Jose Mourinho Mahu Kembali Ke Chelsea Selepas Kecewa Bersama Roma

Jose Mourinho dilaporkan mahu kembali ke Chelsea buat kali ketiga selepas kecewa dengan situasi semasa di Roma ketika ini yang segalanya terbatas terutamanya kewangan dan tidak kena dengan gayanya.

Ketika ini Chelsea berbelanja sakan hampir di setiap musim perayaan untuk musim 2022/23 ini mereka telah mendapatkan 15 orang pemain secara pembelian tetap dan juga secara pinjaman.

Mungkin bosan asyik dikaikan dengan pemain baharu saja maka Daily Mail melaporkan kepulangan semula Jose Mourinho buat kali ketiga akan menjadi sesuatu yang luar biasa.

Wakil kepada Jose Mourinho telah memberitahu bahawa pengurus Portugal itu berminat jika ada kekosongan jawatan di Chelsea dan kelab London ketika ini masih memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada Graham Potter.

Untuk menguatkan lagi rumour Jose Mourinho ke Stamford Bridge adalah atas alasan keluarga di mana, isteri dan anak-anak Mourinho masih lagi tinggal di London dan dia lebih suka bekerja di Premier League berbanding tempat lain.

The Special One mengetuai Roma merangkul kejuaraan Liga Persidangan Europa sulung tahun lalu, tetapi kekurangan sumber dan kuasa perbelanjaan kelab menyebabkan mereka tidak dapat bersaing untuk kejuaraan Serie A.

Giallorossi kini berada di tangga kelima dalam liga Itali, hanya satu mata di belakang Milan di tempat kedua tetapi 13 mata di belakang pendahulu yang agak mengejutkan musim ini, Napoli dan berpeluang agak besar ke Champions League.

Tidaklah buruk prestasi Mourinho bersama Roma dan pada masa yang sama tidak ada cadangan bahawa Chelsea akan segera menukar pengurus, walaupun Graham Potter menghadapi tekanan hebat sejak mengambil tugas di London barat.

Pemilik baharu Todd Boehly telah membenarkan sejumlah besar perpindahan sejak dia tiba dan dan telah memecat Thomas Tuchel pada September, membawa Graham Potter dari Brighton untuk menggantikannya.

Chelsea meneruskan rentak menakjubkan dengan hanya dua kemenangan dalam 10 perlawanan selepas liga kembali dari rehat Piala Dunia dan sepertinya Mourinho tidak akan meninggalkan Roma dipertengahan musim ketika kempen mereka berjalan sangat bagus.

Jika Jose Mourinho mahu kembali ke London mungkin dia boleh menggantikan David Moyes yang bergelut teruk di West Ham United dan jika itu pilihan yang ada lebih baik kekal di Roma.

Jose Mourinho tertarik untuk ke Roma kerana projek jangka panjang bersama kelab itu dan dia sendiri pastinya sedar akan kemampuan kewangan kelab itu dalam jendela perpindahan.

Jika berjaya mara ke Champions League mungkin pelaburan berbaloi untuk dilakukan untuk perbelanjaan yang lebih besar dan dengan situasi terkini Roma sudah mampu bersaing walaupun bukan untuk kejuaraan.

Sebelum ini Jose Mourinho kuat dikaitkan dengan jawatan pengurus pasukan kebangsaan Portugal dan dibenarkan memegang dua jawatan di kelab dan negara secara serentak.

Namun Portugal kini telah melantik bekas pengurus Belgium, Roberto Martinez untuk membawa cabaran mereka ke EURO 2024 dan Piala Dunia 2026.

Selain Portugal, Jose Mourinho juga dikaitkan dengan Brazil dan rasanya the special one merupakan pengurus paling banyak dikaitkan dengan mana-mana pasukan mengalahkan sesetengah pemain.

BACA:  Mourinho: Manchester United Sentiasa Temui Jalan Untuk Bangkit