Jordan Henderson Marah Penyokong Yang Ejek Harry Maguire

Jordan Henderson adalah seorang pemain yang bukan setakat mampu beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan, malah dia juga mempunyai karakter kepimpinan semulajadi yang bagus.

Bila bercakap tentang kepimpinan, ketua pastinya akan mempertahankan orang yang berada di sekelilingnya daripada ancaman dan anasir luar dan inilah yang dibuktikan oleh kapten Liverpool ini selepas perlawanan persahabatan antara pasukan England menentang Ivory Coast.

Dalam perlawanan tersebut, Harry Maguire telah dikutuk dan diejek oleh sebahagian penyokong dalam perlawanan di Stadium Wembley tersebut.

Tidak berpuas hati, Henderson menggunakan akaun laman sosialnya – Twitter dan Instagram – untuk menjawab kepada penyokong England yang bertindak mengeji pertahanan Manchester United tersebut. Dalam perlawanan itu, England dengan mudah menewaskan Ivory Coast tiga gol tanpa balas menerusi gol daripada Ollie Watkins, Raheem Sterling dan Tyrone Mings.

Kerja England menjadi semakin mudah apabila Serge Aurier telah dilayangkan kad merah apabila mengutip dua kuning dek tindakan yang tidak berapa mempunyai semangat kesukanan pada separuh masa pertama.

Anak buah Gareth Southgate kemudiannya menggunakan kelebihan seorang pemain untuk melakukan serangan bertalu-talu terhadap pasukan Pahlawan Gajah tersebut sekaligus menaikkan lagi moral dan semangat pasukan menjelang Piala Dunia 2022 pada hujung tahun nanti.

Walaubagaimanapun, di sebalik kemenangan selesa tersebut, ada segelintir penyokong England yang tidak berpuas hati dengan Harry Maguire yang mana kita ketahui telah melalui fasa-fasa sukar bersama kelabnya sejak beberapa bulan mutakhir. Pemain berusia 29 tahun itu telah diejek oleh penyokong di beberapa bahagian tatkala namanya disebut ketika barisan kesebelasan utama diperkenalkan sebelum sepak mula.

Bukan itu sahaja, sentuhan pertamanya dalam perlawanan turut memangkin semangat penyokong untuk terus menjerit boooooo dan ini telah mengejutkan rakan sepasukannya.

Selepas perlawanan menentang Ivory Coast, Maguire telah memuat naik gambarnya beraksi di Wembley dan hanya menulis ciapan yang pendek;

“Minggu yang seronok dapat bermain untuk negaraku,” tulisnya ringkas.

Jordan Henderson juga telah berfikir panjang dan membuat kesimpulan bahawa penyokong telah melakukan sesuatu yang salah apabila berbuat demikian terhadap Maguire.

Dia mengingatkan para penyokong bahawa kehadiran Maguire dalam pasukan kebangsaan England adalah sangat penting dalam proses kemajuan pasukan ini sejak beberapa tahun lalu.

“Aku tak faham apa yang berlaku di Wembley pada malam ini,” tulis Henderson di Twitter dan Instagramnya selepas wisel penamat dibunyikan.

“Harry Maguire adalah bagaikan gergasi buat pasukan England. Tanpa dia, kemajuan yang dicapai dalam dua kejohanan utama sebelum ini tidak akan berlaku.

“Kena booo di stadium tempat sendiri tanpa sebab?

“Nak jadi apa kita ni haa?

“Apa yang berlaku pada malam ini memang sangat salah. Sebagai seorang insan yang ingin menang bersama England aku rasa sangat bernasib baik dalam berkongsi bilik persalinan dengan dia [Maguire].

“Semua pemain rasa macam tu!” tulis Henderson panjang lebar.

Selain Henderson, Gareth Southgate turut mengecam tindakan sebahagian penonton di stadium yang mengejek Maguire.

“Aku rasa cara diorang tu mengarut, sangat mengarut,” Southgate berkata kepada Sky Sports dalam temu ramah selepas perlawanan.

“Apa yang telah dia sumbangkan kepada kita, cara dia bermain untuk England sangat-sangat mantap.

“Itu yang aku tak faham tu. Kita ni sama ada bersama dia, atau tinggal dia.

“Kau tak bole booo pemain England walau apapun terjadi tapi dengan bila tengok tahap permainan dia [yang tingg] dan bagi kita persembahan seperti mana yang dia telah lakukan, memang nampak betapa dia bersungguh. Jadi, aku memang tak faham dooooo.

