Jumlah Jaringan Ramos Sebagai Pertahanan Lebih Banyak Dari Penyerang Bertaraf Dunia

Sergio Ramos berjaya menjaringkan gol ke-118 sepanjang kariernya ketika bertemu Eibar hujung minggu lalu dengan Real Madrid memenangi perlawanan itu 3-1.

Apa yang menariknya tentang rekod jaringan yang dicipta Ramos itu adalah, beliau seorang pemain pertahanan tetapi berjaya menjaringkan lebih 100 gol sepanjang kariernya.

Ketua pasukan Real Madrid itu senantiasa nampak peluang untuk menyumbat gol dan beliau berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukannya dalam perlawanan pada awal pagi semalam menerusi satu serangan balas yang cukup menarik.

Pemain kebangsaan Sepanyol yang sudah berusia 34 tahun itu sungguh berkesan ketika berada dalam kotak penalti dan beliau sering berjaya untuk menjaringkan gol-gol penting.

Antara jaringan penting beliau yang paling terkenal adalah ketika Ramos berjaya menjaringkan gol penyamaan diwaktu kecederaan dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara 2014.

Beliau juga merupakan pemegang rekod pemain pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah La Liga bersama Fernando Hierros.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, Ramos berjaya menjaringkan gol lebih banyak dari kesemua pemain pertahanan Liverpool ditambah pemain midfield mereka, Fabinho.

Sudah tentu akan ada yang mempertikaikan bahawa Ramos sudah mengharungi 16 tahun karier berbanding pemain pertahanan Liverpool yang masih muda.

Namun untuk seorang pemain pertahanan berjaya menjaringkan gol lebih banyak dari lima pemain lain digabungkan, ia adalah perkara yang cukup membanggakan.

Tahun 2020 merupakan tahun yang kurang jaringan untuk pasukan Real Madrid dan Ramos sebenarnya penjaring terbanyak untuk kelab pada tahun ini dengan menjaringkan tiga gol.

Bukan itu sahaja, Ramos juga mencatatkan rekod jaringan lebih banyak berbanding ramai lagi pemain penyerang elite di Eropah.

Senarai dibawah menunjukkan pemain dahulu dan sekarang yang mana Ramos menjaringkan gol lebih banyak dari mereka sepanjang kariernya menurut Transfermarkt.

Gabriel Jesus – 109 gol sepanjang kariernya

Xavi – 90 gol sepanjang kariernya

Andres Iniesta – 85 gol sepanjang kariernya

Paul Pogba – 75 gol sepanjang kariernya

Serge Gnabry – 67 gol sepanjang kariernya

Di peringkat antarabangsa pula, Ramos berjaya menjaringkan 21 gol untuk pasukan Sepanyol dan rekodnya melebihi ramai lagi pemain handalan dunia yang lain.

David Beckham – 17 gol (England)

Philippe Coutinho – 17 gol (Brazil)

Franck RibΓ©ry – 16 gol (Perancis)

Carlos Tevez – 13 gol (Argentina)

Francesco Totti – 9 gol (Itali)

Sudah tentu banyak kelab di dunia ini memerlukan seorang pemain pertahanan yang mampu menjaringkan gol sebanyak Ramos.

Selain kental mengawal barisan pertahanan beliau juga hebat ketika menyerang dan menjaringkan gol yang banyak.

BACA:Β  Teruja Melihat Kehebatan McGregor, Ramos Pernah Mengajaknya Sertai Sesi Latihan Bersama