Jose Mourinho Tidak Ingat Smalling Selepas Kurang Setahun Berpisah

The Special one, Jose Mourinho tidak dapat mengingati Chris Smalling selepas kurang setahun beliau meninggalkan Manchester United pada tahun 2018 kerana dipecat seperti biasa.

Dan kini selepas bertahun adakah Jose Mourinho masih mengenali Chris Smalling yang sudah bertahun juga bertukar angin ke Liga Itali?

Jose Mourinho akan bersatu semula dengan dua bekas pemainnya Chris Smalling dan Henrikh Mkhitaryan selepas menerima tugas selaku pengurus baharu AS Roma yang akan bermula musim hadapan.

Menjadi pengurus Roma merupakan kerja kedua Mourinho selepas dipecat kerana sebelum itu Mourinho telah menyertai talkSport untuk kejohanan EURO 2020.

Ketika bersama Manchester United di Old Trafford Jose Mourinho dan Chris Smalling pernah berganding bahu walaupun Smalling kerap dirundung kecederaan.

Mungkin kerana prestasi Smalling tidak seberapa, kurang setahun, Jose Mourinho telah melupakan pemain pertahanan tengah itu.

Semua ini tebongkar dalam satu termuramah pada September 2019, Jose Mourinho telah disuruh menamakan tiga pemain pertahanan Inggeris yang pernah beliau uruskan.

Soalan: Namakan tiga pemain pertahanan Inggeris yang pernah kau uruskan?

Jose Mourinho: Terry, Cahill..

Selepas lima saat, Jose Mourinho gagal memberikan jawapan yang ketiga dan hanya sempat menyebut dua nama sahaja John Terry dan Gary Cahill.

Jose Mourinho masih dapat mengingati bekas anak buahnya di Chelsea namun tidak dapat menyebut nama pemain pertahanan Inggeris yang lain seperti Ashley Cole, Glen Johnson dan Wayne Bridge.

Pemain tersebut dari zaman silam dan pemain pertahanan Inggeris zaman terkini beliau ketika itu selepas setahun berpisah adalah Chris Smalling, Phil Jones dan Luke Shaw.

Kini selepas beberapa tahun Smalling yang kerap cedera di zaman Mourinho dan Mkhitaryan yang tidak pernah secocok dengan Mourinho bersatu kembali.

Adakah kedua-dua pemain ini akan terus dijual atau akan didera oleh Mourinho sehingga meninggalkan kelab sekali lagi?

Roma Lantik Mourinho Sebagai Pengurus

AS Roma secara rasminya telah mengumumkan yang sangat mengejutkan dunia bola sepak bahawa Jose Mourinho telah dilantik sebagai pengurus baharu mereka bagi musim 2021/22.

Bermula musim 2021/22 Jose Mourinho telah diikat selama tiga tahun dan Paulo Fonseca pengurus ketika ini akan mengundurkan diri dipenghujung musim.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Presiden Roma, Dan Friedkin dan naib presiden, Ryan Friedkin berkata:

“Kami sangat gembira dan teruja menyambut Jose Mourinho ke dalam keluarga AS Roma.

“Juara yang hebat individu yang memenangi piala di setiap peringkat, José akan memberikan kepemimpinan dan pengalaman yang luar biasa untuk projek kami yang bercita-cita tinggi.

“Pelantikan Jose adalah langkah besar dalam membangun budaya menang jangka panjang dan konsisten di seluruh kelab.”

Perlantikan ini akan menyaksikan Jose Mourinho akan bersatu kembali bersama Chris Smalling dan Henrikh Mkhitaryan yang sangat dicintai.

Jose Mourinho nyata teruja dengan perlantikan ini dan berterima kasih dengan kepercayaan yang diberikan.

“Terima kasih kepada keluarga Friedkin kerana memilih aku untuk membimbing kelab yang hebat ini dan menjadi sebahagian daripada visi kelab.”

“Selepas pertemuan dengan pemilik dan Thiago Pinto, aku dengan segera dapat memahami cita-cita AS Roma.”

