Juara bertahan Australia tumbang 0-1 kepada Jordan dalam perlawanan pertama kumpulan B.
Anas Bani Yaseen menjaringkan gol tunggal permainan ketika Jordan mengejutkan juara bertahan Australia, untuk memulakan kempen Piala Asia 2019 dengan kemenangan 1-0 ke atas Socceroos dalam pembukaan Kumpulan B mereka di Stadium Hazza bin Zayed di Al Ain.
Tandukan pemain pertahanan tengah pada separuh masa pertama yang berusia 30 tahun ini menghadiahkan Jordan tiga mata, menentang pasukan Australia yang menguasai permainan sepanjang 90 minit.
Pasukan Graham Arnold menghabiskan banyak masa di semenanjung Arab bagi persiapan kali ini, kumpulan yang mempunyai 3 negara Arab Jordan, Palestin dan Syria. Australia akan bertemu Syria pada perlawanan ke-2 pada 11 Januari.
Australia terlebih dahulu cuba memecah kubu pertahanan kiri dan kanan Jordan sepanjang 10 minit pertama. Namun semua hantaran lintang paras kepala berjaya dihadang pemain pertahanan dan penjaga gol berpengalaman Amer Shafi.
Amer Shafi muncul untuk mengutip penampilan yang ke-175 untuk skuad negaranya.
Pada minit ke-25 Jordan mendapat sepakan penjuru selepas Josh Risdon mengeluarkan bola di penjuru kiri kawasan Australia. Sepakan penjuru itu diambil oleh pemain termuda skuad Jordan yang berusia 21 tahun Mouae Suleiman.
Sepakan yang terus menuju ke kepala Anas Bani Yaseer tidak dicabar oleh mana-mana pemain Australia dan terus menuju ke dalam gawang.
5 minit kemudian Jordan nyaris menggandakan jaringan selepas mendapat sepakan percuma berhampiran garisan kotak penalti. Sepakan dari Baha Abdel-Rahman berjaya ditepis disudut sukar oleh Matt Ryan dan bola melantung mengenai palang.
Pemain Jordan memenuhi kotak penalti selepas itu dan menyukarkan skuad Socceroos mencari jalan bagi menembusi sekurang-kurangnya 9 pemain lawan untuk mencari jaringan.
4 percubaan Australia pada 5 minit terakhir perlawanan masih gagal membantu pasukan itu mendapat gol penyamaan. Malahan Jamie McLaren terlebih dahulu dikesan ofside walaupun percubaan Tomas Rogic menemui jaring.
Australia mempunyai peluang terakhir pada minit ke-5 masa kecederaan apabila Chris Ikonomidis berjaya melepaskan sepakan jarak dekat tetapi dihadang oleh Amer Shafi, Jackson Irvine meluru melepaskan percubaan susulan bola yang terbias tetapi tindak balas pantas Amer sekali lagi menggagalkan peluang Australia.
Amer Shafi & Mousa Suleiman menjadi tumpuan
Penjaga gol berusia 36 tahun yang bermain dengan kelab Shabab Al Ordon, kini sedang berada dikedudukan ke-2 Jordan Pro League telah mengumpul 175 penampilan bersama negaranya.
Sementara itu Mousa Suleiman merupakan pemain paling muda dalam skuad dan satu-satunya pemain Jordan yang bermain di eropah. Mousa bermain bersama APOEL (Cyprus) dan telah mengumpul 7 jaringan dalam 11 penampilan bagi musim 2018/19. Mousa juga penjaring ke-3 terbanyak dalam skuad Jordan dengan 11 gol dengan hanya 14 penampilan.