Jose Mourinho Akui Fellaini Pemain Sangat Penting Dalam Pasukan

Ketibaan Namenja Matic menguatkan lagi khabar angin bahawa Marouane Fellaini bakal meninggalkan Manchester United dan Galatasaray secara terbuka menyatakan minat untuk mendapatkan pemain Belgium yang kacak bergaya itu.

Jose Mourinho menegaskan bahawa Marouane Fellaini tidak akan dijual kepada kelab dari Turki itu. Mourinho juga menzahirkan rasa cinta kepada Fellaini dengan membuat kenyataan berikut :

Tebalnya Rambut!

“Adalah lebih mudah bagi Galatasaray mendapatkan aku berbanding Fellaini. Lupakan saja, jangan mimpi. Fellaini seorang pemain yang amat penting bagi aku”

Dalam perlawanan persahabatan di Oslo minggu lalu, Fellaini masih diturunkan dan berjaya menjaringkan satu gol mengukuhkan lagi kenyataan Mourinho bahawa Fellaini pemain yang penting dalam pasukan.

Betulkan Parking Sampai ke Belakang | Foto : Kevin Quigley/Daily Mail

Fellaini sentiasa menjadi pemain pilihan ketika musim pertama Mourinho di Old Trafford walaupun sentiasa mendapat kritikan daripada peminat.

Baca Juga

Baca Juga