Jurgen Klopp Dedah Pemain Yang Paling Perit Untuk Dilepaskan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah mendedahkan pemain kendaliannya yang paling perit dan sukar untuk dilepaskan pergi meninggalkan kelab sudah pasti bukan Sadio Mane.

Pemain yang membuatkan Jurgen Klopp seperti putus cinta adalah Takumi Minamino yang terpaksa dilepaskan demi masa depan pemain tersebut yang sukar mendapat tempat.

Penyerang Jepun itu telah melengkapkan perpindahan tetap ke kelab Ligue 1, AS Monaco selepas dua setengah musim dan membuat 55 penampilan sebagai pemain The Reds.

Takumi Minamino tiba di Anfield dari Red Bull Salzburg pada Januari 2020 dan membuat 14 penampilan pada kempen pertamanya ketika dia memenangi kejuaraan Liga Perdana.

Dia adalah penjaring terbanyak kelab di saingan Piala Carabao dan Piala FA Emirates musim 2021-22 untuk membantu pasukan Jurgen Klopp menghadiahkan dua piala domestik.

Tanpa lelaki kacak dari Jepun ini tiada Piala Carabao dan Piala FA untuk Liverpool musim lalu dan hanya mampu berbanding sebagai naib juara UCL dan juga naib juara Premier League.

Takumi Minamino adalah pemain yang teramat positif dan mesra rakyat membuatkan Klopp mengakui pemain seperti inilah menjadi idaman setiap pengurus kerana sudah pasti tidak memeningkan kepala.

Memberi reaksi kepada berita perpindahan Minamino ke Monaco, Klopp telah memberitahu Liverpoolfc.com:

“Sukar untuk melihat Taki pergi, tetapi ia adalah satu langkah yang terbaik untuknya dan benar-benar berhak.”

“Seorang profesional yang menakjubkan; pemain hebat, berbakat. Sebagai seorang manusia, dia penuh dengan kemesraan dan membuatkan semua orang berasa positif. Impian seorang pengurus, sejujurnya.”

Jurgen Klopp menegaskan bahawa dia tidak bersetuju dengan pendapat mereka yang menganggap Minamino gagal ketika bersama Liverpool.

“Saya pasti akan ada pihak yang berpendapat Taki tidak berjaya. Mereka yang menganggap ini salah. Saya tidak dapat terima.

“Sumbangannya jauh melebihi peluang yang kami dapat berikan, dari segi kesebelasan utama perlawanan. Dia menjadikan kami lebih baik setiap hari dia bersama kami.”

Sikap dan keperibadian serta adab yang tinggi dimiliki Minamino dengan mentaliti sanga juara adalah sempurna di mata Klopp dan Minaminolah yang menyebabkan Liverpool terpaksa mengubahsuai rak piala Liverpool musim lalu.

“Bukan sahaja dalam permainan yang dia main tetapi di setiap sesi latihan. Sikap sempurna, mentaliti pemenang.”

“Persembahan dan golnya adalah sebab kami terpaksa menghiasi semula Tembok Juara (Champion wall) dengan kerap. Pencapaiannya di sini akan dikenang setiap masa.”

Dengan penuh keyakinan, Jurgen Klopp yakin Minamino akan mengecap kejayaan di Monaco dan terus berkembang untuk menjadi pemain lebih hebat.

“Saya tahu dia akan mencapai kejayaan besar di Monaco. Saya pasti kita akan melihat dengan perasaan bercampur baur dan iri hati semasa dia berkembang dan terus berkembang di sana.”

“Beliau pergi dengan penuh penghargaan dan ucapan selamat maju jaya dari kami. Terima kasih, Taki.”

Takumi Minamino diangkat sebagai pemain hebat dengan sikap yang sempurna tetapi yang peliknya jarang diberi peluang dan musim lalu hanya membuat 11 penampilan di Premier League walaupun bebas kecederaan.

Nasib Minamino sama seperti Divock Origi yang sudah angkat kaki di mana mereka mampu menggalas tanggungjawab dengan padu tatkala Mohamed Salah, Diogo Jota dan Sadio Mane tidak dapat beraksi tetapi sukar menjadi kesebelasan utama.

Takumi Minamino dibeli dari RB Salzburg pada januari 2020 dengan yuran perpindahan £7 juta dan membuat keuntungan berganda hasil penjualan ke Monaco dengan nilai €15 juta termasuk bonus tambahan €3 juta.

BACA:  Takumi Minamino Mengaku Sedang Pertimbang Soal Masa Depannya Di Anfield