Jurgen Klopp Dedahkan Dua Pemain Terpaling Improve Yang Pernah Dilatihnya

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah mendedahkan dua pemain yang terpaling improve yang meningkat serta membangun lalu berkembang prestasi mereka sejak beliau menjejakkan kaki dalam bidang kejurulatihan.

Jurgen Klopp telah melabel pemain pertahanan muda Liverpool Nat Phillips yang meningkat dengan pesat sekali prestasinya sebagai satu fenomena yang teramat gila tak masuk akal.

Pemain penyerang sensasi dunia, Robert Lewandowski yang telah menghabiskan tempoh kariernya beberapa tahun bersama Klopp di Borussia Dortmund menjadi nama disebut dan dibandingkan dengan Nat Phillips.

Perkara ini telah didedahkan Jurgen Klopp dalam satu sidang media:

“Orang tanya aku pemain manakah yang telah membuat peningkatan terbesar di bawah pimpinan aku dan aku cakap Robert Lewandowski.”

“Itu teramat betul tetapi tidak jauh dari itu adalah Nat Phillips.”

“Mereka berdua bermain di posisi yang jauh berbeza tapi aku masih ingat bila pertama kali aku liihat Nat Phillips selepas perlawanan – dan dia adalah salah seorang pemain paling bijak yang pernah aku ada.”

Teguran ringkas dan padu Klopp telah dijadikan azimat oleh Nat Phillips yang terus meningkat permainannya untuk memenuhi potensi diri.

“Aku cakap kat dia “Tahukah engkau, kau seorang pemain yang langsung tidak menarik?’ Selepas itu dia telah meningkat secara mendadak semuanya – segalanya dan dia tidak beraksi di sini. Hidup kadang-kadang tidak adil.”

“Kami tidak boleh mengikat Nat selamanya tetapi jelas kini kami memerlukan beliau untuk sekurang-kurangnya setengah tahun lagi.”


Phillips telah menyertai akademi Liverpool pada 2016 dari Bolton dan kini telah dikaitkan dengan perpindahan dari Anfield dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Newcastle dan West Ham dilaporkan berminat.

“Kita akan lihat apa akan berlaku di jendela perpindahan musim sejuk tapi kami perlukan dia disini kerana dia seorang yang hebat. Secara jujur perkembangannya sangat gila.”

“Anda melihatnya tahun lepas, apabila anda memikirkan tentang Nat Phillips anda terfikir, ‘Ya Tuhanku, dia bermain di barisan terakhir’ dan perkara-perkara seperti ini, tetapi cara dia bermain… ya, kami menyayanginya kerana tandukannya. , tetapi dengan kakinya itu sangat sukar dipercayai.”

“Dia hanya pemain yang agak lewat bermula, tetapi sejak itu ia benar-benar gila dan saya akan menandatanganinya untuk setiap kelab yang saya akan berada selain Liverpool kerana kami [sudah] memilikinya.”

Pemain berusia 24 tahun itu membuat 20 penampilan di bawah kendalian Jurgen Klopp musim lalu selepas kecederaan pemain utama, tetapi bek tengah itu mendapat aksi yang sangat terhad musim ini.

Membuatkan pemain itu terus dikaitkan dengan spekulasi bahawa dia akan keluar pada Januari ini menyertai pasukan lain.

Phillips dikenali dengan keupayaannya yang kuat ketika bertahan secara duel atas udara. Pada masa yang sama memiliki kemampuan untuk mengawal bola dengan baik selaku pertahanan yang bijaksana.

Pemain hebat power, terulung, terbilang, terbijak paling power peningkatan tapi akhirnya hanya memanaskan bangku simpanan. Pung pang pung pang kemain.

Namun aksi Nat Phillips ketika menentang AC Milan sangat diingati apabila telah melakukan Cruyff turn untuk menghantar Zlatan Ibrahimovic dan Franck Kessie ke planet zuhal.

Nat Phillips kelihatan seolah-olah dia mungkin mempunyai masa yang sukar untuk dihadapinya tetapi tanpa diduga Nat Phillips bertukar menjadi Johan Cryuff/

Mana tidaknya, apabila dia diserang oleh dua orang pemain handalan AC Milan iaitu Zlatan Ibrahmovic dan juga Franck Kessie.

Nama skil itu adalah Cruyff Turn yang dipopularkan oleh legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff. Ianya gerakan mengacah lawan dengan menarik bola mengejut.

Phillips telah diberikan permulaan pertamanya dalam Liga Juara-Juara musim ini dan ini adalah peluang untuk pemain berusia 24 tahun itu yang bergandingan dengan Ibrahima Konate sebagai pemain bek tengah.

Dia mempamerkan persembahan yang dominan – membuatkan Zlatan berada di dalam poketnya sepanjang malam. Ini termasuk aksi Cruyff turn yang tidak masuk akal.

Paling kasihan adalah Franck Kessie yang tersungkur menyembah bumi kerana skil Phillips itu.

BACA:  Bagaimana Transisi Liverpool Selepas Pemergian Jurgen Klopp?