baharu, rekod baik Johan Ghazali mungkin akan berterusan pada tahun baharu.

Baca Juga

Baca Juga