Penyerang Celtic, Jota dan rakan sepasukannya, Joe Hart, telah melakukan satu cara yang paling kreatif dan tidak membuang masa dalam meraikan gol dalam perlawanan Liga Perdana Scotland ketika menentang Aberdeen.
Pasukan kendalian Ange Postecoglou tersebut berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan yang penuh debar dalam pertemuan yang mencatatkan lima gol dihasilkan.
Dua gol daripada Jota telah memberikan kemenangan kepada gergasi Scotland yang juga pendahulu liga itu, yang kini berada satu mata di puncak liga berbanding pencabar terdekat dan musuh tradisi, Rangers.
Pemain berusia 23 tahun yang menyertai Celtic secara pinjaman dari Benfica pada bulan Ogos tahun lalu beraksi dengan cukup cemerlang pada musim ini dan membuka peluang kepada kelab Glasgow untuk mengikatnya secara tetap pada musim panas nanti.
Secara keseluruhan, anak kelahiran Lisbon tersebut telah menjaringkan 10 gol dalam kesemua pertandingan, dengan cara unik dan kreatifnya dalam meraikan jaringan gol mendapat tempat yang istimewa di hati peminat, tambahan pula pada bulan lalu ketika meraikan gol kemenangannya pada minit ke-92 ketika menentang Dundee United, dia bertindak menerjah ke tempat duduk penonton untuk meraikannya bersama.
Our superstar from Portugal 🇵🇹 💚 pic.twitter.com/UPTOYG3vTq
— Homer (@_EAMONFLYNN) January 29, 2022
Pada hari Rabu yang lalu, bekas pemain pinjaman Real Valladolid tersebut sekali lagi menunjukkan sisi kreatifnya dan kali ini dia berduet bersama penjaga gol yang juga bekas pemain Manchester City dan England, Joe Hart dalam satu keraian yang boleh dikatakan sudah diulang banyak kali dalam sesi latihan.
Beberapa detik selepas menjaringkan gol pertamanya ke atas Aberdeen yang dilatih Stephen Glass, Jota melakukan aksi seperti bermain gol dan menghayun ke arah pintu golnya sendiri.
Pada mulanya para penyokong agak keliru kenapa dia melakukan keraian seperti itu memandangkan kamera tidak zoom out aksi tersebut, tetapi selepas tamat perlawanan, rakaman aksi Joe Hart pula tersebar. Menarik!
⛳️ Jota 𝗹𝗶𝗻𝗸𝘀 up with Hart! 😃
Check out the latest #CelticFC @GIPHY drop and reply with your favourite ⤵️
🔗 https://t.co/uimoKgCLBW pic.twitter.com/0oXeestZjM
— Celtic Football Club (@CelticFC) February 10, 2022
Video penuh adalah seperti di bawah ini.
Jota hitting an imaginary golf shot to celebrate his first goal and Joe Hart pretending to catch his imaginary golf ball at the far end of the pitch is the thing you didn't know you were going to see today🏌🏻♀️pic.twitter.com/yxlbszR6BG
— Republic Of Football (@the_eriugena) February 10, 2022
Kreatif, kan?
Kalau dilihat kepada hayunan Jota tersebut, masih ada ruang untuk pembaikan dari segi teknik dia menarik tangan ke belakang. Bukan apa, nanti bila dia dah terkenal dan bermain di Real Madrid, boleh la dia main golf bersama Gareth Bale.
Teknik yang paling padu dalam melakukan hayunan dalam golf adalah seperti video di bawah, ditunjukkan oleh pemain golf paling hebat sepanjang zaman – Tiger Woods.
Selain keraian gol yang kreatif dan menghiburkan, ada juga keraian gol yang mendatangkan ketakukan dan cemas kepada orang yang berada di sekitar padang dan ini telah dilakukan oleh pemain Hungary, Atilla Fiola dalam kempen Euro pada tahun lalu.
Atilla Fiola telah berjaya meletakkan Hungary dihadapan dipenghujung separuh masa pertama walaupun hanya menguasai 30 peratus sahaja perlawanan.
Atilla Fiola terus melakukan larian dan Roland Sallai menghantar kembali bola kepada Fiola yang terus melakukan satu larian solo masuk ke kotak penalti Perancis.
Pada ketika itu Atilla Fiola mempunyai pilihan untuk menghantar bola kepada Nemanja Nikolic namun memilih untuk menyudahkan sendiri.
Hugo Lloris tertewas dan Puskas Arena menyaksikan Hungary mendahului pasukan juara dunia, Perancis.
Bukan kepalang lagi kegembiraan Atilla Fiola yang terus berlari ke tepi padang dan terus melompat melepasi penghadang dan tiba di depan meja pengulas wanita.
Pada ketika Atilla Fiola meraikan gol seperti penggusti WWE itu pengulas wanita itu sedang khusyuk melihat ke bawah meja seperti mencari sesuatu.
Goal!
Against the odds, Attila Fiola fires Hungary ahead! Bedlam at the Ferenc Puskás Stadium!#beINEURO2020 #EURO2020 #HUNFRA
Watch Now – https://t.co/RRmQgctETJ pic.twitter.com/KQHqd3ISST
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) June 19, 2021
Atilla Fiola terus menepuk meja pengulas wanita itu dan menepis air mineral yang berada di atas meja tersebut.
Pengulas wanita yang menyedari kehadiran Atilla Fiola di depan mata kelihatan terkejut beruk dan ketakutan sambil mengangkat kedua tangan sambil memegang mikrofon.
Mungkin pengulas wanita itu menjerit ‘yeay!’ dalam keadaan terkejut dan takut dengan keraian yang agresif Atilla Fiola itu.
fiola's goal celebration just now 👀#HUNFRA #EURO2020 pic.twitter.com/H470kLNtZq
— vampire slumber party / yusuf laher (@vampireslumberp) June 19, 2021
Pemain righ-back berusia 31 tahun itu merupakan pemain pasukan MOL Fehervar sebuah kelab Hungary yang beraksi di liga teratas Hungary.
Gila kau jaringkan gol lawan juara dunia Perancis, lepastu kau main pertahanan pula. Kerana itu Atilla Fiola menggila dengan keraian persis WWE.
Dalam takut dan terkejut pengulas wanita itu sempat memberi reaksi balas yang sungguh comel dan mungkin sudah terkencing tiga titik.
Sumber : SB