Jurgen Klopp Disarankan Untuk Tandatangani Penyerang Terbaik Premier League Ini

​Liverpool disarankan agar menandatangani pemain penyerang yang sudah membuktikan kualiti beliau dalam kancah saingan bola sepak Inggeris.

The Reds diminta melakukan hal itu pada jendela perpindahan Januari ini agar mereka mampu untuk terus beri cabaran kepada Manchester City dalam merebut gelaran Premier League.

Liverpool pada ketika ini merupakan antara pencabar terdekat Manchester City dalam merebut gelaran liga pada musim ini, dengan The Reds kini hanya tiga mata sahaja di belakang Juara bertahan Premier League musim lalu itu.

​Walau bagaimanapun, mereka juga pada ketika ini sedang dicucuk rapat oleh Chelsea yang ketika ini berada tiga mata sahaja dibelakang mereka.

Namun begitu, usaha Liverpool untuk terus mencabar gelaran liga bakal sedikit terganggu selepas ini dek kerana mereka bakal beraksi tanpa khidmat pemain utama seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita selama hampir satu bulan.

Ketiga-tiga pemain utama Liverpool itu bakal meninggalkan Anfield untuk ke Cameroon bagi menghadapi kejohanan Piala Benua Afrika.

Penglibatan barisan pemain ini di kejohanan AFCON menyebabkan Jurgen Klopp perlu meminta kelab agar menyediakan dana yang besar pada jendela perpindahan Januari nanti.

Paul Merson tampil mencadangkan kepada Liverpool supaya mendapatkan Raul Jimenez pada jendela perpindahan Januari ini kerana merasakan bintang Wolves itu bakal menjadi penandatanganan terbaik kelab.

Beliau percaya yang pemain penyerang Mexico itu bukan hanya boleh menjadi back up semasa ketiadaan Salah dan Mane, namun Jimenez juga boleh diharapkan untuk bantu Liverpool menjuarai saingan liga.

Merson mendedahkan kepada Daily Star bahawa:

“Liverpool perlu tandatangani pemain centre forward seperti Raul Jimenez pada Januari ini. Dan bukan hanya sebagai back up semasa ketiadaan pemain yang sertai Piala benua Afrika semata-mata.”

“Mereka memerlukan seseorang yang datang semasa ketiadaan Sadio Mane dan Mo Salah, ya. Tapi saya rasa mereka mungkin perlu mencari untuk kegunaan masa hadapan juga.”

“Mereka memerlukan pemain yang boleh memberi tekanan kepada jentera serangan tiga serangkai dan bantu mereka untuk memenangi liga secara konsisten untuk tempoh beberapa tahun ke hadapan.”

“Agak tidak bagus juga untuk kamu berada di kedudukan kedua sahaja sepanjang tempoh lima tahun ke hadapan.”

“Diogo Jota dan Roberto Firmino memang pemain yang bagus, tapi saya masih fikir yang mereka perlukan pemain penyerang sebenar dan seandainya mereka membeli Jimenez, saya rasa dia akan terus bermain.”

“Dia merupakan versi Firmino tetapi lebih baik dan boleh menjaringkan banyak gol. Dia boleh beri impak segera dan ada visi itu. Dan dia pernah bermain bersama Jota ketika bersama Wolves.”

“Dia tak perlu untuk bermain setiap minggu tapi dia bakal dapat minit permainan. Liverpool bermain terlalu banyak perlawanan dalam satu musim, dan dia mungkin boleh beri mereka sesuatu yang berbeza.”

“Saya rasa dia sempurna untuk isi kekosongan itu. Saya rasa ia akan jadi penandatanganan yang hebat. Dia akan datang dan tak akan mengeluh kalau tak dimainkan setiap minggu. Itulah apa yang mereka perlukan.”

Jimenez yang kini sudah berusia 30 tahun telah memberikan impak yang cukup positif untuk Wolves sejak dari awal beliau tandatangani pada tahun 2018 yang lalu.

Beliau berjaya menjaringkan 51 gol dari semua pertandingan bersama Wolves, termasuk 17 gol dalam saingan Premier League pada musim 2019/20.

Adakah Jimenez sesuai untuk beraksi bersama Liverpool? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mignolet Yakin Karius Akan Kembali Lebih 'Gagah' Selepas Mimpi Ngeri Di Kiev