Jordan Henderson Speechless Melihat Kedunguan Harry Maguire

Jordan Henderson bengang dengan kedunguan Harry Maguire yang merosakkan sesi latihan para pemain England yang sedang melakukan ‘rondo drill’ di St George Park kemarin.

“Apa kau buat?” Itulah apa yang dilafazkan oleh Jordan Henderson ketika melihat Maguire dengan tenang merosakkan sesi latihan mereka.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh laman rasmi England, para pemain dilihat sedang menjalani sesi ‘Rondo drill’ yang mana mereka akan saling bertukar hantaran pantas dan pada masa sama mengekalkan penguasaan bola.

Teknik latihan tersebut kerap digunakan oleh kelab seperti Barcelona dan Ajax dalam usaha mereka untuk melatih para pemain supaya mampu menguasai penguasaan bola.

Kedua-dua Jack Grealish dan Nick Pope berada di tengah dengan mereka dilihat bergelut untuk merampas bola yang sedang dimainkan oleh barisan pemain lain.

Henderson dan Maguire juga turut berada di tepi untuk menunggu bola dan melakukan hantaran dalam usaha mereka untuk kekalkan penguasaan bola.

Latihan tersebut kebiasaannya hanya memerlukan ruang kecil sahaja untuk para pemain sekadar dapat menyentuh bola dan memastikan bola bergerak ke rakan sepasukan yang lain.

Henderson ketika itu dilihat sedang menghitung jumlah hantaran satu dua dari pemain seperti Harry Kane, Jude Bellingham, Tyrone Mings dan Kyle Walker Peters.

Kesemua mereka bermain hantaran pantas dengan mereka saling bertukar hantaran selepas membuat satu sentuhan sahaja.

Walau bagaimanapun, selepas hitungan ke-43, bola sampai ke kaki Harry Maguire dan entah atas alasan apa, ketua pasukan Man Utd itu terus memberhentikan bola.

Beliau melakukan dua sentuhan dan tak ada satu sentuhan pun darinya yang berjaya disudahi dengan hantaran.

Maguire jelas sekali sekadar memberhentikan penguasaan bola dan sekadar membuat buat muka tak bersalah melihat rakan sepasukannya yang lain.

Melihat hal itu, Henderson jelas rasa menyampah dengan beliau yang ketika itu berdiri sebelah Maguire, terus memberikan pandangan tajam sambil mengatakan:

“Apa kau buat?”

Rakaman tersebut tular di media sosial dengan para peminat terhibur melihat aksi Jordan Henderson yang speechless dengan kedunguan Maguire.

“Dekat padang latihan dia dah rosakkan suasana, macam mana dia lalui hari-hari dia? Semakin dia dihentam semakin dungu perangai yang dia tunjukkan.”

“Saya dah tak tahu nak kata apa tentang Maguire, dia terlalu teruk dan saya tak rasa dia layak untuk ada dalam skuad England. Cara Henderson pandang dia dah nampak yang dia betul-betul dah lakukan benda yang bodoh.”

“Henderson baru dapat bersama dia sekejap, bayangkan apa yang De Gea rasa hari-hari perlu hadap Maguire dan perlu bergantung harap padanya.”

“Cara Henderson pandang dia tu buat saya rasa terhibur, nampak dia sendiri dah menyampah dengan Maguire.”

“Selepas buat benda bodoh, dia berpura-pura tak ada apa yang berlaku, Maguire kali ini bawa kebodohan dia ke mana-mana. Kalau dulu dia tinggalkan di Old Trafford, sekarang dia bawa sekali.”

Jordan Henderson diturunkan beraksi selama 90 minit ketika aksi bertemu Switzerland dengan England berjaya lakukan comeback dan catatkan kemenangan 2-1.

Luke Shaw dan Harry Kane berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, sementara kapten marvel Manchester United, Harry Maguire tak diturunkan dalam perlawanan yang dilangsungkan di Wembley itu.

England selepas ini akan melayan kunjungan Ivory Coast ke bumi Wembley untuk aksi perlawanan persahabatan kedua sebelum para pemain kembali bersama kelab masing-masing.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Harry Maguire Terus Menyajikan Aksi Kelakar Selepas Kembali