Jose Mourinho Menyenaraikan Kesebelasan Terbaik Pilihannya

Jose Mourinho antara pengurus pasukan yang telah mengurus ramai pemain bintang bertaraf dunia.

Beliau telah menguruskan beberapa pasukan sepanjang kariernya sebagai pengurus pasukan dan sudah tentu ramai pemain bintang yang telah diurus dan dididik olehnya ketika mengendalikan sesebuah pasukan.

Antaranya seperti Frank Lampard di Chelsea, Cristiano Ronaldo di Real Madrid, Samuel Eto’o di Inter Milan dan ramai lagi pemain di pasukan besar dunia pernah bermain dibawah kendalian beliau.

Pengurus pasukan dari Portugal itu telah memilih kesebelasan utama pilihannya melalui pemain-pemain yang pernah diurus oleh beliau sebelum ini.

Mourinho telah menguruskan pelbagai pasukan didalam kariernya, antaranya adalah Benfica, Uniao De Leiria, Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid, Manchester United dan terbaru Tottenham Hotspur.

Namun dalam senarai kesebelasan utama pilihannya beliau tidak menamakan mana-mana pemain dari pasukan setan merah seperti Zlatan Ibrahimovic, Rashford, Martial dan lain-lain.

Wesley Sneijder dan Marcelo yang dahulunya antara pemain kegemaran beliau turut tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama pilihannya.

Menurut sumber dari Manchester Evening News, senarai penuh kesebelasan utama pilihan Mourinho itu terdiri dari lapan pemain Chelsea yang pernah diuruskan oleh beliau.

Petr Cech, John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba adalah pemain yang bermain untuk skuad emas Chelsea dibawah kendalian Jose Mourinho.

Ronaldo dan mesut Ozil adalah gandingan terbaik yang pernah diurus Mourinho ketika beliau mengurus dua pemain itu di Real Madrid.

Javier Zanetti adalah pemain pertahanan tengah Inter Milan yang mempamerkan aksi mantap dan kental ketika dibawah kendalian Mourinho.

Mourinho tidak memasukkan nama pemain Spurs kedalam senarai kesebelasan utama pilihan beliau kerana beliau belum semusim lagi mengurus pasukan itu.

Namun semua tahu bahawa Son Heung Min adalah pemain kegemaran beliau dan tidak mustahil tahun hadapan jika Mourinho mengeluarkan lagi senarai kesebelasan utama pilihannya akan ada nama Son.

Kesebelasan Utama Pilihan Jose Mourinho:

Petr Cech, Javier Zanetti, John Terry, Ricardo Carvalho, William Gallas; Claude Makelele, Frank Lampard, Mesut Ozil, Eden Hazard; Didier Drogba, Cristiano Ronaldo.

Itu adalah kesebelasan terbaik pilihan Mourinho untuk pemain yang pernah diuruskan oleh beliau sepanjang kariernya.

Mourinho ketika menguruskan pasukan Chelsea, merupakan seorang pengurus yang paling disegani dan dianggap pengurus terbaik dalam premier league selain Sir Alex Furgeson.

Beliau sendiri mengakui bahawa pengalaman mengurus pasukan Chelsea ketika itu adalah yang paling manis dan menarik dalam sepanjang kariernya.

Hubungan baik beliau dengan bekas ketua pasukan Chelsea, John Terry juga sangat baik dan akrab pada ketika itu.

“Sepanjang karier saya, Mourinho adalah salah seorang pengurus terbaik pernah saya jumpa.”

Kata John Terry dalam satu siri documentari mengenai Mourinho.

“Sekiranya beliau mengatakan kepada kami bahawa kami harus berusaha hingga mampu sampai ke bulan, saya rasa kami semua akan bersemangat untuk melakukannya.”

“Saya tidak main-main, kami sangat akur dan sayang kepadanya, jika tidak mampu melakukan setidaknya kami akan buktikan bahawa kami mencuba.”

Pengurus berusia 57 tahun itu hingga kini merupakan antara pengurus yang bijak dan mempunyai taktikal bertahan yang bagus.

Beliau juga seorang pengurus yang tidak berselindung kalau hendak menghentam pemainnya sendiri.

Walau pun memiliki sikap begitu, beliau sama sekali tidak pernah dibenci oleh pemainnya sendiri bahkan beliau antara pengurus yang sangat disayangi oleh para pemainnya.

BACA:  Jose Mourinho Sasaran Portugal Ganti Fernando Santos