Jurgen Klopp Kibar Bendera Putih

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sudah mengibarkan bendera putih daripada persaingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Ianya selepas melihat pasukannya ditewaskan Arsenal dengan keputusan 3-2 di Emirates.

Pemain muda Arsenal, Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka masing masing dalam senarai penjaring. Saka menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Sementara 2 gol saguhati Liverpool dijaringkan oleh Darwin Nunez dan juga Roberto Firmino.

Secara keseluruhannya, Arsenal ternyata pasukan yang mampu menang walaupun mereka ditekan oleh Liverpool sebaik sahaja Arsenal mencetak gol pertama pada minit pertama perlawanan lagi.

Jurgen Klopp mengakui Liverpool tidak dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Arsenal dengan kekalahan 3-2 di Stadium Emirates pada Ahad.

Gabriel Martinelli membuka jaringan selepas 58 saat sebelum Darwin Nunez menyamakan kedudukan. Bukayo Saka untuk memulihkan kelebihan pasukan tuan rumah pada separuh masa.

Pemain gantian Roberto Firmino menyamakan kedudukan The Reds sekali lagi lapan minit separuh masa kedua, tetapi Saka memberikan kemenangan penting kepada Gunners, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-76 berikutan terjahan Diogo Jota ke atas Gabriel Jesus.

Pasukan Klopp mempunyai satu lagi perlawanan dalam tangan, tetapi selepas hanya dua kemenangan daripada lapan perlawanan liga musim ini, bos Liverpool itu berkata: “Kami tidak lagi dalam perlumbaan kejuaraan.”

Klopp akui pasukannya adalah pasukan yang sedang dalam krisis prestasi. Tetapi dia gembira apabila melihat pasukannya masih mampu memberikan masalah kepada pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik iaitu Arsenal.

Klopp menambah: “Jadi, kami pasukan yang bermasalah pada masa ini, tetapi kami juga masih mampu menyebabkan pasukan dalam prestasi terbaik [Arsenal], pendahulu liga, memberikan mereka masalah besar hari ini.”

“Walaupun dalam situasi yang sangat buruk untuk kami, tetapi kami masih memberikan mereka masalah sebenar. Itu kebenarannya juga. Kita kena teruskan.”

“Sudah tentu, dalam situasi seperti kami, kami menentang Arsenal, kami akan bermain menentang Rangers dan kemudian kami menentang Man City. Adakah itu lawan yang sempurna untuk mencari keyakinan kembali? Mungkin tidak. Tetapi kami akan turun ke sana dan melawan. Itulah yang kami perlu buat dan itulah yang kita lakukan.”

“Kami berada dalam saat yang sukar dan kami mahu mengharungi ini bersama-sama dan itulah yang sedang kami usahakan.”

Luis Diaz terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama akibat kecederaan lutut dan meninggalkan stadium dengan bertongkat memakai pendakap lutut manakala Trent Alexander-Arnold terpaksa dikeluarkan pada selang masa kerana masalah buku lali.

“Diaz, jelas sekali kami terpaksa menggantikan dia — ada sesuatu dengan lutut dia, dan agak tidak bagus, benar-benar tidak bagus, dia akan menjalani imbasan dan kami akan mengetahui lebih lanjut, saya tidak tahu mengenai tahapnya,” kata Klopp.

Klopp turut membayangkan bahawa Trent Alexander Arnold turut berada dalam keadaan membimbangkan selepas buku lalinya cedera.

Liverpool benar benar dalam masalah besar dari segi kecergasan pemain. Mereka terpaksa melihat pemain yang mereka pinjam dari Juventus, Arthur Melo memasuki bilik pembedahan.

Di manakah Liverpool akan menamatkan liga musim ini? Adakah mereka bakal tergelincir daripada slot UCL musim hadapan? Perkara yang pastinya tidak diingini penyokong mereka yang bertahun tahun membanggakan status mereka bermain di UCL dan memiliki 6 kejuaraan UCL.

Musim lalu Liverpool menamatkan saingan dengan dua piala domestik. Memulakan musim ini dengan memenangi perisai komuniti.

Selepas itu, Liverpool terus tidak menunjukkan karakter seperti mana mereka sebelum ini.

BACA:  'You'll Never Walk Alone' Bergema Pada PAU2017 Tetapi Lihatlah Apa Yang Terjadi Sekarang