John McPhee dan Jeremy Alcoba Bertumbuk Selepas Kemalangan

Dua Pelumba Moto3 John McPhee dan Jeremy Alcoba telah menunjukkan satu perlakuan yang memalukan apabila telah bertumbuk selepas kedua-dua pelumba itu terlibat dalam kemalangan.

Kejadian tidak diingini ini terjadi dalam perlumbaan kedua Moto3 musim ini yang berlangsung di Doha Grand Prix, Qatar.

Pada perlumbaan yang memasuki pusingan ke-15, ketika mahu memasuki selekoh motosikal tunggangan Jeremy Alcoba telah tersesek atau bergesel dengan motosikal, Darryn Binder.

Penunggang Petronas Sprinta Racing Team (Petronas SRT), Darryn Binder terselamat namun nasib tidak menyebelahi Jeremy Alcoba.

Jeremy Alcoba telah terciduk lalu tersontot menyaksikan motosikal beliau berputar 360 darjah dan menghentam John McPhee yang juga dari pasukan Petronas Sprinta Racing Team (Petronas SRT).

Lalu John McPhee dan Jeremy Alcoba jatuh bersama-sama dan mengelunsur ke tepi litar berlumbaan bersama motosikal masing-masing sehingga ke beting pasir.

Nasib kedua-dua pelumba itu sangat baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan terus bangun.

John McPhee tidak berpuas hati lalu menyerang Jeremy Alcoba yang sempat menepis lalu satu sepakan ke kangkang dilepaskan oleh McPhee.

Mujur sut perlumbaan itu tebal menyelamatkan Jeremy Alcoba dari merasa senak. Adakah John McPhee cuba melakukan Stone Cold Stunner?

Insiden itu telah dianggap sebagai ‘Bergaduh dengan pelumba lain’ oleh Race Direction dan kedua-dua pelumba itu telah dikenakan penalti atau denda unutk perlumbaan seterusnya di Portugal.

John McPhee akan memulakan perlumbaan dari Pitlane dengan penalti 10 saat (+10) dan turut didiena 1,000 Euro kerana pelanggaran’ peraturan, memudaratkan kepentingan sukan.

Sementara itu Indonesian Racing Team Gresini, Jeremy Alcoba telah dikenakan denda juga bermula dari pitlane dengan penalti 5 saat (+5+

Baca Juga

Baca Juga