“Cita-cita yang sama yang sentiasa memacu dan memotivasikan aku. Bersama kami mahu membina projek kejuaraan untuk tahun mendatang.”

“Kesungguhan peminat Roma yang luar biasa meyakinkan aku untuk menerima pekerjaan itu dan aku tidak sabar untuk memulakan musim depan.”

“Sementara itu, aku doakan yang terbaik untuk Paulo Fonseca dan aku harap media faham bahawa aku hanya akan bercakap lebih lanjut apabila tiba waktunya. Daje Roma! ”

Adakah Roma akan melakukan rombakan pemain besar-besaran dan memperutukkan belanja yang besar untuk kembali digeruni di Eropah?

Jika itu yang akan dilakukan maka Jose Mourinho adalah individu yang tepat untuk tugasan seperti itu.

Sekejap sahaja Jose Mourinho menganggur di masa PKP ini dan rekod Mourinho di Italy adalah sangat membanggakan ketika bersama Inter Milan.

Spurs Memecat Mourinho

Pada 19 April 2021, Tottenham Hotspur secara rasmi telah memecat Jose Mourinho dengan penuh bergaya walaupun diramal akan dipecat dipenghujung musim.

Chris Powell dan Ryan Mason akan mengambil alih tugas Jose Mourinho buat sementara sehingga bulan Jun, siapa calon pengganti belum dapat dipastikan lagi.

Ahli lembaga pengarah Spurs mula sibuk dengan perancangan musim hadapan dengan disandarkan kepada pengurus baharu. Siapakah dia?

“Kelab hari ini mengumumkan bahawa Jose Mourinho dan staf kejurulatihan beliau, Joao Sacramento, Nuno Santos, Carlos Lalin dan Giovanni Cerra telah dilucutkan dari tugasan mereka.”

Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy berkata:

“Jose dan staf kejurulatihan beliau telah bersama kami melalui saat yang getir dan mencabar sebagai sebuah kelab. Jose adalah seorang profesional sejati yang menunjukkan ketahanan yang luar biasa selama wabak ini.”

“Secara peribadi saya sangat senang bekerja dengan dia dan menyesal bahawa semuanya tidak berjalan lancar seperti yang kita berdua bayangkan. Dia akan sentiasa diterima di sini dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada dia dan staf pelatihnya atas sumbangan mereka. “

“Ryan Mason akan mengabil alih latihan pasukan utama hari ini dan kemas kini akan menyusul.

Ura-ura menyatakan bahawa Tottenham Hotspur memecat Jose Mourinho kerana enggan memberi latihan kepada pemain pada sesi pagi selepas mendengar Spurs menyertai European Super League.

Semalam Tottenham Hotspur melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah bersetuju menyertai European Super League bersama 11 kelab yang lain.

Dalam kenyataan itu Spurs telah melampirkan kenyataan rasmi daripada Leading European football clubs yang menerangkan hala tuju European Super League.

https://twitter.com/UtdFaithfuls/status/1384080730318270466

Sebelum ini Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy dilaporkan telah membuat keputusan mengenai masa depan Jose Mourinho bersama kelab London itu selepas mempamerkan aksi tidak memberangsangkan.

Daniel Levy merupakan insan bertanggungjawab membawa Jose Mourinho ke Tottenham Hotspur bagi menggantikan Mauricio Pochettino pada tahun 2019.

Pengerusi Spurs itu dilaporkan telah lama mengagumi pengendali dari Portugal itu dan mendambakan sentuhannya namun tahun 2021 menyaksikan Spurs terciduk di sana sini.

Sasaran yang diletakkan kepada Jose Mourinho sangat mudah dan jelas dengan membawa Spurs kembali ke kejohanan Champions League bagi musim 2021/22.

Menjadi juara piala domestik dan jika muncul juara Premier League itu dianggap sebagai bonus sahaja, satu sasaran yang mudah untuk Mourinho.

Namun sebaliknya terjadi dan jika Spurs berjaya menewaskan Manchester City di perlawanan akhir Carabao Cup sekalipun masa depan Mourinho masih samar.

BACA:  Arsene Wenger Nasihatkan Jose Mourinho Supaya Belajar Hidup Susah