Jose Mourinho Dianggap Pengurus Yang Lebih Hebat Berbanding Sir Alex Ferguson

Jose Mourinho dianggap pengurus yang lebih hebat berbanding Sir Alex Ferguson.

Menurut penyampai talkSPORT, Simon Jordan, Jose Mourinho bakal dikenang sebagai pengurus terhebat dalam sejarah, bahkan lebih hebat berbanding Sir Alex Ferguson.

Beliau mengeluarkan dakwaan tersebut selepas melihat kejayaan Jose Mourinho mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ke-1,000 beliau sebagai pengurus.

“Dia seorang pengurus yang unik.”

Jelas bekas pemilik Crystal Palace itu di White dan Jordan show.

“Tidak dinafikan lagi dia merupakan pengurus terhebat pernah saya lihat. Dia memenangi gelaran liga di Itali, dia menang liga di Portugal, dia menang liga di Sepanyol dan dia menang liga di England.”

“Dia ada personaliti yang menarik dan antaranya memang sesuai dengan dia. Rekod dia mengatasi sesiapa sahaja dan berkemungkinan dia jauh mengatasi yang lain, paling hampir dengan dia sekarang, mungkin Pep Guardiola.”

Ketika ditanya tentang kebarangkalian pencapaian pengurus berusia 58 tahun itu lebih bagus berbanding Sir Alex Ferguson, Jordan menyatakan yang ianya adalah benar.

Beliau yakin Mourinho sudah mengatasi Ferguson kerana mengikut pencapaian pengurus Portugal itu bersama kelab lain.

“Ferguson tidak diberikan lima tahun untuk bina sebuah pasukan, dan dia tak akan pernah diberikan peluang seperti itu lagi.”

Sambung Jordan lagi.

“Dia berjaya cipta nama dalam saingan Premier League dan menjadi apa yang dia jadi sekarang. Jika kamu lihat pula pada rekod Mourinho, dia sudah menang liga bersama Real Madrid, dia menang liga bersama Inter Milan dan dia juga catat kejayaan luar biasa bersama Inter Milan walau tidak ada sumber yang mencukupi.”

“Dia masuk ke Chelsea dan mengubah mereka dari apa yang Claudio Ranieri pernah lakukan, menjadi sebuah pasukan yang lebih significant dan mendominasi bola sepak Inggeris.”

“Ketika karier dia bersama Manchester United mengikut waktu yang sama seperti Ferguson, dia menang lebih banyak Piala berbanding Ferguson. Ferguson sendiri memuji dia. Adakah saya rasa dia pengurus yang lebih bagus ketika mengurus kesemua empat pasukan itu berbanding Ferguson? Jawapannya adalah ya.”

“Adakah saya anggap dia pengurus yang lebih bagus berbanding Ferguson dalam bola sepak Inggeris? Jawapannya tidak.”

Dari segi kejuaraan, kedua-dua pengurus mempunyai rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan. Sementara Mourinho memenangi lapan gelaran liga dari empat negara berbeza, berserta dua gelaran Champions League, Ferguson pula menjulang 16 kejuaraan dalam saingan utama Scotland dan England dan turut memenangi dua gelaran Champions League.

Soalan yang sama turut ditanya kepada bekas pemain midfield Liverpool, Danny Murphy, yang mengakui sukar untuk beliau menjawab persoalan tersebut.

“Jika kamu bercakap tentang pengurus terhebat pernah kita lihat, mereka akan ada perdebatan yang sama.”

Jelas Murphy.

“Saya rasa adalah sangat adil untuk kata, ia ada beberapa alasan berbeza. Ia bergantung kepada apa yang kamu pegang untuk ukur kejayaan seseorang pengurus. Apa yang Fergie lakukan dalam menbanggunkan skuad baru dan membina skuad selepas itu adalah pencapaian yang sungguh luar biasa.”

“Saya juga akan kata apa yang Mourinho capai juga sungguh menakjubkan.”

‘The Special One’ kini sangat berharap agar beliau berjaya untuk memenangi Piala bersama AS Roma pada musim ini, dengan mereka telah memulakan saingan Serie A dengan sangat baik.

Roma ketika ini berada di kedudukan pertama dengan mencatatkan rekod bersih tanpa kalah, dan ia jelas menunjukkan yang Mourinho sedang berada di landasan terbaik untuk membawa skuadnya mencabar kejuaraan liga musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho Pertahan Aksi Anak Buah, Dakwa United Bermain Baik Walaupun Seri