Jose Mourinho Tidak Gembira Dengan Keputusan VAR

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho jelas tidak gembira dengan keputusan pengadil selepas merujuk Video Assistant Referee (VAR) ketika Manchester United mengenepikan cabaran Huddersfield dengan jaringan 2-0 untuk mara ke peringkat suku akhir Piala FA.

Dalam perlawanan malam tadi, Romelu Lukaku muncul wira buat Red Devils selepas menjaringkan dua gol bagi memberikan kemenangan kepada United.

Kesian Mata celebrate letih2

Walaubagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah tindakan pengadil membatalkan satu gol United selepas merujuk VAR.

Sebelum babak pertama berakhir, Juan Mata berjaya menjaringkan gol dari sudut yang sukar untuk menjadikan kedudukan 2-0. Ketika Mata sibuk meraikan jaringannya, pengadil perlawanan Kevin Friend membatalkan gol beliau selepas merujuk VAR kerana Mata berada dalam keadaan offside.

Mourinho gembira untuk melihat sistem VAR dipraktikkan di England dan memberi contoh kejayaan teknologi ini di Portugal. Tetapi Mourinho berpendapat keputusan pengadil tidak mengikut protokol yang sebenar selepas pegawai yang menjaga VAR, Neil Swarbrick turut terlibat sama dalam membuat keputusan walaupun video kejadian tidak berapa jelas.

“VAR telah memberikan beberapa keputusan yang bagus, tetapi ia juga turut memberikan masalah dan kekecewaan. Sistem VAR masih belum 100% sempurna dan pada pendapat saya, sukan ini terlalu ‘menawan’ untuk dirosakkan oleh sesuatu yang tidak sempurna.”

“Saya juga percaya cara teknologi VAR digunakan ketika perlawanan menentang Huddersfield tidak mengikut protokol yang sebenar. Kegunaan sebenar VAR adalah untuk memperbetulkan keputusan kesilapan dan kesalahan yang nyata dalam perlawanan.”

VAR banyak memakan masa menurut Mourinho

“Ia juga mengambil masa yang agak lama, dan pemain perlu bersedia untuk mengalami kekecewaan jika keputusan tidak memihak kepada mereka.”

“Saya terpaksa memberitahu juruanalisa pasukan supaya menutup mulut pada rehat separuh masa kerana saya tidak mahu pemain mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Saya mahu mereka menerima keputusan offside tersebut dan meneruskan permainan.”

“Mungkin kami perlu lebih bersabar dengan teknologi ini memandangkan ia masih lagi dalam fasa experimen. tetapi mudah untuk saya mengeluarkan kenyataan sebegini kerana pasukan saya memenangi perlawanan tersebut 2-0.”

BACA:  Mourinho Bidas Pemain Manchester United Yang Bersikap Tidak Matang