Joseph Kallang Tie Kembali Ke Terengganu Mencari Cabaran Baru

Ketua pasukan Sarawak yang juga pemain kebangsaan Joseph Kallang Tie dijangka kembali menyarung jersi Terengganu dalam Liga Super bagi musim 2016.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman berkata Kallang Tie adalah antara tiga pemain baharu yang akan menandatangani kontrak pada esok.

“Kallang Tie telah berjanji hendak datang dan tandatangani kontrak esok,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut Arpin, ia merupakan kali kedua Kallang Tie menyertai pasukan Terengganu dari tahun 2008-2012 sebelum pulang menabur bakti di negeri kelahirannya Sarawak.

Katanya turut dijangka akan menandatangani kontrak pada esok ialah Amirizdwan Taj Tajuddin dari pasukan Kelantan dan Yong Kuong Yong dari Pulau Pinang bagi memperkuatkan lagi pasukan Terengganu.

Beliau berkata pemain-pemain tempatan akan memulakan latihan pusat bermula 10 Disember sementara pemain-pemain import pula akan memulakan latihan mulai 15 Disember.

Pasukan Terengganu kekal dikendalikan oleh ketua jurulatih Ahmad Yusof pada tahun depan.

Baca Juga

Baca Juga