Joseph Minala Pemain Berusia 17 Tahun Yang Dituduh Berusia 42 Tahun

Joseph Minala adalah nama yang diketahui oleh kebanyakan peminat bola sepak dari satu gambar tetapi apa yang berlaku kepadanya selepas itu?

Kalau sebut nama mungkin ramai tidak kenal tetapi jika dilihat pada gambarnya pasti ramai akan ingat.

Joseph Minala merupakan seorang pemain bola sepak yang mengaku berusia 17 tahun tetapi telah dituduh sudah berusia 42 tahun kerana rupa paras dan fizikalnya.

Gambar beliau pernah tular dan menjadi kontroversi kerana Minala dilihat bermain bersama dengan pasukan pembangunan remaja dengan dirinya ketika itu sudah seperti bapak budak.

Joseph Minala juga merupakan pemain remaja yang pernah menggemparkan dunia bola sepak ketika ditandatangani oleh Lazio pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, Minala telah dipanggil untuk beraksi bersama skuad B-20 Cameroon. Beliau sempat membuat dua penampilan bersama pasukan remaja Cameroon.

Minala ketika itu menjadi pemain utama untuk skuad pembangunan Lazio dan dianggap sebagai salah seorang pemain yang sangat cemerlang.

Apa yang menariknya ketika itu, tersebar berita mengatakan bahawa beliau mungkin akan dipanggil untuk beraksi bersama skuad utama Itali di peringkat Antarabangsa.

Minala melakukan debut bersama skuad utama Lazio pada tahun 2018 dan beliau ketika itu baru berusia 17 tahun.

Kerana melihat dari paras rupa beliau yang tidak seperti remaja berusia 17 tahun, ada pihak dari Itali yang telah menjalankan siasatan untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang pemain itu.

Namun Minala tetap menegaskan bahawa beliau tidak pernah menipu tentang umurnya kepada umum.

Setelah isu itu menjadi kecoh, pihak FA Itali telah menjalankan siasatan keatas dakwaan yang dilakukan kerana memikirkan perkara itu adalah kesalahan yang serius.

Wakil dari FA Itali telah menghubungi pihak kerajaan Cameroon untuk mendapatkan maklumat tentang Minala dan hasil kajian mereka dapati pemain itu memang berusia 17 tahun.

Malah FA Itali turut dikatakan telah melakukan ujian perubatan khas untuk Joseph Minala yang dikatakan sudah berusia lebih 4 dekad pada ketika itu.

Selepas beraksi bersama pasukan Lazio, Minala telah dipinjamkan untuk beraksi bersama beberapa pasukan di Serie B termasuk Latina dan Bari.

Minala juga pernah beraksi bersama pasukan Salernitana selama tiga musim, namun kelab tersebut tidak mahu mengaktifkan klausa pembelian tetap yang ada dalam kontrak pinjaman Minala.

Minala akhirnya kembali ke Lazio sebelum kemudiannya beliau berkelana ke China untuk beraksi bersama pasukan Qingdao Huanghai.

Sehingga kini beliau masih beraksi dan didaftarkan dalam Kategori pemain muda yang berusia 23 tahun pada tahun ini.

Minala menegaskan bahawa beliau sememangnya masih muda walaupun rupanya tidak menggambarkan usianya.

Mungkin kerana isu yang melanda dirinya ini menyebabkan kehidupan seorang remaja terganggu dan gagal memenuhi potensi sebenar beliau untuk menjadi pemain bola sepak handalan.

Baca Juga

Baca Juga