Sesuatu yang tidak mengejutkan apabila jualan jersi Ronaldo yang diberi kembali nombor 7 yang keramat telah meraih RM187 Juta selepas tempoh 12 jam sahaja.
Sementara itu pengeluar jersi dan juga penaja rasmi jersi Manchester United bakal meraih lebih RM1 bilion dalam tempoh seminggu.
Cristiano Ronaldo kembali bersama Manchester United selepas berkelana ke Sepanyol dan Itali untuk bersama Real Madrid dan juga Juventus.
Kepulangan Ronaldo sudah pasti akan memberi satu nostalgia kepada peminat tegar Setan Merah tambahan pula Ronaldo kembali diberikan jersi bernombor 7.
ππππππ β¨
7οΈβ£ @Cristiano #MUFC | #RonaldoReturns pic.twitter.com/u6roVfiUGR
β Manchester United (@ManUtd) September 2, 2021
Sebelum ini para peminat tertunggu tunggu nombor jersi Ronaldo kerana tidak seperti kebiasaan pemain baru dibeli akan diumumkan nombor jersi mereka.
Manchester United telah menangguhkan pengumuman jersi yang bakal dipakai oleh Ronaldo kerana nombor tujuh telah digunakan oleh Edison Cavani.
Edison Cavani secara rasmi telah menyerahkan no.7 kepada Ronaldo dan bintang Uruguay itu memakai jersi no.21 yang ditinggalkan Daniel James β yang menyertai Leeds United.
2β£1β£ @ECavaniOfficial is in good company with his new digitsβ¦#MUFC
β Manchester United (@ManUtd) September 5, 2021
Pemain berusia 36 tahun, Ronaldo, yang telah memiliki jenama βCR7β sejak satu dekad yang lalu, pastinya sangat signifikan jika berjaya memakai semula jersi no.7.
Namun peraturan EPL dengan jelas menyatakan bahawa penyerang Uruguay itu mesti kekal dengan no.7 sehingga akhir musim ini.
Cavani diberikan no.7 tersebut selepas United berjaya memujuknya untuk melanjutkan kontraknya musim lalu. Ketika itu Cavani menyatakan keinginan beliau untuk menyertai Boca Juniors di Argentina demi untuk tinggal lebih dekat dengan keluarganya.
Manchester United mendapatkan pengecualian khas daripada Premier League untuk menukar nombor jersi Cavani, untuk membolehkan Ronaldo mendapat semula no.7 yang signifikan dengan beliau.
Oh my π@Cristiano x @ECavaniOfficial#MUFC
β Manchester United (@ManUtd) September 5, 2021
No.21 juga merupakan jersi yang dipakai Cavani dalam kancah antarabangsa. Ronaldo menyatakan dia terharu dengan kemuliaan hati Cavani yang menyerahkan jersi no.7 untuknya.
Hanya beberapa jam selepas pengumuman tersebut, peminat berpusu pusu memasuki laman rasmi Man United untuk membuat tempahan. Di Old Trafford, peminat beratur panjang untuk membeli secara terus jersi Ronaldo 7.
Lovethesales melaporkan, jersi Ronaldo 7 berjaya meraih kutipan Β£32.5 juta dalam masa hanya 12 jam bersamaan dengan RM186.85 juta dalam masa setengah hari.
According to FOX SPORTS, Manchester United fans spent nearly Β£32.6 million on Cristiano Ronaldo's number 7 shirt in the first 12 hours onlyβ¦ π€― pic.twitter.com/OJymo7puS3
β TCR. (@TeamCRonaldo) September 4, 2021
Angka itu melebihi yuran perpindahan Ronaldo yang dikatakan sekitar Β£25 juta.
Berdasarkan laporan oleh Kirean Maguire anggaran kasar bahawa Adidas memberikan 7% daripada jualan jersi pemain kepada Man United sebagai bonus.
Mungkin kerana tajaan Adidas kepada Man United sangat tinggi membuatkan kadar bonus itu cuma 7%. Kerana biasanya bonus adalah sekitar 10-15%.
π₯π₯π₯π₯π₯π₯π₯
7οΈβ£ @Cristiano #MUFC | #RonaldoReturns
β Manchester United (@ManUtd) September 2, 2021
Dalam seminggu ini gergasi pakaian sukan dunia, Adidas boleh meraih sehingga Β£185.7 juta atau bersamaan RM1.07 billion daripada penjualan jersi Cristiano Ronaldo sahaja.
Ini bermakna Manchester United akan mendapat sekitar Β£12.9 juta atau RM74.16 juta daripada bonus penjualan jersi Ronaldo dalam masa seminggu. Itu sudah kira kira separuh daripada yuran perpindahannya.
Ronaldo secara rasminya telah menandatangani kontrak selama tiga tahun, sehingga 2024 dan jika tiada aral melintang, usianya pada tahun tersebut bakal mencecah 39 tahun selepas United berjaya memintas City dalam merebut khidmat pemain ini.
π΄ CR7 makes his return to @ManUtd π΄
π 196 appearances
β½οΈ 84 goals
π °οΈ 34 assists
π 1 Golden Boot
π€© 2 Player of the Season
π 3 #PL titlesWelcome back, @Cristiano! π pic.twitter.com/VfLtn8Q3tv
β Premier League (@premierleague) August 27, 2021
Kelab tersebut dikhabarkan telah membayar Juventus sebanyak Β£12.8 juta dengan Β£6.8 juta sebagai tambahan. Satu pelaburan yang bijak yang belum lagi diraih dari aksi Ronaldo di padang.
Selepas satu jam diumumkan, beliau telah menghadiahkan tambahan satu juta pengikut di laman instagram setan merah.
Menakjubnya lagi, muat naik United tentang pengumuman kembalinya Cristiano Ronaldo, telah mendapat lebih 6.5 juta tanda suka walau gambar tersebut baru 30 minit di muat naik.
Belum pernah dalam sejarah muat naik United mendapat sambutan yang begini meriah, jadi ternyata impak Ronaldo masih berbisa dengan beliau sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri.
Kepulangan Ronaldo ke Old Trafford ini boleh diibaratkan bagaikan kepulangan seorang anak ke pangkuan keluarga selepas 12 tahun merantau ke tempat orang.
Menariknya, sebaik sahaja pengumuman kembalinya Ronaldo ke kelab ini, laman web kelab tersebut telah tergendala selama lebih satu jam! Ini tidak pelik kerana kelab tersebut mempunyai ratusan juta peminat di seluruh dunia dan sebaik sahaja pengumuman tersebut dilakukan di laman sosial rasmi kelab, para penyokong telah berpusu-pusu menyerbu laman web kelab untuk pengesahan.