Jose Mourinho Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Tottenham Hotspur

Tidak lama selepas mengumumkan bahawa pengurus penuh berbakat, Mauricio Pachettino dilepaskan daripada jawatannya dengan serta merta bersama Tottenham Hotspurs, pihak kelab telah mengumumkan pengganti Pochettino.

Hanya beberapa jam sahaja diperlukan Spurs untuk membuat pengumuman baru bahawa mereka telah melantik the special one, Jose Mourinho sebagai penggalas tugas yang ditinggalkan Pochettino.

Pengumuman ini juga dibuat melalui satu perutusan rasmi Tottenham Hotspur di laman sesawang rasmi mereka.

“Kami dengan girangnya mengumumkan perlantikan Jose Mourinho sebagai ketua jurulatih dengan ikatan kontrak yang akan berjalan sehingga penghujung musim 2022/23.”

“Jose merupakan salah seorang pengurus paling berjaya di dunia ini dengan memenangi 25 trofi utama. Beliau terkenal dengan kehebatan taktikalnya dan telah menguruskan FC Porto, Inter Milan, Chelsea, Real Madrid dan Manchester United.”

“Beliau telah memenangi gelaran domestic dengan rekod di empat negara berbeza(Portugal, England, Italy and Spain) dan salah seorang daripada pengurus yang memenangi UEFA Champions League dua kali dengan dua kelab berbeza iaitu FC Porto pada 2004 dan Inter Milan pada 2010.”

“Beliau juga pemenang 3 kali Premier League bersama Chelsea pada 2005, 2006 dan 2015.”

Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy juga telah memberi komentar mengenai perlantikan ini :

“Dengan mengikat Jose kami mempunyai salah seorang pengurus paling berjaya dalam bola sepak. Beliau kaya dengan pengalaman, boleh memberi inspirasi kepada pasukan dan seorang pakar taktikal.”

“Beliau telah memenangi anugerah disetiap kelab beliau latih. Kami percaya beliau akan membawa tenaga dan kepercayaan di bilik persalinan.”

Berbicara mengenai perlantikan beliau sebagai pengurus baharu Tottenham Hoyspur, ini kata-kat Jose Mourinho :

“Aku sangat teruja menyertai kelab yang mempunyai warisan yang hebat dan penyokong yang penuh semangat. Kualiti yang ada pada pasukan dan akademi menambah keterujaan aku. Bekerja bersama para pemain ini merupakan satu tarikan buat aku.”

Beberapa jam sebelum itu, kelab telah melucutkan tugas Mauricio Pochettino dan barisan staf kejurulatihannya, Jesus Perez, Miguel D’Agostino dan Antoni Jimenez.

Pengurusi Spurs, Daniel Levi telah memberi ucapan yang mendayu-dayu berkenaan berita ini.

“Kami dengan berat hati untuk membuat perubahan ini dan keputusan lembaga ini bukan dibuat secara melulu.”

“Keputusan di peringkat domestik pada penghujung musim lalu membawa kepada awal musim ini sesungguhnya sangat mengecewakan.”

“Situasi ini membuatkan lembaga terpaksa membuat satu keputusan yang sukar. Bertambah sukar kerana terlalu banyak kenangan yang kami lalui bersama Mauricio dan pembantunya. Kami terpaksa melakukannya demi kepentingan kelab.”

“Mauricio dan pembantunya akan selalu menjadi sebahagian daripada sejarah kelab. Aku sangat kagum dengan cara beliau menghadapi detik sukar ketika stadium baru dibina dan kemesraan serta sifat positif yang dibawa. Aku harus berterima kasih kepada beliau dan pembantu atas segala sumbangan yang dilakukan. Kedatangan mereka sangat dialu-alukan.”

“Kami mempunyai pasukan yang berbakat. Kami perlu memperkasakan semula dan memberi musim yang positif buat penyokong.”

Baca Juga

Baca Juga