Judo Union Menyifatkan ‘Arm-Lock’ Ramos Sebagai Bahaya Dan Diharamkan Dalam Judo

Share on facebook
Share on twitter

Semua orang berbicara mengenai ‘Arm-Lock’ atau Kuncian Siku Sergio Ramos ke atas Mohamed Salah dan majoriti mengecam Ramos walaupun ada yang menyokong.

Salah pemain yang tiba bagaikan pelangi tak bercahaya namun Salah berseri tapi cukup menghiburkan hati ini menjadi kesayangan ramai samada penyokong Liverpool atau tidak.

Ramai malam penuh kesedihan bagi Salah selepas tersalah bahu dikunci dan dilempar Ramos. Kemungkinan terlepas Piala Dunia 2018 di Russia menambah kebencian terhadap Ramos.

Di Mesir seorang peguam bernama telah mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman Ramos sebanyak RM4.6 bilion dan akan mendermakan wang itu ke pusat kebajikan jika berjaya.

Saman ini berdasarkan sengaja menyebabkan ‘kecederaan fizikal dan psikologi’ terhadap sebuah negara dan pemain bolasepak paling bernilai dimiliki negara tersebut.

https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1001090081510260736

Semua pihak berbicara mengenai kekasaran Ramos ada yang membuat petisyen dan yang terbaru European Judo Union(EJU)juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh European Judo Union melalui laman Twitter rasmi mereka, EJU menyifatkan gerakan Ramos sebagai berbahaya dan jurus yang diharamkan dalam sukan Judo.

“Waki-gatame merupakan satu teknik yang bahaya. Oleh sebab itu teknik ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai penyambung kepada jurus ne-waza”

EJU juga menimbulkan persoalan dengan meminta pandangan mengenai insiden ini.

“Apa korang fikir mengenai kekasaran yang berlaku pada petang #UCLFinal antara #RMALIV?”

Don’t be trying that in Judo, guys.

Following the shoulder injury, his World Cup participation is in serious doubt.

Though while the Egyptian FA are positive about his fitness, it appears Liverpool’s physio isn’t as hopeful.

Kerana kejadian ini yang menyebabkan kecederaan bahu, kesangsian timbul samada Salah dapat beraksi atau tidak di Piala Dunia.

Reaksi kecewa seorang penyokong Mesir. Foto : PA

FA Mesir mengambil sikap positif dan percaya akan kecergasan Salah. Namun kenyataan dari Fisio Liverpool tidak menampakkan sinar.

Ruben Pons, fisioterapi Liverpool menjangkakan Salah memerlukan tempoh masa ‘tiga hingga 4 minggu’ sebelum boleh kembali beraksi tanpa rasa melekit.

https://twitter.com/lucasammr/status/1001204792281182209

Jika tempoh ini diperlukan Salah maka Salah akan terlepas semua perlawanan di peringkat kumpulan dan alan mula beraksi di pusingan kalah mati.

Itu pun jika Mesir dapat memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati. Mesir diundi berada dalam kumpulan A bersama Russia, Uruguay dan Arab Saudi.

Detik Paling Pilu dan Sedih Dalam Perlawanan Akhir Champions League

Drama, emosi dan air mata mengiringi perlawanan akhir Champions League yang menemukan Real Madrid dan Liverpool.

Kedua-dua pasukan dengan misi mahu muncul juara bagi menyempurnakan hajat masing-masing. Real Madrid mahu mencatat hatrik dan Liverpool mahu kejuaraan ke-6.

Semangat dan inspirasi Liverpool seolah-olah terbunuh apabila Salah dikeluarkan selepas mengalami kecederaan di bahagiab bahu.

Segalanya terjadi apabila Sergio Ramos dengan ganasnya menjatuhkan Salah dengan mengepit lengan Salah semasa jatuh. Seperti aksi Judo.

Pada minit ke-31 Salah dikeluarkan digantikan dengan Adam Lallana. Sunyi suasana dikedai mengiringi tangisan Salah yang nyata kecewa dengan kecederaannya.

https://www.youtube.com/watch?v=CBsLQV8mKzw

Share on facebook
Share on twitter

Baca Juga

Baca Juga