Juan Mata Kagum Dan Teruja Dengan Pemain Midfield Man Utd

Juan Mata merupakan peminat tegar bintang muda Manchester United, James Garner dan beliau juga percaya produk akademi kelab itu bakal menjadi pemain midfield yang sungguh dasyat di masa hadapan.

Pemain berusia 21 tahun itu telah membuat 49 penampilan dalam semua pertandingan bersama Nottingham Forest sebagai pemain pinjaman.

Beliau juga turut memainkan peranan penting dalam membantu skuad kendalian Steve Cooper itu untuk mendapatkan promotion naik ke saingan Premier League.

Selepas beraksi dengan sangat cemerlang ketika membantu Nottingham Forest menewaskan Huddersfield 1-0 dalam aksi perlawanan akhir play-off, Garner sepertinya telah mengirim mesej khas kepada pengurus terbaru United, Erik Ten Hag.

Garner sepertinya telah membuktikan yang beliau merupakan pemain yang Man Utd cari pada ketika ini dan beliau juga patut diberi peluang untuk beraksi dalam skuad utama.

“Cadangan sebenar tentang mengapa kamu dipinjamkan adalah untuk menunjukkan kepada semua apa yang boleh kamu lakukan, tingkatkan prestasi, dapatkan rentak persembahan terbaik kamu untuk kembali semula ke kelab asal kamu.”

Jelas Garner.

“Saya tak tahu apa yang terkandung dalam setiap detik itu, tapi saya rasa seperti saya telah beri pada diri saya sendiri kesempatan terbaik untuk kembali dan tunjukkan yang terbaik.”

“Saya datang ke Forest ketika mereka berada di titik terbawah dalam liga, tapi minggu demi minggu saya bermain ia seolah-olah berguna. Sebagai pemain saya banyak berkembang. Semua orang kata liga ini merupakan liga paling sukar di dunia.”

“Kamu banyak belajar dari bermain bertemu pasukan hebat dan berpengalaman bersaing dengan pesaing yang hebat.”

Tambah Garner lagi.

“Saya juga turut bersama rakan sepasukan yang pernah bermain dalam saingan Premier League dan mereka banyak mengajar serta memberi nasihat kepada saya, jadi saya bernasib baik kerana ada kesempatan itu dan ia juga sangat membantu perjalanan karier saya di masa hadapan.”

Selepas berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama Nottingham Forest, para peminat sepertinya sudah tidak sabar mahu menyambut kepulangan semula Garner ke bumi Old Trafford.

Beliau sangat diharapkan bakal mampu menjadi pemain harapan di bawah kendalian Erik Ten Hag di Old Trafford musim hadapan.

Dan memandangkan Paul Pogba sudah sah akan meninggalkan Old Trafford selepas tamat kontraknya pada Jun nanti, semakin ramai yang mula menyebut-nyebut nama Garner dengan harapan Ten Hag akan memanggil pemain midfield itu menyertai skuadnya.

Selain peminat, bintang Man Utd, Juan Mata turut mempunyai pandangan yang sama ke atas James Garner dan percaya bintang muda setan merah itu bakal menjadi bintang besar.

Juan Mata sendiri sebenarnya turut akan meninggalkan kelab pada musim panas ini selepas kontraknya juga tamat pada penghujung bulan ini nanti.

“Saya selalu fikir dia (Garner) merupakan salah seorang pemain, yang andai dia terus berusaha dan terus berkembang, seperti mana dia lakukan ketika di akademi, dia akan mampu menjadi pemain midfield yang sangat, sangat bagus.”

Jelas Juan Mata kepada laman rasmi Manchester United.

“Saya betul-betul sukakan dia, cara macam mana dia bermain, kawalan bola, kebiasaannya, cara dia pandang ke depan, mencari bola dan saya juga suka dengan sikap dia dengan bola.”

“Jadi tidak kira bila masa dia sampai di sini, saya selalu cuba membimbing dia dan yakinkan dia tentang kehebatan dia.”

“Saya selalu cuba memotimovasikan diri dia dan berikan keyakinan kepada dia, kerana ketika di usia itu, kamu cuma perlukan keyakinan dan kepercayaan, bukan hanya dari pengurus, tapi juga dari rakan sepasukannya.”

“Dia seorang pemain yang menakjubkan dan pemain yang sangat-sangat bagus seperti mana saya katakan sebelum ini. Ia kerana dia dilihat terus berkembang dari hari ke hari.”

Legenda Manchester United, Paul Parker sementara itu berfikir yang Garner sepatutnya meneruskan karier beliau bersama Nottingham Forest dan jangan pulang ke Old Trafford terlebih dahulu.

“Saya rasa dia (Garner) perlu keluar untuk beraksi sebagai pemain pinjaman.”

Jelas Parker BonusCodeBets.

Adakah beliau patut beraksi di pentas Premier League? Ya, ia seharusnya dalam saingan Premier League. Saya rasa ia untuk kebaikan dia untuk diberi kesempatan beraksi dalam saingan Premier League.

“Adakah dia patut bersama Nottingham Forest? Saya rasa ya dia memang patut bersama Nottingham Forest.”

“Saya rasa jika Steve Cooper mahu simpan dia, maka dia akan lebih tenang kerana dia sudah tahu tentang kelab itu dan dia dah agak lama bersama Nottingham Forest.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Empat Pemain Bakal Tinggalkan Old Trafford Dan Bantu United Jimat £750k Seminggu