Jordan Henderson Menang Anugerah Pemain Terbaik Tahunan FWA

Ketua pasukan paling power di muka bumi, pasukan apa lagi kalau bukan Liverpool, Jordan Henderson telah dipilih sebagai pemenang anugerah Pemain Terbaik Tahunan FWA bagi musim 2019/20 dengan tenang menewaskan pencabar yang lain.

Belum hilang penat mengangkat dan mejulang trofi Premier League buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, Henderson menambah penat dengan anugerah yang baru dimenangi ini.

Anugerah Pemain Terbaik Tahunan ini merupakan anjuran The Football Writers’ Association(FWA) merupakan anugerah tahunan bagi memberi penghargaan pemain English terbaik di setiap musim.

Anugerah pemain terbaik tahunan ini telah diberikan sejak musim 1947/48 dan pemenang pertama anugerah ini adalah pemain sayap Blackpool, Stanley Matthews.

The Football Writers’ Association(FWA) secara majoritinya melalui undian telah memilih Jordan Henderson sebagai pemenang meninggalkan pemain perancang Manchester City, Kevin De Bruyne di tempat kedua.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford berada dikedudukan ketiga diiringi oleh rakan sepasukan Henderson, Virgil Van Dijk dan Sadio Mand di tempat yang seterusnya dalam kedudukan 5 teratas.

Pemenang tahun lalu Raheem Sterling yang agak merosot musim ini masih lagi berada dalam senarai pencalonan.

Selepas kemenangan ini, Jordan Henderson telah menghamburkan kata-kata tidak berbaur politik dan sangat bangga dengan pencapaian yang diraih.

“Aku nak cakap aku sangat menghargai kepada mereka yang mengundi dan kepada
Football Writers’ Association(FWA) secara amnya.”

“Kau tengok jela pemenang sebelum ini dan aku sangat bertuah dapat bermain bersama mereka seperti Steven Gerrard, Luis Suarez dan Mohamed Salah. Ini sudah cukup membuktikan betapa berprestijnya anugerah ini.”

Dengan nada merendah diri, Henderson menanggap anugerah ini sebagai hasil kerjasama berpasukan. Jelas terpancar semangat YNWA.

“Aku bersyukur tapi aku tidak boleh menerimanya secara berseorangan. Aku tidak rasa semua aku gapai musim ini dan seluruh karier aku dilakukan atas usaha aku seorang sahaja.”

“Aku terhutang budi dengan ramai orang terutamnya rakan sepasukan sekarang yang sangat menakjubkan dan layak menerima seperti apa aku terima. Kami berjaya kerana setiap ahli pasukan memberikan yang terbaik.”

Sejak setahun yang lalu menyaksikan empat kali Jordan Henderson tanpa jemu menjulang trofi kejuaraan yang diraih oleh Liverpool.

1. Champions League – Jun 2019
2. UEFA Supercup – Ogos 2019
3. FIFA Club World Cup – Disember 2019
4. Premier League – Julai 2020

Trofi yang diraih Liverpool kebanyakannya adalah trofi peringkat Antarabangsa maka jangan kau pelik kenapa Liverpool digelar penakluk dunia.

Baca Juga

Baca Juga