John Terry Yakin Pasukan Chelsea Tahun 2005-2006 Mampu Tewaskan Manchester City

Dalam sejarah Premier League sukar untuk mencari pasukan yang begitu dominan seperti ribut yang dicipta oleh Manchester City ketika ini yang berada di bawah kendalian Pep Guardiola dengan barisan pemain bintangnya.

Menjelang Hari Krismas, pasukan kendalian Pep Guardiola selesa mendahului carta Premier League dengan perbezaan 11 mata dihadapan pencabar terdekatnya yang juga merupakan jiran mereka, Manchester United.

Pasukan Manchester City kini telah menjadi bahan bualan dan perdebatan sesetengah pihak kerana ada yang mula melabel pasukan The Citizen yang mencatat 16 kemenangan berturut-turut itu sebagai pasukan terbaik dalam sejarah Premier League.

Selain pasukan Arsenal yang mencipta ‘The Invincibles’ pada musim 2003/04 hampir tiada lagi pasukan yang mempamerkan aksi terbaik seperti yang dilakukan City kini. Yang mungkin diingati

1. Manchester United – Treble 1998/88 dan Double 2007/08.
2. Chelsea – Juara 2005 dan 2006.
3. Arsenal – Invincibles 2003/04

Sebelum ini bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney berpendapat pasukan Manchester City musim ini bukanlah pasukan yang terbaik pernah dilihat sepanjang penganjuran Liga Perdana Inggeris.

Rooney juga berfirasat skuad Pep Guardiola tidak akan mengharungi musim ini tanpa mengalami sebarang kekalahan kerana kualiti pasukan dalam liga dan jadual yang padat sepanjang perayaan Krismas.

Rooney yang kini bermain bersama kelab lamanya, Everton turut mengakui City mempunyai ramai pemain yang berbakat besar dan moral pasukan kini berada pada tahap tertinggi.

Rooney memilih pasukan Manchester United 2008 sebagai yang terbaik.

Walaupun demikian, Rooney fikir City mestilah terlebih dahulu mengekalkan prestasi cemerlang mereka lebih lama jika mahu diangkat sebagai salah satu pasukan terbaik sepanjang zaman.

Apabila ditanya pasukan manakah yang terbaik pada pendapat beliau, jawapan yang diberikan penyerang Everton ini sudah boleh dijangka dan tidak mengejutkan.

“Pasukan terbaik sepanjang zaman ? Saya pilih pasukan Manchester United pada tahun 2008! ”

Rooney turut berkata pasukan Manchester City ini tidak akan mampu mengulangi pencapaian menakjubkan skuad Arsenal 2003/04 yang tidak mengalami sebarang kekalahan sepanjang musim tersebut.

Hampir seminggu selepas Rooney memilih pasukan terbaik di Premier League, John Terry berpendapat bahawa pasukan Chelsea pada pertengahan dekad lalu merupakan pasukan terbaik yang mampu menggugat pasukan Manchester City yang telah memecahkan rekod dipegang Chelsea.

Rekod kemenangan berturut-turut yang dipegang Chelsea juga telah dipecahkan oleh Guardiola dan anak-anak buah. Rekod terbanyak dalam satu musim yang dilakukan Chelsea pada 2009/10 dengan 103 gol dijangka dipecahkan City yang kini telah menjaringkan 58 gol dalam 18 perlawanan.

Ketika ditanya pasukan Chelsea musim manakah yang akan mampu bersaing dengan pasukan City sekarang. Terry menjawab :

“Aku akan pilih pasukan musim 2004/05 dan 2005/06. Pasukan yang di bawah kendalian Jose Mourinho sewaktu mula mengendalikan Chelsea.”

Terry tekun memilih pemain Chelsea.

Ketika ditanya adakah Chelsea mampu mengalahkan City. Dengan pantas Terry menjawab :

“Ya, Ya benar! Kami tidak takut untuk mengakui bahawa mereka bakal menguasai perlawanan, tetapi kami akan bermain dengan selesa.” Ujar Terry dengan yakin.

“Full-back kami, William Gallas dan Paulo Ferreira akan sentiasa naik membantu serangan dan Claude Makelele akan teguh melindungi kami di pertahanan tengah.”

“Kami mempunyai kaki-kaki yang hebat lagi berkuasa dan kami mempunyai abng besar di hadapan. Didier Drogba akan membawa suatu perubahan.”

“Jika Drogba mendapat bola, beliau mampu mempertahankan bola itu sambil menunggu larian dari Damien Duff dan Arjen Robben serta Frank Lampard yang mampu bermain secara box-to-box dalam setiap perlawanan.”

Sungguh yakin dan bernostalgia Terry mengenang kembali kehebatan Chelsea diawal zaman revolusi mereka di bawah Jose Mourinho. Kini giliran Guardiola dan City pula untuk mengukuhkan nama City di persada Liga.

Jika dulu ada yang menyebut Chelsea wujud sejak 2003 dan kini City wujuk sejak bila? 2011 atau 2017?

Pasukan Chelsea Tahun 2005-2006

Inilah barisan pemain Chelsea yang membuatkan John Terry yakin untuk mereka tewaskan Skuad Pep. Apa pendapat korang? Ke tak kenal pemain Chelsea zaman ni?

Penjaga Gol

1. Petr Cech

Pertahanan

1. William Gallas.
2. Paulo Ferreira
3. John Terry
4. Ricardo Carvalho

Tengah

1. Michael Essien
2. Claude Makelele
3. Frank Lampard

Penyerang

1. Damien Duff
2. Arjen Robben
3. Didier Drogba

Baca Juga

Baca Juga