Dalam jendela perpindahan pemain musim 2016-17 Klopp telah berkata dengan membelanjakan banyak wang untuk membeli seorang pemain ia adalah cara yang salah.
Komen itu terbit selepas pesaing kuatnya Manchester United membeli Paul Pogba pada harga €100 juta dan Klopp berkata “Jika perkara begitu sudah menjadi kebiasaan dalam bola sepak, saya tidak akan menjadi pengurus lagi”.
Jurgen Klopp on Man Utd signing Pogba for €100m in 2016:
"The day that this is football, then I'm not in a job anymore.''
Today, Klopp has signed Caicedo for £110m (€127m).
I except Jurgen klopp to resigne from football management, if he is true to his word
— Miki (@Miki86494671) August 11, 2023
Pada hari ini Jurgen Klopp mengakui dia bersalah untuk mengatakan tidak akan membuat pembelian sebanyak apa yang dibelanjakan oleh United untuk membeli sorang pemain.
Memandangkan perubahan landskap pasaran perpindahan dan kekuatan kewangan pesaing mereka, Klopp mengakui dia telah mengubah pendapatnya untuk cuba mengikuti rentak bola sepak masa kini.
“Semuanya telah berubah. Adakah saya suka? Tidak. Adakah saya sedar saya salah? Ya, sememangnya. Begitulah caranya. Ia tidak hebat,” kata Klopp.
Liverpool mahu membeli Moises Caicedo dengan tawaran paling tinggi pernah dilakukan dalam rekod Britain iaitu £110 juta.
Liverpool cuba meyakinkan pemain antarabangsa Ecuador itu untuk menyertainya selepas Brighton bersetuju menerima tawaran itu.
Moises Caicedo to CHELSEA, here we go! Medical tests booked, official contract valid until June 2030 will be signed by tonight 🚨🔵🇪🇨 #ChelseaFC
The player only wanted chelsea and rejected liverpool💙
The saga is finally over✅
Deal Sealed! pic.twitter.com/rlBOzZG377
— Fabrizio Romano (@CFCSaydou) August 11, 2023
Klopp tidak mahu menyalahkan sesiapa kenapa perkara ini berlaku namun mengatakan Arab Saudi menjadi satu punca baharu harga pemain melambung naik dan keadaan harga pemain tidak akan murah lagi.
“Ia tidak akan berlaku sebaliknya lagi. Arab Saudi sememangnya tidak akan membantu memperbaiki perkara ini. Saya tidak menyalahkan sesiapa, tetapi ia tidak akan membantu. Satu lagi pasaran yang dipenuhi dengan wang yang banyak.”
“Akhirnya, kami sebagai sebuah kelab hanya perlu memastikan dengan sumber kami, kami dapat membina pasukan terbaik. Kita semua tahu dalam bola sepak 50% akan menyukainya dan 50% akan berkata ‘tetapi saya akan melakukan ini atau itu’.”
“Percayalah, kami telah mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan skuad terbaik untuk pasukan kami. Itulah ideanya.
“Kami tidak berada di alam mimpi. Ia bukan seperti tunjuk pemain mana kami mahu dan terus boleh membelinya. Terdapat banyak kerja untuk dilakukan dalam proses ini. Kadang-kadang satu pintu tertutup dan satu lagi terbuka.
“Jika orang mahu mengungkit kata-kata lima atau enam tahun lepas saya, ia langsung tidak menjadi masalah. Hari itu adalah apa yang saya fikirkan pada hari itu. Sekarang saya sedar saya salah. Tidak sukar untuk saya mengakuinya.”
Klopp mengesahkan Liverpool dan Brighton telah mencapai kesepakatan harga dan merancang untuk melengkapkan proses pemeriksaan kesihatan pada hari Jumaat.
Namun pada lewat petang waktu Malaysia, Caisedo telah menolak perpindahan itu kerana impiannya hanya mahu bermain dengan Chelsea.
Understand Chelsea are now in contact with Brighton to discuss their new bid for Moisés Caicedo. Talks on. 🚨🔵
Liverpool, prepared to walk away from the deal. pic.twitter.com/2fjcGCrWP9
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2023
Sebelum ini Liverpool telah meraih wang sebanyak £52 juta hasil perpindahan Fabinho dan Jordan Henderson kepada dua kelab di Arab Saudi.
Hasil tersebut digunakan untuk membeli Caicedo sebelum pemain itu sendiri yang menggagalkannya ketika kelabnya sudah bersetuju.
Liverpool terdesak untuk mendapatkan seorang specialist NO6 selepas menjual Fabinho. Sasaran awal Liverpool ialah Romeo Lavia dari Southampton.
Namun tiga tawarannya sebanyak £37 juta, £41 Juta dan £46 juta telah ditolak mentah-mentah oleh Southampton. Southampton mahukan £50 juta iaitu hanya kurang £4 juta dari tawaran terakhir.
“Apa yang berubah? Kami bukan sebuah kelab yang mempunyai sumber tidak terhad. Beberapa perkara yang tidak kami jangka telah berlaku pada musim panas berkaitan Henderson dan Fabinho.” tambah Klopp.
“Pepatah Jerman berkata ‘jangan memuji petang sebelum hari berakhir’. Mari kita lihat apa yang berlaku dan kita akan bergerak dari sana.”