Jose Mourinho Balas Kritikan Pedas Paul Scholes Terhadap Pasukannya

Jose Mourinho menempelak Paul Scholes atas kritikan negatifnya terhadap Manchester United dan menambah Scholes hanya tahu mengkritik sahaja.

Mourinho turut berkata beliau berharap Scholes mampu mencapai ‘25% kejayaan’ yang telah dikecapinya sebagai seorang pengurus andai bekas pemain United ini memilih untuk menjadi pengurus pada masa hadapan.

Scholes pandai sembang je, ujar Mourinho

Scholes kini sering dilihat bertugas sebagai penganalisa bolasepak, dan ketika United mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Soutampton di Old Trafford tempoh hari, beliau mengkritik pengurus dan pemain United yang bermain pada di bawah kemampuan.

Legenda Manchester United ini juga menggariskan beberapa isu yang dihadapi bekas pasukannya itu sekarang seperti masalah kecergasan dan sikap Paul Pogba.

Mourinho dalam sidang media selepas pasukannya menang 2-0 ke atas Everton semalam, telah menjawab segala kritikan Scholes terhadap beliau dan pemainnya.

Jange deki Pogba kayo lagi dari mung skool

“Saya fikir Scholes ni hanya tahu mengkritik. Saya tidak rasa beliau memberikan komen kerana beliau mengkritik. Komen dan kritikan adalah dua perkara berbeza. Tidak semua pemain harus menjadi hebat seperti beliau.”

“Scholes adalah seorang pemain yang menakjubkan, tetapi itu tidak bermakna semua pemain saya harus sehebat beliau. Paul Pogba memberikan yang terbaik setiap kali bermain. Kadangkala beliau bermain baik, dan kadangla beliau tidak bermain baik.”

“Pogba tidak bersalah kerana membuat duit lebih banyak dari Scholes. Ia bukan salah Pogba, cuma itulah bolasepak hari ini.”

“Tetapi saya fikir sejarah akan mengingati Scholes sebagai seorang pemain yang menakjubkan, tetapi bukan sebagai seorang penganalisa bolasepak.”

Jesse ‘Messi’ Lingard meneruskan prestasi cemerlangnya

“Saya lebih suka melihat beliau sebagai seorang pemain yang cemerlang yang telah menghadirkan pelbagai kejayaan kepada kelab yang saya sedang wakili sekarang. Saya cuba memberikan yang terbaik setiap hari.”

“Jika suatu hari nanti Scholes mahu menjadi seorang pengurus, saya amat berharap beliau ‘25% berjaya’ seperti saya, kerana 50% adalah 12 piala. Dan 25% bermakna beliau akan mendapat 6 piala. Jika beliau ‘25% berjaya’, saya akan berasa amat gembira.”

Dalam perlawanan terakhir United, jaringan dari Anthony Martial dan Jesse Lingard cukup untuk memberikan kemenangan kepada Red Devils yang tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

Jaringan Lingard itu juga merupakan jaringannya yang ke-4 dalam 5 perlawanan terakhirnya bersama United.

BACA:  Mourinho Dakwa Liverpool Tertekan Untuk Memenangi Liga Perdana Inggeris Selepas Berbelanja Besar