“Prestasi dia, hampir sempurna, betul ni. Dia bermula dari belakang dengan baik untuk gol pertama, dan turut terlibat dalam gol kedua.”

Walaupun prestasinya bersama Manchester United dilihat agak tidak ketahuan dan tidak tentu hala, Maguire secara asasnya menjadi tonggak utama Gareth Southgate dalam skuad England bersama seorang lagi pemain kelab tersebut, Luke Shaw. Selama menyarung jersi England, permainan Maguire dilihat sangat berbeza dengan apa yang ditampilkan ketika menyarung jersi merah kelab.

Bersama skuad Tiga Singa, Maguire dilihat sangat berdisiplin, serius dan tidak pandai buat aksi kelakar seperti mana yang ditunjukkan ketika dia bermain bersama kelab.

Waktu rehat antarabangsa ini boleh dikatakan cukup baik untuk England di mana mereka telah memenangi kedua-dua perlawanan, termasuk menewaskan Switzerland dua gol berbalas satu tempoh hari.

England menguasai perlawanan usai wisel permulaan dibunyikan dan terus melakukan serangan. Switzerland tenang menyerap asakan dan masih lagi mencari rentak perlawanan.

Kemudian permainan mula menjadi seimbang.

Breel Embolo yang tidak dikawal meletakkan Switzerland di hadapan pada minit ke-22 selepas mudah menanduk tajam masuk hantaran cantik Xherdan Shaqiri.

Selepas Video Assistant Referee (VAR) memeriksa jaringan Embolo itu tiada unsur kecurangan offside seperti yang disyaki.

Dua minit kemudian berpunca dari sepakan penjuru, Fabian Frei hampir menggandakan kedudukan dengan rembatan jarak dekat.

Penjaga gol England, Jordan Pickford berjaya menepis sedikit bola dan itu sudah cukup membuatkan bola naik ke atas menghentam palang.

Keyakinan membara dipamerkan Switzerland selepas gol pendahuluan itu. England masih melawan.

Kyle Walker-Peters pula kali ini menghentam tiang tetapi penjaga garisan sudah mengangkat bendera tanda offside.

Pada minit ke-37, Xherdan Shaqiri hampir menjaringkan gol terus dari sepakan penjuru selepas tendangan leret yang dilakukan meleleh menuju ke gawang tapi dikeluarkan oleh tiang.

Di penghujung babak pertama gol penyamaan England hadir selepas Kyle Walker-Peters berjaya memenangi bola ditengah padang dan terus menghantar kepada Conor Gallagher.

Conor Gallagher terus membuat umpanan kepada Luke Shaw yang berlari dari belakang dan satu gol roket berjaya dihasilkan Luke Shaw hasil rembatan kaki kiri yang padu.

Switzerland boleh mendahului England dengan jaringan 3 gol pada separuh masa pertama namun nasib tidak menyebelahi mereka malah Luke Shaw pula berjaya menyamakan kedudukan.

Umpanan cantik dan bijak Connor Gallagher sekali lagi terhasil mencari Harry Kane memaksa penjaga gol Switzerland, Jonas Omlin menadah muka menahan jolokan Harry Kane.

Jika Harry Kane menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini, maka beliau akan naik ke tangga kedua senarai penjaring sepanjang zaman England duduk bersama Bobby Charlton.

Selepas sejam perlawanan , Gareth Southgate melakukan 4 pertukaran serentak manakala Switzerland melakukan 3 pertukaran sahaja selepas seorang sudah ditukar pada separuh masa pertama.

Pada minit ke-78, England melakukan kebangkitan sensasi, bola telah terkena tangan Steven Zuber dan tiada pilihan lain buat pengadil, penalti untuk England.

Harry Kane tiada masalah untuk melaksanakannya walaupun membuat bacaan tepat namun tetap tewas. Kane sebaris dengan Bobby Charlton dengan 49 gol dengan cap yang ke 68.

England masih lagi mampu mencatatkan kemenangan dan kebangkitan walaupun bermain biasa-biasa saja dan Switzerland tidak bernasib baik walaupun bermain dengan bagus.

Sumber berita : Express

BACA:  Yakin Salah Mampu Berikan Impak, Henderson Sudah Kongsi Pengalaman Beraksi Di Arab Saudi