John Obi Mikel Dedahkan Bapanya Diculik Sejam Sebelum Perlawanan Menentang Argentina

John Obi Mikel telah mendedahkan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa bapanya telah diculik sejam sebelum perlawanan Nigeria menentang Agentina.

Mikel telah diarahkan supaya membayar wang tebusan, terus berdiam diri dan diugut bapanua akan dibunuh jika melaporkan perkara ini.

Ahli keluarga telah menghubungi Mikel dan telah menyampaikan berita mengejutkan ini ketika berada di dalam bas pasukan menuju ke stadium Selasa lalu.

Bekas pemain Chelsea itu telah memberitahu Guardian beliau tidak boleh memberitahu sesiapa di dalam Nigerian Football Federation kerana tidak mahu mengganggu rakan sepasukan dan pegawai pasukan sebelum perlawanan.

“Aku bermain ketika bapa aku dalam tangan penculik. Aku harus mengatasi trauma ini. Aku menerima panggilan sejam sebelum sepak mula dan diberitahu apa yang berlaku.” Ujar Mikel.

“Aku secara emosinya sangat terganggu dan aku harus membuat keputusan samada mental aku sudah bersedia untuk bermain. Aku keliru. Aku tak tahu apa perlu dilakukan tetapi akhirnya aku tahu, aku tidak boleh mengecewakan 180 juta rakyat Nigeria.”

“Aku harus mengusir keluar perkara ini dari fikiran dan pergi berkhidmat untuk negara lebih utama. Aku tidak boleh memberitahu jurulatih atau pegawai NFF dan hanya segelintir rakan aku sahaja yang tahu.” Ujar Kapten Nigeria itu lagi.

Menurut laporan Michael Obi Pa telah diculik di Tenggara Nigeria ketika menghadiri majlis pengkebumian. Insiden ini terjadi di Lebuhraya Makurdi-Enugu.

https://twitter.com/HonourAfricans/status/1013900104162594821

Polis Nigeria berjaya menyelamatkan bapa Obi Mikel tetapi mengalami pengalaman pahit apabila teruk didera selama seminggu.

Mikel juga mendedahkan bahawa bapanya kini menerima rawatan kecemasan di hospital. Walaupun dugaan melanda Mikel masih mampu bermain selama 90 minit ketika menentang Argentina.

Namun Mikel gagal membantu pasukan mara ke pusingan seterusnya selepas Marcos Rojo menjaringkan gol kemenangan.

“Aku diberitahu bahawa mereka akan menembak ayah aku jika aku melakukan laporan kepada pihak berkuasa atau menceritakan kepada sesiapa.”

“Aku juga tida mahu membincangkan perkara ini dengan jurulatih kerana aku tidak mahu isu mengganggu beliau atau pasukan ketika bakal menghadapo perlawanan penting.”

“Aku mahu berbicara bersama jurulatih mengenai masalah ini tapi aku tak boleh.”

“Syukur, bapa aku telah dilepaskan dengan keadaan selamat pada petang Isnin. Terima kasih kepada pihak berkuasa Polis kerana usaha menyelamat dan sokongan aku terima dari kawan dan ahli keluarga.”

“Malangnya, bapa aku sekarang berada di hospital menerima rawatan kerana telah didera selama beliau diculik.”

Ini merupakan kali kedua bapa John Obi Mikel diculik. Kali pertama terjadi pada bulan Ogos tahun 2011. Sungguh berat dugaan Mikel ketika perlu bermain dalam perlawanan penting.

https://twitter.com/Roitrills/status/1014147611912220673

Pemain kesayangan peminat Chelsea dan pemain yang menabur bakti dengan penuh setia, John Obi Mikel telah telah berpindah Chelsea untuk ke China.

Mikel mengikut jejak Oscar ke Liga Super China dengan menyertai kelab Tianjin TEDA FC. Mikel memperolehi pendapatan RM42.51 juta semusim.

Baca Juga

Baca Juga