Jose Mourinho Raih RM126.81 Juta Kerana Dipecat Manchester United

Mantan pengurus Manchester United, Jose ‘The Special One’ Mourinho dijangkan meraih wang sebanyak RM126.81 juta(£24 juta) selepas dipecat oleh Kelab teragung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, Manchester United.

Jose Mourinho telah dipecat Manchester United berikutan kekalahan pasukan tersebut di tangan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu lalu.

Pemecatan ini sekali gus menamatkan perjalanan Mourinho di Old Trafford yang bermula pada Mei 2016 apabila beliau dinamakan sebagai pengganti kepada Louis Van Gaal yang juga dipecat walaupun berjaya membantu Red Devils memenangi Piala FA pada musim sebelumnya.

Awal tahun ini menyaksikan Mourinho menandatangani kontrak baru selama dua tahun sehingga 2020 tetapi masalah bermula apabila beliau membuat kritikan terbuka kepada pihak pengurusan kelab kerana tidak menyokongnya untuk membeli pemain ketika tirai perpindahan musim panas lalu.

Namun pemecatan Mourinho seperti pemecatan di kelab-kelab yang pernah dilatihnya sebelum ini di mana Mourinho telah mendapat pampasan yang sedap jumlahnhya dan boleh bersara dengan tenang jika mahu tanpa perlu menyertai program MLM.

Menurut Duncan Castles, dari Daily Record. harga untuk Manchester United memecat Mourinho adalah RM126.81 juta(£24 juta) pada ketika ini.

Namun harga pampasan yang perlu dibayar Manchester United akan berkurang sebanyak 25% kepada £18 juta jika memecat Mourinho apabila Setan Merah tidak layak untuk bermain di Champions League musim depan.

Menurut sumber Sky Sports, pembantu Mourinho, Michael Carrick akan menjalankan tugas menguruskan pasukan buat sementara waktu sehingga pihak kelab melantik pengurus sementara. Pengurus sementara dijangkan akan dilantik dalam masa 48 jam yang akan datang.

Kekalahan di tangan Liverpool akhirnya tidak dapat lagi membendung kemarahan pihak lembaga pengarah terhadap Mourinho yang didakwa gagal mempamerkan permainan menyerang sinonim dengan pasukan tersebut sejak sekian lama.

Sepanjang dua tahun lebih bersama United, Mourinho berjaya membimbing pasukan tersebut memenangi Piala Liga dan Europa League. Kedua-dua trofi tersebut dimenangi dalam musim pertamanya manakala musim lalu menyaksikan United gagal memenangi sebarang trofi tetapi berjaya menamatkan musim di tempat ke-2.

Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah buat Mourinho. Musim ini menyaksikan pelbagai masalah melanda skuad Setan Merah dan menyebabkan mereka mencatatkan permulaan musim paling buruk sejak 28 tahun yang lalu.

United kini berada di tangga ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris, 19 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool yang menewaskan mereka 3-1 pada hujung minggu lalu.

Mereka juga 11 mata ditinggalkan penghuni tangga ke-4, Chelsea dan lebih dekat dengan zon relegasi berbanding kedudukan teratas dalam liga.

Antara konflik yang melanda United musim ini adalah permasalahan yang wujud di antara Paul Pogba dan pengurus berasal dari Portugal itu.

Kemuncaknya adalah ketika menentang Liverpool di mana Mourinho langsung tidak memasukkan Pogba walaupun mereka bergelut untuk melakukan serangan.

Beberapa hari kemudian inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Manchester United.

“Manchester United mengumumkan bahawa Jose Mourinho telah meninggalkan kelab.”

“Kami berterima kasih kepada beliau atas hasil kerja beliau ketika di Manchester United dan mendoakan beliau berjaya di masa hadapan.”

“Pengurus sementara akan dilantik sehingga penghujung musim ini sementara kelab akan memperhalusi calon untuk mencari pengurus baharu”

—–

“Manchester United announces that manager Jose Mourinho has left the club with immediate effect.

The club would like to thank Jose for his work during his time at Manchester United and to wish him success in the future.

A new caretaker manager will be appointed until the end of the current season, while the club conducts a thorough recruitment process for a new, full-time manager. “

Baca Juga

Baca Juga