John Arne Riise Balas Dendam Terhadap Pembulinya Selepas Menang UCL

Sebaik sahaja kebangkitan agung Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara, pemain pertahanan John Arne Riise kembali ke kampung halamannya dengan satu tujuan – cari semula pembulinya ketika dia masih lagi belum baligh.

Dalam satu temuramah bersama Stadium Astro, Riise bercerita bagaimana dia berjumpa pembulinya di kampungnya, Molde.

Sebaik tiba di sana, Riise terus berjalan ke McDonalds lalu bertemu pembulinya ketika kecil, dan mereka saling berbalas pandangan.

Riise kemudian tersenyum sinis, dan menjawab tanpa disoal,”Yep. Aku baru menang Champion League.”

Seperti yang kita ketahui, Riise merupakan watak utama dalam kebangkitan terulung dalam sejarah UCL di Istanbul tersebut.

“Salah seorang daripadanya bekerja di McDonalds,” Riise menyambung.

“Tak salah pun kerja di McDonalds, tapi aku baru sahaja menang Liga Juara-juara.

Sedutan video cerita Riise ada dalam video di bawah.

Malah, nak tambah lagi kedramatikan suasana ketika itu, Riise telah memesan Happy Meal – set makanan untuk kanak-kanak sebagai tanda dia telah berjaya membalas dendam terhadap lelaki yang menghantui hidupnya suatu ketika dahulu.

“Aku cam dia, dan aku tahu dia cam aku. Aku senyum dan gembira je depan dia, tapi dalam kepala otak aku ni, aku tengah fikir ‘padan muka kau puk**ak! B*b* hu*tan ***** ‘.”

“Lepas tu aku keluar dari McDonalds tu sebagai insan yang gembira. Seronok rasanya balik kampung dan tengok muka-muka yang menyusahkan aku dulu,” akhiri Riise.

Kisah ini satu pengajaran kepada adik-adik di sekolah, atau bos-bos di tempat kerja atau sesiapa sahaja. Orang yang anda buli itu mungkin akan menjadi Ketua Polis Negeri dan mungkin akan membuli anda kembali.

Baca Juga

Baca Juga